Friday, February 3, 2012

Ekonomi makan tahi

Para ‘pemimpin’ politik kita orang suka minta puji daripada rakyat jelata dengan dengan menggunakan huruf dan angka. Sebagai contoh, Projek Transformasi Ekonomi Negara yang dilancarkan oleh PM kita yang tercinta. Segala ‘kejayaan’ projek tersebut diukur dengan nombor dan huruf. Projek tersebut akan dianggap sebagai berjaya kalau statistik seperti ini diberikan:
1.Pertumbuhan ekonomi negara menunjukkan peningkatan X%
2. Peratusan FDI meningkat Y % pada musim ini
3. Sebanyak RM Z telah dilaburkan ke dalam pasaran oleh kerajaan dalam projek ini


Selain itu, negeri yang di bawah pengaruh PR juga suka menunjukkan kejayaan mereka dalam mentadbir negeri tersebut dengan memberitahu rakyat bahawa musim ini berapa RM dah diterima oleh pelabur asing ke dalam negeri tersebut.




Memang tidak dapat dinafikan kejayaan ekonomi atau pentadbiran orang politik diukur dengan angka dan statistik merupakan suatu kaedah yang santifik dan logik. Namun, walaupun angka mampu ‘memberitahu’ kejayaan atau keberkesanan sesuatu projek, ia juga mampu dimanipulasikan oleh sesetengah pihak untuk tujuan jahat mereka. Adakah kerajaan sudah tiada cara lain untuk menunjukkan kejayaan mereka dalam mentadbir negara? Selain setiap tahun memberitahu rakyat jumlah angka yang mereka laburkan atau terima, sedangkan jumlah yang berzillion-zillion ini tidak bermakna terhadap rakyat yang biasa seperti kami.

Sebelum meneruskan post saya hari ini yang bertajuk pasal tahi, saya nak berkongsi satu jenaka yang pasal tahi.

“Dua orang pelajar Phd jurusan ekonomi A dan B bersiar-siar di taman dan terjumpa satu tahi anjing yang besar. A berkata terhadap B, kalau awak makan tahi itu, saya bagi awak RM50 juta. B berfikir ‘walaupun tahi itu menjijikan, tetapi RM50 juta itu banyak, pedulilah, makan sajalah!’ maka B pun makan tahi tersebut dan dapat RM 50 juta daripada A. Selepas itu, 2 orang pelajar itu terus berjalan tetapi masing-masing rasa tidak puas hati. A telah mengalami kerugian RM 50 juta dan B yang telah makan tahi rasa sangat jijik. Pada masa ini mereka terjumpa lagi satu tahi anjing yang besar, B pun memberitahu A kalau dia makan tahi itu, dia kasi balik RM 50 juta itu. Maka A pun berfikir ‘kalau makan tahi itu, dia dapat untung balik kerugiannya, lagipun B dah makan tahi juga, tak apalah’. Maka A pun makan tahi tersebut dan dapat balik RM 50 jutanya daripada B. Sepatutnya masing-masing berasa puas terhadap ending ini, tapi mereka rasa macam tak betul, kerana tiada orang yang untung dalam hal ini tetapi masing-masing terpaksa makan dua tahi anjing yang besar dan busuk. Maka mereka pun bercadang nak minta tunjuk ajar daripada professor mereka, bila prof mereka dengar cerita mereka, prof berasa sangat gembira dan berkata ‘saya ingin berterima kasih kepada kamu dua, kerana kamu dua orang hanya makan tahi, dah mampu menjana pertumbuhan KDNK negara sebanyak RM 100 juta!’ ’’



Maka jelaslah kalau kita hanya menilai kejayaan kerajaan kita dalam mentadbir negara dengan ‘peratusan pertumbuhan ekonomi’ atau ‘jumlah dana yang mengalir masuk ke pasaran’, adalah tidak mencukupi atau salah sangat! Apa yang kita perlu ambil berat ialah dalam dana ini berapakah wang yang digunakan untuk memanfaatkan rakyat, berapakah wang yang dapat disalurkan kepada rakyat? Saya bagi satu contoh scenario, kalau kerajaan bagitahu rakyat bahawa kerajaan Malaysia telah melabur RM 1000 juta dalam satu projek mega perumahan. Dengan projek yang berjumlah sebanyak RM 10 billion ini, ia mampu menjana sebanyak 10000 peluang perkerjaan dan mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi musim ini sebanyak 3%. Kalau kita menilai keberkesanan projek ini dengan angka sahaja, ia seolah-olah merupakan suatu projek yang cukup bagus terhadap ekonomi dan rakyat negara. 

Namun jika kita merenung perkara ini secara dalam dan mengutarakan beberapa persoalan seperti:
-kenapa kerajaan perlu membina rumah-rumah ini?
-rumah-rumah dalam projek perumahan ini adalah dijualkan kepada rakyat yang daripada kelas masyarakat yang mana?
-berapakah kontraktor yang menyertai projek mega ini yang berjumlah RM 10 billion?
-apa kriteria kerajaan dalam memilih para kontraktor yang memajukan projek perumahan ini?
-adakah berlaku kroni atau rasuah dalam projek mega ini?
-peluang perkerjaan yang dijana ini berapakah yang mampu dinikmati oleh penduduk tempatan? Atau ia hanya diisi oleh pekerja asing?
-pertumbuhan KDNK sebanyak 3% membawa apa kesan yang positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia?
Dengan bertanya contoh soalan di atas, maka anda akan mendapati kalau kita hanya menilai kerajaan kita dengan angka dan statistik sahaja adalah sangat sangat bahaya!

Sudah tiba masanya kita bertukar minda dalam mengalanisis dan menilai kerajaan kita dalam usaha mereka meningkatkan pembangunan ekonomi negara kita. Jangan lagi kita terpedaya dengan statistik yang diumumkan oleh mereka, dan terus dipermainkan perasaan kita dan berkhayal dalam khayalan bahawa ‘ekonomi negara kita dah meningkat X%’, ‘pendapatan kita dah meningkat RM X’. Hal ini demikian kerana kalau kita masih mudah diperbodohkan dengan angka dan statistik yang mudah dimanipulasi ini, kualiti kehidupan kita bukan sahaja tidak akan meningkat, malah kita juga akan termakan banyak ‘tahi’.



5 comments:

  1. In the broadest sense of all figures are the most functional way in showing the 'economics' growth/decline. But little do us aware that this figure won't tell you what have we achieved by simply looking at the figure.

    For most of the people, higher figure meant to be good result. Large sum of money invested are considered to be a positive achievements! Only little groups that are economics-literate will not taken this 'gazillion' figure mentioned as an achievement!

    I mostly agree on your descriptions about the economics, it is not to be explained in the term of figure and words merely! what matter the most is the comparison between pre- and post-, how much impact it could bring and will the 'figure' reaches the main target it meant for. In the simplest explanation the goods it bring should surpass the bads in every angle. We don't want more 'gajah putih' project! belanja jutaan ringgit, income is less than thousand!

    ReplyDelete
  2. komen kamu macam main copy daripada wikipedia saja.... = =

    ReplyDelete
  3. kepala kau! kalo copy paste ada salah tulis mie? haha

    ReplyDelete
  4. kalau copy bagi lah linknya kau copy, nanti orang salah faham ingat kau boleh taip sesuatu yang begitu sophisticated...

    ReplyDelete