Kebelakangan
ini, ada netizen Melayu yang datang comment ke facebook saya tentang cara-cara bagi memartabatkan Bahasa
Malaysia. Isu ini timbul kerana ada berita yang menyatakan bahawa terdapat 600+
orang lebih pelajar lepasan SPM tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa
Malaysia.
Pertama
sekali, saya sebagai rakyat Malaysia yang berkaum Cina, saya juga tidak dapat
menerima bahawa terdapat pelajar yang tidak mampu berkomunikasi dalam BM. Saya
berpendapat bahawa semua rakyat Malaysia WAJIB menguasai BM, sekurang-kurangnya
mampu berkomunikasi dalam bahasa tersebut dalam kehidupan seharian.