Friday, September 30, 2011

Hukum Hudud Tok Guru

Baru-baru ini isu Hukum Hudud giat dibahaskan di dalam internet, dan keadaan ini menimbulkan minat saya untuk membincangkan isu ini juga.
Disebabkan kebanyakkan post saya selama ini menampakkan kecenderungan yang pro PR, dan ini membuat saya kelihatan ‘tidak adil’. Maka pada hari ini saya nak memainkan peranan sebagai Gun For Hire yang mewakili MCA, dan memanaskan isu negara Islam yang paling digemari oleh parti saya.
Mula-mula, saya menyatakan pendirian saya terhadap isu ini, saya membantah PAS melaksanakan Hukum Hudud. Sebab-sebabnya akan saya jelaskan selepas ini.


Menurut pemerhatian saya setelah beberapa malam yang berjaga, saya mendapati peyokong PR (atau pembenci BN?) cuba mempertahankan pendirian PAS yang ingin melaksanakan Hukum Hudud. Antara hujah-hujah utama yang diberikan ialah:
Kalau orang yang berasa Hukum Hudud itu zalim dan tidak bertamadun (seperti memotong tangan orang yang mencuri), kenapa mereka tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap hukuman mati yang diperkenalkan dalam ‘undang-undang barat’?
Pertama, kalau kebanyakkan rakyat rasa ‘undang-undang barat’ itu zalim dan tidak bertamadun, maka kita boleh memansuhkannya melalui system parlimen yang kita ada. Anda rasa hukuman mati itu zalim? Ok, wakil rakyat yang berada di parlimen boleh mencadangkan usul memansuhkan hukuman mati, lepas itu perbahasan 1,2,3 , diikuti dengan pembuangan undi, menggubal undang-undang yang baru, dan akhir sekali undang-undang yang baru akan diwujudkan. Sekarang, hukuman mati telah dimansuhkan. (Nampak? ‘ undang-undang barat’ yang zalim dapat dimansuhkan)
Dan yang kedua, saya tak rasa mana-mana manusia boleh mengubah Hukum Hudud. Hal ini demikian, pada pandangan orang yang beragama Islam, Hukum Hudud itu diamahkan daripada Tuhan, maka sesiapa pun tidak boleh mengubahnya tetapi mematuhinya dengan baik. Inilah perbezaan yang paling besar antara undang-undang sekular dan Hukum Hudud, satu boleh diubahsuai atau dimansuhkan mengikut pandangan rakyat, moral masyarakat pada sesuatu masa, dan yang satu lagi langsung tidak boleh buat apa-apa perubahan.


Bagi pandangan yang mengatakan bahawa Hukum Hudud yang dilaksanakan hanya berkesan kepada orang yang beragama Islam sahaja, kehidupan non-muslim tidak akan terjejas pun. Yang ini…
Adakah ini bermakna jika satu hari Ah Ming dan Ali sama-sama melakukan jenayah mencuri barang, dan kedua-dua orang pencuri ini ditangkap oleh pihak berkuasa. Hukumannya, Ah Ming dimasukkan ke dalam penjara selama beberapa bulan dan Ali akan dipotong tangannya. Adakah anda masih berasa scenario ini langsung tidak menjejaskan kehidupan kita? Keadaan ini akan membuat kita seolah-olah mempunyai dua ‘system pentadbiran negara’ yang berbeza dalam satu negara yang sama, dan ini membawa implikasi yang buruk kepada masyarakat kita yang berbilang kaum.
Selain itu, scenario sebegini juga mengasingkan rakyat ke pendirian yang berbeza. Katakan suatu aktiviti X, dalam undang-undang sekular aktiviti ini dibenarkan tetapi dilarang dalam Hukum Hudud. Lepas itu, non-muslim di Malaysia menjalankan aktiviti X, muslim yang selama ini merasakan X itu salah dan akan cuba melarang aktiviti ini terus dijalankan…(ataupun keadaan yang sebaliknya berlaku) keadaan yang ‘double standard’ akan selalu berlaku di negara kita. Tambahan lagi, pentafsiran Hukum Hudud hanya berada dalam kuasa guru-guru agama dan bukan peguam-peguam biasa, dan ini juga boleh menimbulkan kekeliruan dalam pentadbiran Malaysia terutamanya sistem kehakiman negara ini.



