Friday, October 21, 2011

Masalah 'Raksasa' di Malaysia

Dalam pepatah Bahasa Cina, terdapat satu ayat yang berbunyi “satu negara senang diserang tetapi susah ditadibir”. Jikalau pada satu hari Pakatan Rakyat mengambil pucuk pimpinan Malaysia, adakah mereka ini sudah bersedia dengan penuh yakin untuk mentadbir negara ini? Sememangnya memarahi BN merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan revolusi mempunyai sifat yang romantisme, namun setelah semua perasaan yang menghairahkan ini bersejuk, pernahkan PR memikir dengan dalam bahawa bagaimananya hendak mentadbir negara ini dengan baik? Pada pendapat saya, Malaysia mempunyai beberapa masalah yang sudah nazak dan perlu dibagi rawatan dengan segera, salah satu daripadanya ialah bilangan kakitangan awam yang terlalu ramai.


Kalau dibandingkan dengan nisbah bilangan kakitangan awam (K.A.) dengan jumlah rakyat di Malaysia, negara kita merupakan antara negara yang mempunyai bilangan K.A. yang terbanyak di dunia. Jumlah K.A. yang kita punyai termasuk polis dan angkatan tentera ialah 1.2 milion . Salah satu sebab utama bilangan mereka yang begitu banyak ialah setiap tahun Universiti di Malaysia melahirkan banyak graduan yang kekurangan daya saingan dalam pasaran pekerjaan. Maka, demi menyerap kebanyakkan graduan kita yang menganggur, kerajaan terpaksa mencipta banyak jawatan (yang sebenarnya tidak diperlukan) di sektor perkhidmatan awam untuk mereka ini. Setiap tahun kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak demi membayari mereka ini. Sebagai contoh, dalam bajet 2012 yang telah dibentangkan pada baru-baru ini, peruntukkan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk K.A. adalah sebanyak 53 bilion Ringgit Malaysia (RM 53,000,000,000.00).
Bagi menyelesaikan masalah kewangan negara yang kritikal disebabkan oleh bilangan K.A. yang ‘overweigh’ di Malaysia, saya rasa cara yang paling berkesan ialah dengan melakukan pengurangan staff, tetapi perkara ini adalah mustahil dilaksanakan. Dari perspektif politik, jika PR yang menjadi kerajaan, perkara pertama yang perlu mereka lakukan ialah mendapatkan sokongan daripada para K.A. Hal ini demi melicinkan pentadbiran negara dalam masa yang akan datang. Maka saya rasa PR akan memberi layanan yang lebih baik kepada K.A. berbanding BN jika mereka berjaya memenangi pilihan raya yang akan datang. Dari perspektif ekonomi pula, jika pembuangan kerja dilakukan ke atas para K.A. , kadar pengganguran di Malaysia akan meningkat dan mereka ini akan menjadi ‘bom’ yang akan meletup pada bila-bila masa dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu, tidak kiralah sesiapa yang memimpin negara ini, mereka pun tidak akan berani pergi ‘kacau’ K.A. mempunyak bilangan yang banyak ini. Ada orang yang menggambarkan K.A. yang banyak di Malaysia sebagai seekor ‘raksasa yang besar’. Kerajaan terpaksa menyaranya dengan memberi banyak ‘makanan’ , kesannya hidup rakyat menjadi susah kerana pelbagai cukai akan dikenakan. Sebaliknya, jika kerajaan tidak mempedulikan ‘rakasasa’ ini, maka ia akan mati kelaparan dan tertumbang. Jika ia tumbang, dengan saiznya yang besar ini mampu membinasakan kita semua. Secara ringkas masalah K.A. akan membawa negara kita ke ambang (atau jurang?) bankrap jika tidak diselesaikan dengan baik.

Pada pandangan saya, jikalau kerajaan ingin menyelesaikan masalah ‘raksasa’ ini,
Pertama ialah berhenti mengambil mana-mana K.A. yang baru lagi, hal ini demikian mampu mengelakkan saiz badan raksasa yang besar menjadi hilang kawalan (memang pun sudah lama hilang kawalan)
Kedua ialah dengan langkah demi langkah, pengurangan gaji terpaksa dilakukan ke atas K.A. ini. Selain daripada gaji , faedah lain seperti elaun yang banyak juga perlu dikurangkan atau dimansuhkan mengikut keadaan atau keperluan masing-masing.
Ketiga ialah melakukan transformasi dan rombakkan ke atas strktur ekonomi yang sedia ada pada negara kita sekarang. Ekonomi negara kita perlu menukar ke arah yang lebih memerlukan perkerja yang berkemahiran tinggi daripada jenis ekonomi yang memerlukan daya buruh yang banyak seperti sekarang. Dengan ini, para graduan yang banyak daripada Universiti setiap tahun mampu mendapat kerja di pasaran mengikut bidang masing-masing. Di samping itu, rasuah dan pembaziran hendaklah cuba dielakkan sehingga ke tahap yang paling minimum, dengan pedekatan ini, sejumlah wang yang banyak dapat dijimat dan boleh digunakan untuk menyara ‘raksasa’ ini. Semua langkah-langkah yang diambil dalam menyelesaikan masalah K.A. ini harus dirancang dengan teliti dan dilakukan dengan cermat. Ini adalah bagi mengelakkan isu ekonomi ini bertukar menjadi isu ‘perkauman’ atau ‘keagamaan ’ atas pencaturan politik daripada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Terdapat satu teori yang menyatakan : jika awak berhutang 10,000 dengan orang lain, malah awak akan rasa sakit kepala. Tetapi, jika awak berhutang 10,000,000 dengan orang lain, maka yang sakit kepala itu ialah pemiutang awak. Keadaan negara kita sekarang merupakan pemiutang besar kepada seekor rakasasa yang sangat besar, dan yang berasa sakit bukan hanya di kepala sahaja…
(secara kebetulan saya jumpa artikel ini yang membicang tajuk yang sama dengan saya hari ini…)
Versi dalam Bahasa Cina


4 comments:

  1. mungkin salah satu sbb kerajaan membekukan pengambilan kaki tangan kerajaan buat masa skrg..terlampau ramai sangt..baru sedar mereka sedang mencipta raksaksa..

    ReplyDelete
  2. tapi masih ada banyak pengambilan yang dibuat oleh kerajaan, macam kawan saya itu hari baru dapat tawaran...jabatan yang baru lagi,jabatan yang saya tak pernah dengar namanya sebelum ini

    ReplyDelete
  3. jabatan apa tu...FLOM??..first lady on malaysia..haha..jabatan yang tiba2 wujud yang saya tahu..

    ReplyDelete