Friday, December 16, 2011

Majulah , “Motherland” = =


Sebelum ini , saya pernah terbaca satu post di forum ruangan antarabangsa. Penulis post tersebut (saya tak pasti dia orang Cina dari Malaysia atau orang luar Negara dari Negara China )mengeluarkan dua kenyataan yang berbunyi:

1. Dia sungguh ‘marah’ terhadap orang yang mengkritik China, dan dia berasa orang yang mengkritik China merupakan ‘anjing belaan’ Negara US ataupun Jepun. Penulis berasa hanya dengan ‘motherland’ menjadi kuat
2. Orang Cina yang berada di seluruh dunia mampu hidup dengan bahagia, dan tidak akan dijadikan rakyat kelas kedua lagi di mana-mana negara

Kalau penulis post ini berasal dari tanah besar China, maka saya tak hairan dia mengatakan dua kenyataan di atas, tetapi apabila saya terbaca kenyataannya yang berbunyi “dengan ‘motherland’ menjadi kuat, Orang Cina yang berada di seluruh dunia mampu hidup dengan bahagia…” ,saya 90% sure dia ialah orang Cina dari Malaysia. Sekali lagi, saya dengan ilmu psykologi saya yang ‘canggih’ ini , saya cuba menganalisis keadaan jiwanya yang mengeluarkan kata-kata sedemikian…




Kalau penulis post ini berasal dari tanah besar China, maka saya tak hairan dia mengatakan dua kenyataan di atas, tetapi apabila saya terbaca kenyataannya yang berbunyi “dengan ‘motherland’ menjadi kuat, Orang Cina yang berada di seluruh dunia mampu hidup dengan bahagia…” ,saya 90% sure dia ialah orang Cina dari Malaysia. Sekali lagi, saya dengan ilmu psykologi saya yang ‘canggih’ ini , saya cuba menganalisi keadaan jiwanya yang mengeluarkan kata-kata sedemikian…

Saya berasa pemikiran yang menganggap tanah besar China sebagai ‘motherland’, hanya wujud pada otak orang zaman datuk kepada datuk saya, jangan-jangan terdapat satu apek yang berumur 200 tahun mampu online?! Biasanya ‘belia pemarah’ yang mempunyai pemikiran sedemikian, adalah mangsa kepada keadaan politik perkauman tidak adil yang diamalkan oleh UMNO yang superiority Melayu. Belia Pemarah (BP) ini , sentiasa dibuli oleh kerajaan yang jahat. Selain itu ,parti komponen yang kononnya ‘memperjuangkan hak Orang Cina’ sentiasa lemah dan tidak berguna tidak mampu menjadi tempat perlindungan kepada BP ini. Keadaan Orang Cina tempatan yang terbahagi kepada dua jenis, satu seperti saya yang mengagung-agungkan barat, satu lagi yang sibuk mencari wang merumitkan lagi keadaan psykologi BP ini. Disebabkan BP ini tidak mampu mencari resonance dengan Orang Cina tempatan yang ‘tidak bersatu’, maka mereka terpaksa mengirim perasaan mereka kepada Tanah Besar China demi memenuhi kekosongan jiwa mereka (secara terus terang, dulu saya pun suka membuat demikian, sehingga…)

Apabila UMNO yang sentiasa perkauman melakukan sesuatu yang mencederakan perasaan Orang Cina di Malaysia, seperti ‘mengeluarkan Keris’, ‘Teori Penumpang Malaysia’, ‘Hak-hak istimewa’…Pada masa ini,BP yang sentiasa berada di sisi ‘motherland’ akan berfikir sedemikian :


“Bodoh! Kamu terus bermaharajalela lah, saya dah tak kisah. Sebab Dongfeng 21C (sejenis peluru berpandu) dah mampu menyerang pada jarak jauh”
“Chang Er (nama roket buatan China) telah mempu membuat pendaratan pada permukaan bulan”
“Aircraft Carrier China dah mampu berlayar…”
“Motherland mesti maju. Motherland GOGOGO!”
…..