Hujah yang ketiga daripada penyokong PR ialah sesiapa yang tidak bersalah tak payah takut pun kepada Hukum Hudud. Saya tidak setuju dengan kenyataan ini. Setiap undang-undang yang telah direka dan dilaksanakan mempunyai benteng falsafah di sebaliknya. Contohnya seperti hukuman mati yang terdapat dalam ‘undang-undang barat’, pembunuh yang didapati bersalah biasanya akan dijatuhkan hukuman mati. Konsep yang satu nyawa dibayar dengan satu nyawa ini diwujudkan atas perbahasan, perbincangan oleh para elit undang-undang dan ahli falsafah dari sekian lama (konsep ini betul atau tidak saya skip di sini, biarpun salah masih mempunyai ruang untuk mengubah mana-mana undang-undang) dan saya tidak arif dalam bidang undang-undang, tetapi saya percaya undang-undang barat hari ini merupakan evolusi dari perbahasan dari segi falsafah sejak lama. Keadaan ini sama juga dengan Hukum Hudud yang mempunyai pemikiran dan falsafah agama Islam disebaliknya.
Kalau undang-undang tertinggi di Malaysia ialah Hukum Hudud, maka pemikiran dan semangat falsafah agama Islam juga akan diaplikasi ke dalam bidang-bidang lain (termasuklah bidang pendidikan dan perniagaan yang orang cina paling ambil berat) dan kalau sesetengah masalah undang-undang seperti pertelingkahan dalam business yang melibatkan dua orang yang berbeza agama, undang-undang manakah yang harus digunakan untuk membicara kes ini? Saya berpendapat scenario seperti ini akan memyulitkan kehidupan rakyat non-muslim yang tidak arif tentang Hukum Hudud, kebanyakkan masa mungkin kami secara tidak sedar telah melanggar undang-undang Hukum Hudud. Kalau ini berlaku, merumitkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.


Maka di ataslah semua hujah-hujah saya yang membantah pelaksanaan Hukum Hudud di seluruh negara. Akhir sekali, saya berharap ‘rakan se-parti MCA saya’ lain kali ,kalau ingin memainkan isu negara Islam, sila selidik baik-baik tentang Hukum Hudud atau mana-mana ajaran yang ada dalam Islam. Jangan main attack sembarangan sahaja, nanti banyak pengundi Melayu tidak undi MCA, baru kamu orang tahu padahnya (kita faham-faham je yang MCA hanya dapat undi daripada pengundi Melayu sahaja, orang Cina dah lama tidak mengundi MCA…hehehe…)

Versi dalam bahasa Cina

4 comments:

  1. terima kasih kpd PR terutama dr non muslim kerana berfikiran terbuka pasal isu hukum hudud ni..apa yang saya nampak kat sini..bhwa ada yang memahami isu ni bukanlah isu politik sprti yang dicanang2 di media2 tmpatn..
    sbnrnya,saya sndiri pun kurang jelas mengenai hukum hudud sbb masa sekolah dulu..hanya belajar pasal hukum hudud secara kasar..tak mendalam.. walaubgmana pun..saya tahu ia sebahagian tuntutan dalam islam..dan sebagai seorng muslim..ia adalah perkara wajib(x ada kompromi)untuk ditaati..samalah seperti org islam itu wajib solat, berpuasa dll..maka nak tak nak ..hukum hudud ini mesti dilaksanakan..manakala isu hukum hudud dilaksanakan di malaysia jika PR memerintah adalah masih boleh dibincangkan secara berperingkat lagi..dan kita serahkan kepada pemimpin2 kita untuk putuskan macam mana..saya rasa melihat pada kerajaan sekarang (yang lebih kepada sekular= mengasingkan antara hal agama dan politik)..saya lebih cenderung kepada mereka TIDAK pernah berhajat nak melaksanakannya..so..nak lawan dalam parlimen pun mungkin x menang..melihat hanya pimpinan PAS sahaja ynag menyokong hukum hudud..mengenai isu ini, biar lah saya katakan ia bermula dr MB kelantan yang meminta kerajaan sekarang meluluskan perlaksanaan hukum hudud di kelantan..bukan sbb jenayah di kelantan meruncing tp lebih kepada mahu melaksanakan hukum Tuhan (tgk sajalah profile beliau yang lebih kpd ketuhanan).malah sejak PAS memerintah di kelantan, hukum hudud adalah perkara yang ditagih oleh kerajaan negeri kelantan kpd kerajaan pusat tp sampai hari ni x dapat2,siap pernah PM dahulu cakap mahu saman kalau kelantan laksanakan hukum hudud di kelantan (masa tu saya dalam sekolah rendah lagi kalau x silap). baru2 ini timbul kembali hal ni ni adalah perkara yang dipermain-main oleh media..sedangkan tok guru hanya minta dilaksanakan di kelantan sahaja..dan paling menarik..orang kelantan setuju..pasal ah ming dan ali..saya rasa..saya boleh jawab secara kasar (sbb utama: saya bukanlah pakar dalam hukum hudud sbgai mana saya bukanlah lawyer dalam undang2)..kalau mereka melakukan jenayah merompak dan terbukti mereka memang mencuri..betul kata awak..ali hendak atau tak (wajib) kena hukum hudud (yakni seingat waktu belajar dulu, bukanlah semudah itu mahu potong tangan, kena tgk keadaan fizikal ali jugak. misalnya: ali adalah mengguna tangan kanan, maka yang akan dipotong adalah tngn kiri, dn macam2 syarat lagi..maaf..saya lupa..) dan untuk ah ming akan diberi pilihan oleh pihak berkuasa(penghukum@polis (kalau masa tu polis amanah,jujur,cekap @ apa2lah jwtan yang sewaktu dgnnya) untuk menerima hukuman yang macam mana..kalau dia rasa mahu dikenakan hukuman hudud, maka hudud boleh dijalankan keatasnya (katakan lah hukum hudud bertentangan dgn hukum agama yang dianuti..maka x boleh dilaksanakan keatasnya)..hukuman yang akan dilaksanakannya adalah mengikut hukum sivil (yakni hukuman undang2 barat atau pun hukumn agama yang dianutinya)..dr segi menjejaskan kehidupan..untuk ali, walaubgaimanapun, apabila hukuman hudud dilaksanakan keatasnya..maka dosanya dgn Tuhan dapat dihapuskan..kalau dosanya dgn manusia..manusia akan berpuas hati melihat hukuman yang setimpal dikenakan keatasnya..begitu juga dgn ah ming..apa2 pun mengharapkan keinsafan timbul kepada mereka dan org2 orang ramai adalah motif utama perlaksanaan hudud ini..(bhgian perlaksanaan hukum hudud,saya rasa kita patut serah kepada fuqahak (org yang arif tentang hukum hakam Allah, bukan sekadar teori dan falsafah sahaja)..
    mungkin di sini boleh mencerahkan lagi pandangan anda mengenai hukum hudud http://www.blogtokguru.com/tekad-bersama-melaksana-hududullah/ (ditulis sendiri oleh Tok Guru)..

    last, saya percaya, kami org2 islam x merasa adalah suatu masalah untuk non muslim jika tak menyokong perlaksanaan hudud di malaysia kerana bg kami..anda juga ada buah fikiran dan undang2 anda sendiri(agama/budaya)..tp bg kami muslim..beriman/percaya/patuh/taat kepada undang2 Allah adalah Wajib..

    ReplyDelete
  2. wau...panjangnya reply...terharu saya...haha...
    lain kali kalau ada peluang saya translate ke Cina agar orang lain faham konsep2 kemanusiaan disebalik HH...^^

    ReplyDelete
  3. haha..bgs lah..sbnrnya komen tu masih panjang..tp x dapat post..terpaksa saya cut2..haha..

    ReplyDelete
  4. lain kali kalau komen terlalu panjang, bahaginya kepada 2 atau lebih komen yang berlainan, maka x payah susah2 cut...^^

    ReplyDelete