Friday, December 2, 2011

Pecaturan Laut China Selatan

Dah agak lama saya tidak tulis pasal kententeraan….Kebelakangan ini, situasi di Laut China Selatan agak ‘tegang’, seolah-olah satu pertembungan yang sengit bakal dijanjikan oleh negara-negara Asia Tenggara (AT) dengan negara China akan berlangsung di sini. Latar belakang kepada isu ini ialah, sejak dari dahulu lagi China selalu membuat tuntutan bahawa mereka mempunyai kedaulatan terhadap pelbagai pulau yang terletak dalam lautan ini, namun dengan bangganya negara-negara AT tidak pernah mengambil peduli terhadap tuntutan liar mereka. Hal ini demikian kerana kekuatan negara China agak lemah pada beberapa puluh tahun yang lalu, maka segala tuntutan mereka terhadap ‘tanah (pulau?) air mereka yang suci’ tetap kekal sebagai tuntunan .Namun keadaan sekarang dah berbeza, setelah bertahun-tahun China ‘reformasi’ dan mengamalkan dasar ‘pasaran bebas yang berala sosialisme’ ,sejak president mereka yang agong, President Mao telah pergi ‘berjumpa’ dengan sifunya, Karl Max, China berjaya melakukan ‘Lompatan Jauh ke Depan’ dan sekarang muncul sebagai sebuah negara yang kaya dan kuat.



China hari ini dah kaya, mereka merupakan pemiutang terbesar kepada US, selain itu KDNK mereka juga merupakan kedua terbanyak di dunia. Malah kebelakangan tahun ini, banyak pencapaian yang memberangsangkan juga tercapai dan bidang Sains dan Teknologi seperti berjaya menghantar kapal angkasa Made In China ke angkasa lepas dan juga berjaya menghasilkan aircraft carrier buatan tempatan. Oleh itu , memang lumrah orang yang sudah kaya, China sekarang nak mengembalikan ‘maruah’ mereka dengan mendapatkan balik ‘tanah air mereka yang suci’ yang telah sekian lama ‘dinodai’ oleh negara-negara AT ini.


Walaupun negara panda ini dah lama bagi amaran kepada negara-negara AT yang lain bahawa mereka nak ambil balik ‘tanah air mereka yang suci’, tetapi dengan hebatnya negara-negara AT kita ini masih relak dan berbuat tidak tahu. Antaranya yang mengharumkan semangat ASEAN ialah negara Vietnam dan Filipina yang masing-masing terus menerokai petroleum di pulau-pulau ‘milik China’ dan juga menguatkan bala tentera masing-masing bagi persediaan awal untuk menghadapi ‘insident yang tidak diingini’. Maka ada orang yang mengatakan bahawa China yang telah kaya dari ekonomi dan kuat sudah dari power ketenteraan, kemungkinan akan menggunakan kuasa ketenteraan untuk menyelesaikan kemelut di Laut China Selatan (LCS) ini. Jadi, kesimpulannya ialah peperangan laut akan terjadi di LCS kalau masalah ini tidak diselesaikan dengan baik, satu pertempuran hebat bakal berlaku…

Pertempuran kepala otak kau~
tak akan berlaku bah apa-apa jenis peperangan… sekurang-kurangnya saya berasa sedemikian, mengapa saya berkeyakinan bahawa peperangan tidak akan berlaku? Apa yang membuat saya berfikir sedemikian? Haha…nak tahu? Biar pak cik jelaskan satu per satu…


