Friday, March 2, 2012

Yang musnahkan dunia bukan syaitan ,tetapi hati manusia yang acuh tak acuh

Pada hari Ahad yang lalu, saya diajak oleh kawan saya pergi ke Tanjung Aru Kota Kinabalu bagi menghadirikan diri dalam kempen ‘Anti Lynas save Malaysia’. Kempen kami di KK bertujuan membakar semangat kempen anti ‘kilang Rare Earth’ yang berada di Kuantan, Pahang. Apabila saya sampai di Tanjung Aru, hati saya menjadi sejuk kerana mendapati jumlah orang yang menghadiri diri ke kempen ini tidak lebih daripada 500. Dengan jumlah ini, saya seolah-olah dapat melihat senyuman sinis yang diberikan oleh pihak berkuasa yang beria-ia nak tubuhkan kilang Rare Earth ini. Dengan jumlah ini, macam mana kita mampu memberi tekanan kepada pihak berkuasa yang cuba membuat sesuatu yang mencaburi kepentingan hak rakyat Malaysia? Walaupun saya cuba menyedapakan hati kawan saya (atau diri saya?) dengan mengatakan bahawa jumlah orang yang menghadiri akan semakin meningkat pada lain hari. Hari ini 500, esok hari mungkin 600, lepas itu 800 dan 1000, jumlahnya akan sentiasa meningkat. Namun kami semua sebenarnya tahu, orang yang sanggup keluar berjuang demi mempertahankan hak mereka adalah terlalu sedikit berbanding yang diperlukan.


Bagi mereka yang tidak turun padang turut berserta kempen seumpama ini, mereka tidak semestinya ‘takut kekecohan yang mungkin berlaku’, tetapi mereka hanya berasa ini tidak berkaitan dengan mereka. Jika kita bertanya kepada mereka yang tidak ingin mengahdiri diri ke aktiviti seperti ini, jawapan yang mereka bagi adalah mungkin adalah seperti berikut:

“saya bukannya banyak masa nak buat kerja macam ni…saya dah ‘sokong’ dengan share dan like artikel yang anti kilang Lynas di fb, malah dah tukar gambar profile saya , apa yang awak nak saya buat lagi?” 
“anti kilang Lynas? Bukankah kilang itu di Kuantan? Sinikan Sabah, jauh daripada kita, mengapa nak susah-susah?”
“apa gunanya kau anti ini dan itu? Jangan bodohlah, kerajaan tidak akan pedulikan kamu punya…”
Saya rasa antara banyak jawapan, jawapan di bawah ini mungkin paling klasik dan popular
“lebih saya seorang tak jadi banyak, kurang saya seorang tak jadi sikit”…..

Sebenarnya saya pun ‘tidak sah’ untuk mengkritik mereka yang tidak pergi ke kempen, hal ini demikian kerana saya sendiri pun tidak bercadang nak menghadiri diri ke kempen anti kilang Lynas ini. Daripada menyalahkan orang lain yang tidak menghadiri ke pergerakkan seumpama ini, lebih baik saya memikir sebab utama saya bercadang tidak pergi ke kempen ini pada awalnya. Dengan malunya saya terpaksa mengakur bahawa sebenarnya saya juga mempunyai pemikiran yang seperti
“haiya…orang di sini saya tahu style mereka, mereka tak akan pergi punya…saya pergi pun buang masa sahaja, lebih saya seorang tak jadi banyak, kurang saya seorang tak jadi sikit”
“lagipun, kerajaan yang ego tidak mungkin akan bertunduk kepada seruan kami, lebih baik saya menghukum mereka dengan undian saya pada masa PRU yang akan datang”
“itu kilang Lynas kan di semenanjung, sini kan Sabah, ada lagi Laut China Selatan jadi benteng, biarpun ada radioaktif ia pun tidak akan sampai ke sini, peduli lah mereka…”
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Sedangkan orang seperti saya ini yang boleh dikategorikan sebagai ‘mengambil berat terhadap isu-isu semasa negara’ dan sentiasa menulis artikel yang mengkritik masalah di Malaysia, pun akan mempunyai sikap “lebih saya seorang tak jadi banyak, kurang saya seorang tak jadi sikit” , apatah lagi mereka yang lain yang jarang ambil berat terhadap politik? Mengapa saya akan berfikiran demikian? Adakah saya ini bersifat hipokrit selama ini? Ataupun setiap orang pun mempunyai sikap yang ‘berharap dapat tuah yang menjauhi masalah’? kalau kita mempunyai sikap yang berasa bertuah kerana kilang yang jahat ini bukan didirikan di kawasan rumah kita, saya rasa ini adalah sangat tidak bertanggungjawab. 

