Baru-baru ini ada satu artikel yang panas disebarkan melalui internet, isu kandungan artikel tersebut menceritakan kisah bekas Raja Gula Malaysia, Robert Kuok berjaya mengecewakan PM kita Dato' Seri Najib dengan pengaruhnya.
Bagi sesiapa yang berminat terhadap artikel itu boleh membacanya dalam versi bahasa Inggeris di sini.
Secara jujur, saya berasa tujuan artikel ini ditulis untuk menyerang kewibawaan PM kita, hal ini demikian setelah saya habis membaca artikel ini, saya berasa 'gembira' kerana akhirnya PM kita dimalukan juga oleh businessman yang berpengaruh ini.
Namun, setelah saya menenangkan diri saya dan merenung perkara ini secara terperinci, saya mendapati pihak yang mengalami kerugian dalam hal ini bukan PM dan kroninya, disebaliknya ialah semua rakyat di Malaysia.
Saya mulakan dengan kesan ekonomi terhadap Malaysia yang dikemukakan dalam artikel ini. kalau minyak kelapa sawit negara kita tidak mampu dijual ke luar negara, maka wang negara kita akan berkurangan, dan ini akan menyebabkan belakunya kemelesetan ekonomi dalam negara kita. Dan kalau keadaan ini berlaku, adakah anda akan berasa kehidupan mewah PM dan kroninya akan menjadi teruk?
Negara kekurangan wang? Naikkan harga gula, naikkan tarif elektrik, meningkatkan kadar cukai, ataupun menjual bon negara dengan faedah yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Dan semua impak negatif daripada tindakan ini akan 100% dijejaskan oleh rakyat Malaysia sepenuhnya tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.
Mungkin anda akan rasa berpuas hati semasa membaca artikel tersebut kerana akhirnya mereka dihina atas
tindakan bodoh mereka sebelum ini yang menyebabkan Robert membawa businessnya keluar dari Malaysia.
Tapi, ketika kita berasa 'gembira', kita mungkin telah lupa bahawa setelah gelaran Raja Gula bertukar pemilik, harga gula telah menaik banyak daripada sebelum ini. Selain itu harga barangan kawalan juga menaik, kos hidup inggi, harga minyak yang macam tidak akan turun,
dan juga kerana kita semua kecoh pasal tax 6% reload, isu peningkatan harga elektrik yang melebihi RM77 telah diabaikan oleh rakyat oleh isu lain. Maka, saya ada sebab yang kukuh mengesyaki artilel ini ditulis oleh gun for hire yang pro BN. ^^
Selain itu, kalaulah apa yang ditulis dalam artikel itu memang 100% betul, maka tidak boleh menafikan Robert mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Dan pengaruh ini sungguh menakutkan!
Ketika saya membaca novel pada masa zaman sekolah, terdapat satu peribahasa Cina yang menggambarkan keadaan seorang yang sangat kaya, iaitu harta yang mampu melawan kekayaan negara. Mula-mula saya ingat ini hanya satu hiperbola, tetapi rujuk balik kepada kes benar ini, nampaknya peribahasa tersebut sepatutnya diubah kepada kekayaan yang mampu mengawal sesebuah negara.
(Pada zaman muda saya,saya pernah berkhayal bahawa tauke-tauke di Malaysia mungkin akan bersatu seperti businessman Yahudi di US bagi melindungi kaum mereka di negara ini. Namun semua khayalan ini berpeceh-belah kemudian.)
Orang Cina kuno mempunyai kata-kata hikmat yang berbunyi, orang yang miskin jangan lawan orang yang kaya (bodoh! siapa yang boleh dilawan oleh orang yang miskin?)
dan orang yang kaya jangan melawan kerajaan
Nampaknya scenario pada hari ini businessman yang berjaya mampu melawan dan mengawal kerajaan setiap negara. Fenomena ini sama dengan apa yang digambarkan dalam buku <THE MONEY CHANGERS>
belakang.
Versi dalam bahasa Cina
No comments:
Post a Comment