Dalam pertunjukkan Majlis Pembukaan Olympic London yang baru-baru ini, terdapat suatu adegan yang lucu. Apabila London Symphony Orchestra sedang membuat persembahan dengan memainkan lagu Chariots of Fire daripada filem pemenang anugerah Oscar , pelakon Britain Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean, tiba-tiba muncul di atas pentas. Watak Mr Beam yang sebagai 'salah seorang ahli Orchestra ', dan 'memainkan' piano secara sembarangan , mencuitkan hati para penonton seluruh dunia. Apa yang lebih hebat lagi ialah si Mr Bean sempat lagi bergendut dengan kuat sekali di atas pentas. Namun, perkara yang menangkap perhatian saya ialah 'keanehan' yang berlaku ke atas Mr Bean dan pertunjukkan Orchestra tersebut. Pertunjukkan Orchestra tersebut langsung tidak terjejas keharmoniannya, walaupun ketika pertunjukkan itu sedang dijalankan, 'dikacau' oleh Mr Bean yang memetik piano secara kacau dan 'kentutan' yang kuat. Malah, pemetikan piano Mr Bean yang langsung tidak slearas dengan Orchestra yang terlatih, berjaya melahiran suatu pertunjukkan lagu yang sedap dan harmoni.
Ada pengguna internet daripada negara China menyatakan bahawa adegan Mr Bean yang 'buat kacau' di atas pentas merupakan suatu plot yang 'gagal' dalam acara Pembukaan Olympic London yang lalu. Mereka berpendapat bahawa pertunjukkan Mr Bean yang 'main-main dan tidak serius' tidak sepatutnya muncul dalam upacara yang 'serius' seperti Majlis Pembukaan Olympic. Malah ada netizen China cuba mengambarkan keadaan yang 'tidak wajar' itu dengan suatu perlambangan: kalau pada Majlis Pembukaan Olympic Beijing 4 tahun yanglalu, ketika atas pentas sedang menjalankan pertunjukkan musikal klasik China, dan tiba-tiba upacara itu dikacau oleh pelakon lawak terkenal di China, Encik Zhao Benshan, apa yang akan berlaku? Saya tidak cuba membandingkan pencapaian Mr Bean dan Encik Zhao dalam industri filem lawak sedunia, tapi saya berpendapat kalau Encik Zhao cuba 'menbuat kacau' dalam Beijing 2008, implikasinya ialah suatu yang catastrophe. Sebabnya ada yang ringkas dan kompleks. Sebab yang ringkas boleh dikaitkan dengan psykologi pihak kerajaan China dalam menganjurkan temasya sukan tersebut. Tujuan Kerajaan Komunis China menganjurkan Olympic pada 4 tahun yang lalu ialah demi menunjukkan kemajuan dan kekuatan China ,maka pada masa itu mereka akan cuba sedaya upaya dalam mempamerkan imej China yang paling sempurna kepada dunia ketika temasya tersebut berlangsung. Oleh itu kita boleh membuat andaian bahawa kemunculan satu adegan yang pelakon lawak 'kacau' upacara di Beijing adalah mustahil.