Selama ini saya sentiasa membaca blog daripada seorang blogger yang terkenal di masyarakat Cina. Saya mendapati kampung halaman beliau juga di Pahang yang juga merupakan kawasan kilang yang melakukan perlombongan emas. Kilang tersebut menggunakan Cyanide dalam proses perlombongan emas dan Cyanide itu merupakan bahan kimia yang sangat beracun. Saya sangat tabik dengan semangat blogger ini dan para penduduk di kawasan tersebut yang berani melawan kerja kilang tersebut, malah mereka sentiasa cuba menyelesaikan masalah ini dengan mencari YB kawasan tersebut. Akan tertapi, walaubagaimanapun saya tabik kepada mereka ketika membaca cerita mereka dalam mempertahankan kampong halaman mereka;tetapi setelah saya menutup PC saya, dengan jahatnya saya berasa ‘bertuah’ kerana kes ini tidak berlaku di kampung halaman saya. Jika saya berasa bersalah terhadap sikap saya yang ‘bertuah’ ini, saya akan cuba memujuk diri saya dengan mengatakan ‘para penduduk kampung itu akan sihat, mereka tidak akan jatuh sakit dalam masa yang singkat, masalah dapat diselesaikan dengan cepat’ kepada diri saya.

Namun perasaan menipu sendiri ini berkecai apabila pada minggu lalu saya terbaca satu artikel di Facebook yang berkaitan dengan kisah penduduk di Bukit Koman ini. Dalam artikel itu adalah menyebut “penduduk di Bukit Koman merupakan penduduk yang telah dilupakan oleh masyarakat Malaysia tetapi masih mencuba bergelut dengan kematian. Tiada sokongan yang padu daripada seluruh masyarakat Malaysia, kilang perlombongan akan terus beroperasi di sana dan kita mahu tak mahu, merupakan pembunuh yang secara tidak langsung membunuh mereka.” Dalam artikel itu juga ada terselit gambar aunty-aunty , saya tiba-tiba terbayang apakah perasaan saya kalau aunty-aunty itu merupakan saudara mara saya? Rasa-rasanya saya tidak akan lagi bependapat “biarpun ada radioaktif ia pun tidak akan sampai ke sini sebab ada benteng…”
malah mungkin saya akan sangat marah terhadap orang yang mempunyai sikap seperti ini dan tidak menolong kami. Selama ini saya berpegang kepada suatu prinsip iaitu kerajaan kita teruk kerana kami, pengundi yang memilih kerajaan lagi teruk. Nak kerajaan kita baik terhadap kita, dengan membuat undian semasa PRU adalah tidak mencukup, (boss, PRU itu 4-5 tahun baru sekali, tapi sebelum PRU datang, saya rasa kilang Lynas dah buka banyak cawangan sudah lo…) nak kerajaan takut kepada kuasa rakyat, kita perlu lagi lebih banyak orang awam yang tampil diri ke depan.

Jangalah lagi kita menyalah kerajaan kita ini ego dan angkuh. Jangalah lagi kita menyalah bahawa kerajaan mengeluarkan sesuatu kenyataan yang bullshit seperti akan “menghantar balik sisa toksik Rare Earth itu…” Jangalah lagi kita menyalah kerajaan boleh mengeluarkan statistik bodoh yang menunjukkan orang yang ‘menyokong’ kilang Lynas ini mencecah 97%. Disebabkan lah kita ini yang bersifat “lebih saya seorang tak jadi banyak, kurang saya seorang tak jadi sikit”, merupakan punca utama mereka pandang rendah kepada rayuan rakyat kita ini. Kita perlu lebih ramai lagi rakyat yang berani tampil diri sebelum kerajaan betul-betul pandang berat terhadap rayuan kami. Saya pernah baca quote daripada Albert Einstein yang berbunyi:
“The world will not be destroyed by those who do evil, but by those who watch them without doing anything” 
Saya berharap lebih banyak lagi rakyat Malaysia akan turun padang menyertai kempen seumpama ini, sebab kita semua orang ‘berdiri duduk sama tinggi dan rendah ’ di hadapan ancaman radioaktif. Jangan ingat awak akan jadi X-men, sebaliknya anda hanya mampu jadi dead men .

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ama x jengok blog ni...
    ada peningkatan..
    saya harap org tahu kebenaran disebalik lynas ni..
    good job ..article ni sgt bgus..:)

    ReplyDelete
  3. TQTQ....
    harap lebih banyak orang akan lebih mengambil berat terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kita.....

    ReplyDelete