Friday, September 28, 2012

Penghinaan Yang Berlaku Di Bawah Cauvinisme Lelaki

Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu ‘panduan’ bagi ‘mengenal pasti’ para pelajar yang cenderung ‘gay dan lesbian’ dalam sekolah. Di sini saya ingin cuba mengupas psykologi kerajaan mengeluarkan panduan sedemikian.
Persoalan pertama yang ingin saya utarakan ialah [Mengapakah kita perlu bersusah-payah mengenal pasti siapa yang gay dan lesbian?] Logiknya masih sah kalau kita cuba mengenal pasti penjenayah dalam kalangan rakyat, kerana hal ini mampu mengecah para  rakyat daripada mengalami kerugian dari aspek kebendaan dan kecederaan/kematian dari aspek keselamatan. Namun, mengapa kita perlu mengenal pasti gay dan lesbian? Adakah kewujudan mereka mampu mengugut keselamatan masyarakat kita? Kerajaan Malaysia berusaha keras ‘mengenal pasti’ para homoseksual dan cuba ‘merawati’ mereka , menunjukkan masyarakat kita melihat golongan  LGBT ini sebagai suatu ‘penyakit’ yang perlu dan juga dapat diubati. Saya juga tidak ingin sentuh isu yang bahawa adakah kecenderungan seks seseorang mampu diubati atau ditukar? Saya cuba mengemukakan suatu kenyataan yang cuba menjawab persoalan sebab utama kepada kebanyakkan orang berdiskriminasi terhadap golongan LGBT ini.


Kenyataan saya ini ialah, kebanyakkan orang diskriminasi kepada LGBT, ialah refleksi daripada sifat Dominasi Patriarchal dalam masyarakat kita. (Penjelasan terhadap Patriarchal dari Wikipedia, sila tekan link ini : Patriarchal) Biar saya cuba menjelaskan dengan lebih terperinci lagi bahawa bagaimana sifat Dominasi Patriarchal membuat masyrakat kita benci terhadap homseksual. Dalam msyarakat yang Dominasi Patriarchal, segala kebaikan dan keburukan ditentukan dan didefinisikan oleh para lelaki. Dalam masyarakat yang Dominasi Patriarchal, lelaki mesti bersifat gagah dan perkasa, sebaliknya perempuan mesti bersifat lemah lembut dan ayu. Hanya dengan perwatakkan yang di mana lelaki gagah dan perempuan ayu, baru lah mereka akan dianggap ‘normal’. Kepada sesiapa yang gagal memiliki perwatakkan yang ‘selaras’  dengan jantinanya, maka ia akan dianggap sebagai ‘sakit’ dan salah. Adakah anda pernah berasa, bila dua orang lelaki sedang bergaduh, mereka akan cuba menyerang lawannya dengan perkataan ‘wanita’? Sebagai contoh, mereka mungkin akan mengejek lawan mereka dengan ayat berikut:
“kalau awak ni betul-betul jantan, marilah kita berlawan, jangan takut di sana macam perempuan! ”
Ataupun anda hanya perlu bercakap “hei, sikap awak ni memang macam perempuan lah” kepada seorang kawan lelaki, saya rasa ayat ini sudah mampu membuat dia rasa sangat marah. Tetapi, kalau dua orang perempuan sedang bergaduh, mereka tidak akan ‘menghina’ lawan mereka dengan mengatakan “awak ni macam lelaki lah”, dan ayat ini juga tidak membawa maksud penghinaan.
Mengapa?
Mengapa jika kita mengibaratkan seorang lelaki itu sebagai ‘bukan jantan’ (perempuan), ia merupakan suatu penghinaan kepada lelaki itu?
Mengapa jika kita mengibaratkan seorang perempuan itu sebagai ‘jantan’, ia tidak merupakan suatu penghinaan kepada perempuan itu?
Apakan ini bermaksud perkataan LELAKI membawa maksud yang “baik” atau “betul” secara tersirat? Sebaliknya perkataan PEREMPUAN membawa maksud “salah” atau “jahat ” secara tersirat? Kalau nilai lelaki baik dan perempuan salah berada pada zaman dahulu di mana kedudukan lelaki di masyarakat memang lebih tinggi daripada perempuan, ini tidak menghairankan kita; tetapi pada zaman yang maju dan moden ini, adakah kepercayaan ini masih menghantui kita?

