Friday, September 23, 2011

PM, Negara Islam, Sehati tidak Sejiwa

Beberapa minggu yang lalu, saya terbaca satu artikel di internet yang mengemukakan suatu persoalan yang bertajuk “Adakah Lim Guan Eng boleh memegang jawatan sebagai Timbalan atau Perdana Menteri di Malaysia?”. Apabila persoalan ini ditujukan kepada LGE, beliau menjawab ‘kelayakan yang dimilikinya tidak cukup’ untuk memegang jawatan tersebut dan rasa jawatan itu lebih sesuai kalau dipegang oleh Dato’ Seri Anwar. LGE sememangnya mempunyai sebab yang kukuh untuk mengesyaki persoalan yang ditimbulkan itu merupakan satu ‘perangakap politik’ yang cuba memerangkapnya.
Jika LGE menjawab ‘YA’ untuk persoalan itu, maka beliau kemungkinan besar akan diserang oleh UMNO yang akan menimbulkan isu kalau DAP yang ‘anti Melayu’ menang, orang Cina akan jadi PM, dan kalau keadaan ini berlaku, nasib orang Melayu akan dalam kemelutan dan bla…Dan jika LGE menjawab ‘TIDAK’, maka ‘parti-parti komponen Cina’ dalam BN akan mengambil kesempatan menyerang kedudukan DAP dalam PR sebagai ‘lemah dan tidak berpengaruh’, ‘tidak sejiwa dengan sekutunya di PR’. Hal ini demikian kerana PAS sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa jawatan PM dan TPM hanya boleh disandang oleh YB yang beragama Islam. Maka mereka boleh menuduh DAP itu pak turut PAS dalam PR, juga boleh memainkan isu PAS ‘angkuh’ dan ‘sombong’, dan juga tidak ketinggalan isu mewujudkan Negara Islam yang sememangnya menjadi pilihan utama senjata yang menyerang DAP atau PR.



PM
Biasanya kerajaan yang diwujudkan dengan gabungan beberapa parti, jawatan PM akan disandang oleh pengerusi parti yang mengawal majoriti kerusi dalam parlimen. Namun, dukacitanya berdasarkan iklim politik di Malaysia pada masa hari ini, saya rasa masyarakat Melayu masih tidak dapat menerima keadaan yang jawatan PM dipegang oleh YB yang bukan Melayu. Biarpun DAP mempunyai majority kerusi dalam PR yang menjadi kerajaan, pengerusi DAP masih tidak boleh (atau tidak berani) memegang jawatan sebagai PM. ( Keadaan ini juga boleh menjelaskan pendapat “seteruk mana kerajaan BN sekarang pun, sekurang-kurangnya mereka (UMNO) masih memperjuangkan kepentingan orang melayu/islam, maka daripada menukar seorang orang Cina menjadi PM, lebih selamat kalau terus menyokong UMNO” menjadi antara teori utama dalam masyarakat Melayu) Jadi , kemungkinan besar PAS yang ingin menjaga hati para pengundi yang berpendapatan di atas, mengeluarkan kenyataan yang mensyaratkan jawatan PM dan TPM mesti disandang oleh orang yang beragama Islam. Selain itu, mungkin juga teori LGE yang ‘tidak layak ’ juga dituju khas oleh golongan pemilih yang disebut di atas.

Tambahan lagi, pengundi Melayu dan pengundi Cina yang menyokong PR mempunyai idea yang berbeza. Pengundi Cina yang menyokong PR mengharapkan dasar perkauman yang tidak adil (seperti kedudukan istimewa) boleh dihapuskan jika PR yang memerintah, disebaliknya pengundi Melayu yang menyokong PR hanya tidak berpuas hati terhadap UMNO yang selama ini angkuh, rasuah, kroni…dan ini tidak bermakna mereka sanggup melepaskan kedudukan istimewa mereka selama ini. Rasa-rasanya DAP yang berada dalam PR sangat jelas dengan kenyataan ini. Jika mengharap PR mampu mewujudkan satu negara yang tanpa polisi perkauman yang melibatkan kedudukan istimewa adalah tidak realiti, negara kita masih jauh dari keadaan di mana sesuatu jawatan hanya akan dipegang oleh sesiapa yang berkemampuan tanpa mengira identitinya yang lain.


Negara Islam
Isu ini merupakan titik penyerangan yang paling kuat digunakan oleh ‘parti-parti komponen Cina’ dalam BN yang menyerang PR. Namun, saya rasa negara kita telah lama menjadi negara Islam. Bukankah kita merupakan ahli kepada OIC?* Dan kita juga pernah menyandang jawatan sebagai pengerusi dalam pertubuhan tersebut. Okok, macam mana kalau PAS hendak mewujudkan suatu negara Islam yang bersifat kerajaan totalitarisme dengan mengubah perlembagaan Malaysia. Hmm…berbekalkan ilmu saya terhadap perlembagaan Malaysia yang sampai tingkatan 6 sahaja, segala undang-undang yang digubah jikalau didapati bercanggahan dengan semangat perlembagaan Malaysia, bahagian yang bercanggahan itu akan terbatal secara automatik. Malaysia merupakan negara yang sekular, kalau PAS ingin mewujudkan sebuah ‘negara Islam yang bersifat kerajaan totalitarisme’, maka mereka hendak mengubah perlembagaan Malaysia.
Dan ini memerlukan sokongan 2/3 daripada semua YB dalam parlimen. Pada tahun 2008, kerusi dewan rakyat di Parlimen ialah 222, dan majoriti lebih daripada 2/3 ialah 149 kerusi. PAS telah mengumumkan bahawa mereka akan bertanding 60 kerusi parlimen dalam pilihan raya yang akan datang. Saya menganggap mereka menang semua 60 kerusi, namun mereka masih kekurangan 89 kerusi. DAP yang selama ini bersifat ‘anti Melayu’ dan ‘komunisme’ rasa-rasanya tidak akan menyokong mereka. PKR yang ‘pro US’ dan ‘agen Israel’ rasa-rasanya juga tidak akan membantu PAS yang kekurangan kerusi. Jadi, kerusi yang masih kurang mungkin perlu pertolongan daripada ‘parti-parti komponen Cina’ yang sering melaung-laungkan pertubuhan negara Islam. Di samping itu, mewujudkan negara Islam selain akan mendatangkan bantahan hebat dalam masyarakat bukan Melayu, malah saya tak rasa golongan Melayu lebih-lebih lagi yang dari bandar akan memberi sokongan yang padu kepada ideologi ini.