Namun bagaimanapun, saya berasa bahawa Majlis Pembukaan Olympic London mampu muncul plot yang begitu lucu di mana China tidak mungkin berlaku, ada satu lagi sebab yang lebih kompleks, iaitu sikap kerajaan atau rakyat British yang bertoleransi terhadap suara atau pemikiran yang berlainan. Toleransi terhadap suara yang berlainan, penerimaan kepada pemikiran yang variasi, membuat England merupakan suatu negara yang tidak pernah sunyi dalam menghasilkan para cendekiawan yang arif dalam pelbagai bidang. Biar pemikiran yang
berlainan bergeseran antara satu sama lain agar munculnya bunga api kebijaksanaan, biar pendapat yang berlainan saling berdebat agar mampu menjana berbagai-bagai inspirasi yang lagi sempurna, menerima semua idea yang maju, idea yang bertentangan dengan tradisi, menjadikan masyarakat lebih kaya dengan kepelbagaian, dan lebih menarik. Itulah rahsia kejayaan negara Britain atau budaya Barat dalam mendominasi dunia selama ini. Secara bandingannya, Kerajaan China yang sering mewar-warkan konsep 'keharmonian' dalam pentadbiran mereka, sebaliknya merupakan rejim yang 'zero-tolerance' terhadap kritikan rakyat. Filter yang wujud dalam laman web China, Great Fire Wall yang menghalang pengguna internet mereka daripada melayari laman web luar negara, merupakan antara dasar kerajaan itu dalam usaha menyatukan pendapat dan pemikiran rakyatnya, agar mewujudkan suatu masyarakat yang 'harmoni'. Negara UK mampu menghasilkan suatu scene yang lucu dalam upacara yang 'serius', selain kreativiti daripada Pengarah temasya itu, keyakinan yang diperolehi oleh kerajaan Britain juga merupakan faktor yang penting. Suatu negara yang berkeyakinan sehingga boleh membiarkan budak-budak yang berpakaian tidur dalam menyanyikan lagu kebangsaan, sebaliknya suatu negara yang menyanyi lagu kebangsaan pun boleh 'menipu' , negara mana satu yang menjadi pemimpin pada abab ke 21? Jawapannya sudah sangat jelas.
Tiba-tiba saya terkenang sebuah drama bersiri TVB Hong Kong yang pernah saya saksikan sebelum ini, When Heaven Burns. Dalam drama itu , terdapat suatu dialog yang sungguh menarik dalam mentafsirkan apa itu harmoni dalam masyarakat, quote itu berbunyi:'Keharmonian bukan 100 orang bercakap sejenis pendapat, tetapi 100 orang bercakap 100 suara yang berlainan, dalam masa yang sama, 100 orang ini saling menghormati pendapat masing-masing'. Ya, hormoni bukannya bermaksud alat musik yang sama, melodi lagu yang sama, tetapi alat musik yang berlainan, melodi yang berlainan. Apabila alat musik yang berlainan ini dibiarkan bermain dengan melodi yang berbeza, akhirnya melodi yang berlainan ini , akan mampu menghasilkan satu simfoni yang agung dan indah. Dalam Karya juga pernah bersentuh dengan perubahan daripada kepelbagaian. Karya tersebut juga menyatakan bahawa perubahan rasa manis, masam, pahit, masin, dan pedas yang berbeza, maka mampulah terhasilnya pelbagai makanan yang sedap. Memeluk kepelbagaian, menerima kepelbagaian, menghormati kepelbagaian, selain kerana ingin menghayati keindahan kepelbagaian dalam alam ini, ia juga merupakan cara utama dalam mengekalkan kedaultan dan kemakmuran sesuatu negara. Tidak kiralah kita nak menilai harga kepelbagaian dengan sejarah pembangunan negara England atau dari segi biologi , negara (atau genetik) yang variasi sentiasa merupakan kelebihan yang sangat besar dalam persaingan antara negara atau organisma.
Malaysia jangan lagi buang masa di atas pedebatan yang tidak bermakna seperti siapakah yang tidak menerima aliran utama? Siapakan yang berbau perkauman ? Dari Majlis Pembukaan Olympic London yang berjimat kos, kita mampu melihat bahawa sedangkan empire laut lama itu pun berlayar dengan terumbang-ambing dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, apatah lagi Malaysia yang hampir tiada apa-apa kelebihan teras dalam melakukan persaingan sedunia? Apa yang membuat kalian berasa yang negara kita mempunyai masa yang banyak untuk dibazirkan? Walaupun saya rasa, biarpun kita semua berkejar keras dari saat ini pun, kita berkemungkinan besar tidak mampu mengatasi ataupun sekurang-kurangnya mendekati mereka, buat selama-lamanya....
No comments:
Post a Comment