Adakah nilai kebaikan can kecantikan di dunia ini didefinisikan oleh Patriarchal lelaki? Adakah para perempuan pada zaman ini yang mengejar kecantikan paras rupa dan kelangsingan tubuh badan juga merupakan sesuatu fenomena di mana para Hawa ‘mengakur kalah’ pandangan kaum Adam ? Apabila seseorang lelaki gagal menemui ‘sifat perempuan yang sepatutnya’ dalam seseorang perempuan seperti lemah rembut dan ayu, malah perempuan itu mempunyai sifat yang ‘gagah dan perkasa’, maka adakah pada perspektif masyarakat yang Dominasi Patriarchal, perempuan ini merupakan seorang yang ‘berpenyakit dan perlu diubati’ ? keadaan yang sama juga berlaku kepada lelaki. Apabila seseorang lelaki yang gagal   mempamerkan sifat ‘kejantanan’ dan bersifat ‘kurang agressif’ , malah pemimpin yang dari masyarakat Dominasi Patriarchal juga akan berasa lelaki ini ‘salah’ dan perlu diubati? Kalau kalian masih ingat, tidak lama dulu pernah ada kes di mana beberapa orang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Malaysia, kerana didapati mempunyai sifat yang ‘sissy ’, telah dipaksa oleh pihak sekolah menyertai suatu ‘kem pemulihan sifat kejantanan’. Akhirnya pihak sekolah dengan bangganya memgumumkan bahawa mereka telah berjaya ‘mengubati’ para pelajar tersebut menjadi lebih ‘gagah dan perkasa’.
Mungkin ada orang yang mengatakan bahawa terdapat juga perempuan yang pandang serong terhadap golongan LGBT, macam mana ini dikaitan dengan Dominasi Patriarchal?
Sama juga. Seorang perempuan yang telah lama berhidup di bawah masyarakat yang dipengaruhi Dominasi Patriarchal, juga akan mempunyai pandangan bahawa [Lelaki perlu gagah dan Perempuan mesti lemah lembut]. Maka apabila mereka ternampak lelaki/perempuan yang tidak mampu menunjukkan sifat mereka yang ‘betul’, secara psykologi  mereka akan berasa golongan ini merupakan golongan yang gagal dalam mempamerkan sifat jantina mereka yang ‘betul’, maka secara tidak langsung mereka akan memandang serong terhadap golongan ini. Hal ini demikian juga kenapa kita melihat kepada negara yang tinggi toleransi mereka terhadap golongan LGBT seperti negara Eropah yang sehingga membenarkan mereka berkahwin, juga mengangkat kedudukan wanita di negara tersebut. Saya rasa ini kerana negara-negara tersebut menghormati setiap entiti manusia yang unik dalam dunia ini, sama ada dia itu lelaki, perempuan, transgender, bi dam sebagainya. Oleh itu, saya berani berkata mana-mana masyarakat yang kedudukan dan hak wanitanya dihormati dan dijaga, masyarakat itu juga mempunyai toleransi yang tinggi terhadap gologan  LGBT ini.