OK, First saya mahu cakap sama ada negara China maju atau tidak, ia tak ada kaitan dengan nasib Orang Cina di Malaysia. Sikit pun tak ada, paling-paling pun memudahkan ahli peniaga Cina membuat business di sana, itu sahaja. Namum , kekuatan Negara China tidak akan mengubah polisi kerajaan Malaysia dalam apa-apa dasar negara pun. Psykologi yang berharap nasib sendiri akan berubah dengan ada seorang taiko besar berdiri di belakang awak adalah sangat kesian dan lemah….Ya, SANGAT KESIAN DAN LEMAH…saya yang pro-Barat ini sentiasa mengagung-agungkan US, kenapa? Kerana US merupakan satu negara yang mampu menerima semua penduduk yang berbilang bangsa dari seluruh dunia, sehingga mampu melahirkan seorang President yang berkulit hitam. Maka, US juga merupakan negara pilihan utama untuk berhijrah oleh orang tempatan yang mengalami layanan yang tidak adil di sini.

Namun, adakah kamu pernah berfikir kenapa US mampu melahirkan seorang President yang berkulit hitam yang asalnya orang kulit hitam sentiasa didiskriminasikan? Tanah Melayu berjaya merdeka pada tahun 1957, pada tahun 1950-an, orang kulit hitam di US masih perlu memberi tempat duduk mereka di bas kepada orang putih! Awak Nampak tak?!!! Di 1950an, kita boleh membina sebuah negara dengan kerjasama penduduk yang 3 kaum berbeza, tetapi di US orang kulit hitam masih perlu memberi tempat duduk mereka di bas kepada orang putih! Siapakah yang sebenarnya maju pada masa itu? Saya sangat sure kalau bukan internet belum ada lagi pada masa itu, kalau tidak, sure orang berkulit hitam akan berhirah ke Malaysia yang bertoleransi pada itu.
Apa yang terjadi pada masa itu? Adakah ‘Belia Hitam Pemarah’ di US itu ‘berharap motherland Afika menjadi maju dan kuat?’ Adakah pejuang hak asasi orang kulit hitam pada masa itu seperti Martin Luther King atau Malcom X pernah berharap ‘Congo, South Africa, Zimbabwe, Tunisia menjadi kuat dan sekaligus menaikkan kedudukan orang kulit hitam di US? ’ Tak ada! Langsung tak ada! Apa yang mereka buat? Search di Google kisah pejuangan mereka.
Hanya dengan masa kurang daripada 50 tahun, orang berkulit hitam di US dah mampu bertanding dan dipilih sebagai President, disebaliknya Malaysia yang lebih maju pada masa itu sekarang masih dibelenggu dengan masalah perkauman, sekarang kita masih perlu diseru agar bersatu dan jangan mencabar hak-hak sesama lain… Kenapa BP yang mengalami layanan tidak adil ini tidak cuba memperjuangkan hak-hak sendiri, tetapi perlu hancur sehingga ‘berharap’ motherland menjadi kuat’? Bukankah kami selalu cakap Orang Cina ada kebudayaan 5000 tahun yang agung? Takkan kita lebih lemah berbanding dengan orang berkulit hitam? Jangan bagi tahu saya Orang Cina minoriti di Malaysia, dulu populasi Orang Negro di US lagi sikit, bezanya hanya adakah kita mempunyai semangat berjuang demi mendapat layanan yang adil pada negara ini. Berjuanglah dengan gigih, keadaan di Malaysia lebih baik berbanding dengan US pada tahun 1950an..

Saya tahu ,kalau saya mengelar orang Cina sebagai kaum yang hodoh dan lemah seperti diwar-warkan oleh beberapa orang penulis Cina adalah sikap yang tidak bertanggungjawab, tetapi setelah beberapa tahun ini saya memerhatikan jiwa dan pemikiran Orang Cina di Malaysia, sebanyak sikit saya terpaksa akur terhadap ‘kenyataan penulis yang tidak bertanggungjawab ini’. Saya betul-betul berharap saya salah dalam konteks ini….



2 comments:

  1. ulasan yang baik sebenarnya..saya rasa boleh faham perasaan awak dan angan2 penulis cina (BP) awak tu..

    betul2 berharap generasi kini sedar mereka ada mission menyelamatkan tanah air daripada tangan2 yang tak bertanggungjawab..peace..

    ReplyDelete
  2. //ulasan yang baik sebenarnya..//
    TQ

    //betul2 berharap generasi kini sedar mereka ada mission menyelamatkan tanah air daripada tangan2 yang tak bertanggungjawab..peace..//

    malangnya yang bodoh majoriti...

    ReplyDelete