Sehati tidak sejiwa
Perumpamaan sehati tidak sejiwa sering dilontarkan kepada PR kalau DAP dan PAS tidak dapat mencapai kata sepakat dalam sesetengah isu. DAP, PAS, PKR (nama disusun ikut alphabet ^^) membentuk PR kerana ingin memenangi dalam pilihan raya dan sekaligus membentuk kerajaan yang memerintah. Politk merupakan permainan yang sering membantu dan sering mengimbangi. Dalam politik, sesuatu parti tidak mungkin dapat menjumpai parti yang lain yang mempunyai visi perjuangan parti 100% yang sama dengannya, dan membentuk kerajaan gabungan sama-sama. (kalau visi perjuangan dua parti 100% sama, lebih baik gabung saja jadi satu parti) Disebaliknya parti yang mempunyai ideologi yang berbeza seharusnta cuba mencari titik persamaan yang boleh menyambungkan antara satu sama lain, satukan musuh yang secondary dan menyerang musuh yang premier. Dan ketika sudah memerintah, cuba sedaya upaya tawar-menawar antara satu sama lain ketika menggubal sesuatu polisi, masing-masing cuba memasukkan ideologi parti sendiri sebanyak yang mungkin dalam dasar yang akan dilaksanakan.
Tidak ada orang mampu membuat jaminan bahawa PAS akan menggubal sesuatu polisi yang Pro orang Cina, dan sebaliknya juga ,masyarakat bukan Cina juga takut DAP akan membuat sesuatu yang menjejaskan kepentingan mereka. Maka, hanya dengan kuasa politik yang dimiliki oleh tiga parti dalam PR lebih kurang sama, tiada sesiapa yang mampu jadi taiko dalam perikatan, maka ketiga-tiga parti akan sama-sama berkerjasama, dan juga akan sama-sama menyimbangi kuasa antara satu sama lain. Segala dasar yang bakal dikeluarkan perlu dibahas, ditawar-menawarkan dengan kuat antara parti komponen, sebelum dapat dilaksanakan. (mungkin bagi parti-parti kecil yang sudah biasa ikut arahan taiko, keadaan perbahasan yang hangat antara parti akan ditafsirkan sebagai ‘kecoh’ atau
sehati tetapi tidak sejiwa’). Hanya dengan perseimbangan kuasa, baru dapat menyekatan kemaraan suara extrimis dalam PAS, dan juga mengelakkan ahli-ahli DAP atau PKR yang datang dari BN, tidak akan merompak harta negara dengan cara lama mereka dulu.

Sistem dua parti (sesuatu negara mempunyai dua parti yang mempunyai peluang yang sama untuk memerintah)yang diharapkan oleh rakyat bukan bermatlamat untuk memilih seorang yang suci untuk memerintah negara, sebaliknya kita berharap mempunyai satu sistem yang dapat menjatuhkan pemimpim negara yang telah jadi jahat dengan cara yang adil dan aman.

*Atas peringatan daripada seorang yang bagi komen (dalam versi Cina), ahli OIC tidak semestinya negara Islam. Contohnya Turki yang bersifat sekularisme juga merupakan ahli kepada pertubuhan ini.


Versi dalam bahasa Cina

3 comments:

  1. mula2 sekali trima kasih sbb buat post ni dalam bm..
    saya suka tajuk ni..pm, negara islam,sehati tapi x sejiwa..kira 3 benda ini adalah isu...
    hm..bg saya tak salah kalau pemimpin itu adalah cina (seriously) tp walaubgaimanapun..seseorg itu mestilah muslim..sbb tu PAS tak kisah bangsa apa sekalipun mentadbir negara..asalkan org tu beragama islam yang real..

    PAS bagi saya sejak ditubuhkan tak pernah berganjak dgn pendirian mereka untuk membangun bersama islam..dan itulah yang selalu dibuat..cuma kadang2 bersimpang sbb diasak oleh kerajaan..


    satu2 harapan yang ada pada malaysia hari ini adalah PR (tak kira lah DAP, PAS atau PKR) yang mana mereka memprjuangkan hak mengikut kepentingan rakyat bukannya mengikut kepentingan diri sendiri..gabungan 3 parti ini menunjukkan kita sebenarnya boleh bersatu tanpa mengira warna kulit..bangsa dan agama..

    ReplyDelete
  2. Saya tak percaya akan wujudnya parti yang hanya memperjuangkan kepentingan rakyat sahaja tanpa agenda sendiri....saya rela percaya kepada sistem yang adil yang boleh mengawal kuasa mereka daripada menjadi jahat

    ReplyDelete