Berapa tingginya kedudukan wanita dalam masyarakat kita, begitulah kedududkan golongan LGBT di negara kita.  Mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan saya ini. Mungkin anda akan berasa mungkin masyarakat kita kurang menerima golongan LGBT, tetapi kedudukan wanita kita di masyarakat adalah tidak rendah. Hal ini boleh terbukti dengan wanita di Malaysia berjaya  dalam berbagai bidang termasuk dalam kancah politik. Namun saya rasa, walaupun kita terdapat banyak YB wanita, tetapi semua YB ini bersandar di bawah berkat pemimpin lelaki.
Kenapa? Bukankah anda berasa bahawa hampir semua parti politik di Malaysia mempunyai Bahagian Wanita? Bahagian Wanita yang di setiap parti politik ini walaupun seolah-olah merupakan sebuah badan yang ‘menggalak’ wanita dalam melibatkan diri ke politik, tetapi saya lebih berasa ia sebagai suatu parit yang besar. Parit ini akan membawa arus wanita ke sesuatu tempat yang tidak mampu mencabar kedudukan lelaki dalam parti. Dengan adanya Bahagian Wanita dalam sesebuah parti, maka semua wanita yang bergiat dalam politik, akan melihat ‘Pengerusi Bahagian Wanita’ merupakan sasaran tertingginya dalam politk, dan aspirasi wanita yang berusaha mengejar Pengerusi Bahagian Wanita tidak akan mencabar kedudukan pemimpin lelaki dalam parti itu. Keadaan yang sama berlaku juga di Pakatan Rakyat yang mengeluarkan ‘Buku Jingga’yang khas untuk perempuan’, pembahagian tugas ini yang mengikut jantina juga merupakan sesuatu diskriminasi terhadap kaum Hawa secara tidak langsung. Namun, ini juga merupakan satu topik yang lain dan tidak akan saya bincang dalam post ini.

Versi dalam Bahasa Cina : 大懶覺主導下的審美觀和歧視





3 comments:

  1. Apa yang saya benar-benar tidak faham apakah signifikan kepada guideline ini. Adakah ia bersifat 'increasing awareness level' bahawa wujudnya golongan ini dalam kelompok masyarakat atau cuba menimbulkan stereotype terhadap kelompok kecil ini untuk memenangi hati kelompok yang jauh lebih besar.

    Apa yang saya dapat rasakan melalui tindakan pengeluaran guideline ini hanyalah untuk menimbulkan perasaan tidak senang dan diskriminasi terhadap golongan ini atas sebab isu politik yang banyak berkisar kepada kelompok LGBT ini. apa yang dapat saya nampak melalui kenyataan yang dibuat oleh mereka ini secara halus menyemai perasaan benci kepada NGO NGO pro kepada golongan LGBT ini. kebanyakan NGO pro LGBT ini adalah berhaluan kiri dan tidak berada selandasan dengan kerajaan sekarang.

    bagi saya perkara ini adalah daripada pilihan masing2. Moral dan ethics itu adalah perkara yang sangat subjektif dan tidak boleh digunakan sebagai terjemahan ke atas budaya LGBT ini. seperti yang dikatakan penulis, penerimaan masyarakat kepada sesuatu budaya itu terletak kepada toleransi dan tahap penerimaan sesebuah komuniti terhadap komuniti lain yang lebih minor.
    adalah amat tidak adil bagi mereka untuk secara terang-terangan di gelar sebagai komuniti tidak bermoral dan wajar dibenteras oleh seluruh rakyat malaysia sedangkan di suatu tempat lain menerima kewujudan kelompok ini sebagai komuniti bebas dan menerima ia sebagai pilihan hidup peribadi masing masing.

    perbandingan yang amat mudah, sekiranya budaya LGBT ini mampu meruntuhkan akhlak sesebuah negara, maka mengapa budaya tidak bermoral komuniti 'straight' seperti budaya pelacuran tidak mendapat layanan yang sama? saya tidak berminat untuk mengupas kisah LGBT ini kerana guideline yang diberi juga suatu guideline yang tidak teliti, garis panduan terlalu rawak; hanya menimbulkan prasangka negatif sesama sendiri.

    ReplyDelete
  2. saya rasa kita patut 'menyokong' LGBT ini bukan kerana rasa kita ini ialah "pejuang hak golongan minoriti", tetapi kerana hendak anti perasaan benci ke gologan yang tidak 'selaras' dengan kita.

    ReplyDelete
  3. Ι don't even know how I ended up here, but I thought this post was great. I don't
    know who you arе but dеfinitely you're going to a famous blogger if you are not already ;) Cheers!
    my web page - removing hair

    ReplyDelete