1.Pertukaran pemain
Tahun depan negara China akan bertukar pemimpin mereka, pemimpin sekarang Hu Jintao dan Wen Jiabao masing-masing akan bersara dan berehat di Zhongnanhai dan akan digantikan oleh Xi Jinping dan Li Keqiang (ya…saya tahu susah mahu sebut nama mereka)..generasi Xi dan Li ini merupakan generasi yang ke-4 sudah setelah Parti Komunis China mengambil pucuk pimpinan negara China .Gen 1 ialah Mao, Deng Xiaoping , Gen 2 ialah Jiang Zemin , Zhu Rongji, Gen 3 ialah Hu Jintao dan Wen Jiabao. (macam hokage dalam Naruto ^ ^) kalau peminpin China ialah dari Gen 1, maka mereka lebih berani melancarkan peperangan kerana bagi mereka, kuasa pimpinan negara ini dimenangi oleh mereka, maka mereka juga berhak membawa negara ini ke mana-mana peperangan yang mereka rasa perlu. Namun, bagi peminpin Gen 2 dan seterusnya, oleh sebab mereka merupakan pemimpin yang mewarisi kuasa tetapi bukan menghasilkan kuasa, maka mereka akan berasa lebih tekanan jika nak melancarkan apa-apa peperangan…Oleh itu, semakin junior generasi pemimpin, semakin kecil keberangkalian peperangan akan dicetuskan oleh mereka. Di samping itu, nilai teras kerajaan China sekarang ialah memajukan ekonomi, maka segala tumpuan dan jentera negara akan difokuskan ke dalam membangunkan ekonomi daripada melakukan apa-apa peperangan yang hanya akan merencatkan pembangunan ekonomi.

2.Diplomasi
Tambahan lagi , kerajaan China lebih suka menggunakan cara dilomatik daripada ketenteraan dalam menyelasikan masalah-masalah yang timbul di seluruh dunia. China juga lebih cenderung menggunakan kuasa ekonomi mereka yang kuat dalam meningkatkan pengaruh mereka dalam pentas politik sedunia. Contohnya ialah mereka cuba membeli bon negara-negara Eropah yang menghadapi masalah ekonomi . China juga cuba mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan negara-negara AT dengan membuat kerjasama ekonomi (ASEAN + 3), tujuannya ialah cuba mengurangkan perselisihan dengan kami dengan melalui kerjasama ekonomi. Oleh itu, jikalau berlakunya peperangan antara negara China dengan negara-negara AT, China akan diasingkan oleh kebanyakkan negara Asean yang neutral (seperti Malaysia), dan keadaan ini akan merosakkan kepentingan China dari segi ekonimi mahupun strategik sedunia mereka. Sebab itu saya berpendapat keberangkalian berperang akan dikurangkan ke tahap yang paling minimum bagi mengelakkan media-media Barat boleh memainkan isu China’s threat.
Tengok muka bakal pemimpin China Xi dan Lee yang handsome ini, nasib China dalam masa akan datang memang cerah.

3. Semangat ‘Nasionalisme’
Walaupun China mempunyai kekuatan yang besar dalam bidang ketenteraan lebih-lebih lagi teknologi angkasa lepas dan laut dalam dekad-dekad ini, namun perjalanan untuk memasukkan kuasa teknologi baru ini ke dalam medan peperangan adalah masih terlalu awal. Hal ini demikian kerana teknologi angkasa lepas China masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan US , malah tentera China masih kekurangan pengalaman yang mencukupi untuk menghadapi mana-mana peperangan yang besar. Teknologi seperti kapal angkasa dan aircraft carrier mereka ini , kegunaannya lebih kepada memenuhi semangat nasionalisme dalam negeri daripada bidang kententeraan. (konsepnya seperti negara kita yang banyak membina bangunan-bangunan besar dan canggih yang sial-sial bagi membuat rakyat rasa kita dah ‘maju’)

Oleh itu, saya rasa 95% peperangan tidak akan berlaku di LCS kerana China berjanji bahawa mereka merupakan kuasa baru yang bangkit dengan ‘aman dan sejahtera’.

Macam mana dengan 5% itu? er….kalau masalah dalam negeri China bertambah serius (mungkin rasuah, masalah kemisikinan..), kemungkinan kecil satu peperangan yang kecil akan dilancarkan bagi mengalih perhatian rakyat mereka daripada masalah tempatan ke arah peperangan.



2 comments:

  1. cerita ni macam awak pernah bgtau saya semester lepas..

    ReplyDelete
  2. ya..cerita 'kenteteraan' ini memang selalu berulang-ulang, 990% daripadanya tidak akan berlaku apa2. Semuanya ini pihak media negara masing-masing yang sengaja mengheboh-hebohkan cerita, agar boleh memenuhi Semangat ‘Nasionalisme’ dalam negeri...

    ReplyDelete