Disebabkan hari semalam (25/11/2012,
Ahad) telah saya menghadiri kempen *“Perjalanan
Anti Lynas”, maka nak berkongsi sedikit pengalaman kisah saya pada hari
tersebut. Walaubagaimanapun, post ini saya lebih tulis apa yang saya rasa dan fikir,
bukan kepada pengalaman excited yang jerit slogan dan sebagainya. Yang itu,
anda boleh lihat gambar di laman web berita atau laman web sosial yang lain.
Sesi
yang saya sertai ialah sesi petang, di mana geng saya berkumpul di stesen Monorail
Titiwangsa, dan akan bergerak melalui Jalan Chow Kit dan akhirnya berkumpul di
Dataran Merdeka. Lebih kurang pada pukul 2:30pm, kami bermula bergerak.
Tidak lama saya bermula berjalan
dari stesen Monorail Titiwangsa menuju ke Jalan Chow Kit, saya ternampak seekor
anjing, di belakang anjing tersebut terdapat bau pembakaran yang kurang
menyenangkan, mengikut arah bau itu, saya terjumpa sebuah tokong yang kecil. Oleh
kerana saya sangat berminat dengan tokong Cina, maka saya pun menuju ke tokong
tersebut. Ketika berada dalam tokong
itu, saya bercadang nak bayar dan membeli colok demi melakukan sembayang, namun
kawan saya menyuruh saya sembayang dengan tangan sahaja.
Di
dalam tokong tersebut, terdapat seekor anjing hitam, ia sambil mengerakkan
ekornya dengan gembira (tanda menunjuk mesra) dan sambil menyalak saya dengan
garang.Hmm!, menyalak tak sama dengan
buat, mesti anjing betina ini, haha. Lepas itu terjumpa dengan satu Pak Cik
India di luar tokong, beliau dengan muka yang innocent tanya saya di mana
lokasi kilang Lynas didirikian di Kuantan? = =
Seterusnya kami tiba di Jalan Chow
Kit, saya difahamkan sini merupakan “red-light district” yang terkenal di
KL. Harga barangan dan perkhidmatan di
sini agak murah , namun disebabkan sekarang akhir bulan, saya kesempitan wang,
maka tidak dapat berbelanja di sini. Sambung jalan, kami tiba di suatu tempat
di mana kawan saya bagi tahu tempat ini lebih popular dikenali sebagai “Masjid
India”. Tempat ini merupakan antara tempat kaum India berkumpul. Saya terjumpa
sebuah panggung wayang yang kecil di sini, di mana hanya menayangkan filem
Bollywood sahaja. Namun, persepsi saya bertukar ketika melihat poster filem
Twilight juga tersusun di sana. Nampaknya, awek India juga suka pada puntianak
juga. Selepas melalui “Masjid India” itu, akhirnya kami tiba di Dataran Merdeka
juga.
Secara
terus tenang, saya sangat enjoy terhadap pejalanan ini. (saya anggap perjalanan
itu lebih kepada on street shopping daripada demonstrasi menentang kilang Lynas)
Disebabkan kanda kamu ni miskin, maka saya benci kepada orang kaya, maka saya
juga benci terhadap konsep hiburan yang kuat belanja, seperti shopping di dalam
bangunan yang canggih-canggih dan cantik-cantik. Saya lebih suka bershopping di
kawasan-kawasan yang kelihatan tua ini, lebih murah dan lebih mesra. Keadaan petempatan
yang usang lebih ada feeling of Malaysia, adakah ini barulah Malaysia yang
sebenarnya? Jangan selalu diperbodohkan oleh penipu BN yang mengatakan negara kita
mesti “membangun”, mesti membina bangunan yang bercakar langit, ini baru negara
“maju”. Orang awam yang berlainan kaum sama-sama berdemo, kereta masing-masing
membunyikan hon memberi semangat, orang awam yang berada di kedai berdiri
keluar dan lihat , orang demo sibuk menjerit slogan, lelaki gatal seperti saya
tidak ketinggalan mengintai gadis panas-panas dalam kumpulan berdemo dan
sebagainya…ini lah baru budaya negara kita…
Apabila saya beada di Dataran
Merdeka, hati saya berasa teruja sedikit. Hal ini dsebabkan saya telah lama
melihat gambar Dataran Merdeka dalam TV, tapi hari ity merupakan kali pertama
tengok dengan mata kasar saya dalam bentuk 3D, maka sangat excited. Ketika saya
nampak bekas bangunan mahkamah tinggi itu, hati saya berasa sedikit sedih. Kerana
saya rasa ia agak usang, agak berbeza dengan
gambar yang saya lihat dalam postcard, di mana dalam postcard ia masih cantik
dan seksi. Saya merenung, di bawah pemerintahan bedebah BN ini, apalah dah jadi
dengan negara kita? Adakah negara ini
dah menjadi cedera parah, tapi kita masih beranggap ia masih cantik macam dalam
postcard?
Tindakan
pihak berkuasa yang “mengunci” Dataran Merdeka daripada dimasuki oleh para
rakyat memang dalam dugaan saya, kerana ini dah berlaku semasa Perhimpunan Bersih
3.0 yang lalu. Namun saya masih berasa sangat marah apabila berada di live
sana. WTF mereka tahu tak apa itu maksud Dataran Merdeka? Kita “bebas dan
merdeka” daripada cengkaman kuku besi “penjajah”, bermaksud rakyat Malaysia
menjadi tuan kepada mereka sendiri. Namun apa yang berlaku sekarang ialah
rakyat yang kononnya telah “merdeka” dihalang memasukki padang yang sepatutnya
milik kami? Adakah kita betul-betul sudah merdeka? Apakah yang sebenarnya negara
kita sudah bertukar, setelah 55 tahun “bebas daripada tangan penjajah”? Negara
ini telah bertukar kepada satu tempat yang kami tidak kenali, satu tempat di
mana hak rakyat yang asasi pun memerlukan permit, perlu diluluskan!
Saya
tidak rasa demo hari ini mampu menginsafkan kerajaan kita ni, dan saya rasa ‘benteng orang’ yang bakal
dilancarkan oleh jawatankuasa anti Lynas merupakan cabaran yang sebenar bagi
mereka. Saya pun kurang yakin adakah perjuangan
mereka mampu membawa apa-apa hasil. Namun saya berharap tindakan berani cucu
cicit pendekar Dato Bahaman dan Mat Kilau ini mampu membawa kita semua rakyat
Malaysia, mencari kembali muka sebenar negara kita, yang selama ini telah lama hilang.
* Pejalan kaki anti Lynas ini
merupakan rombongan disertai 200 orang yang memulakan perjalanan pagi Selasa
dari Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, sehingga ke Kuala Lumpur. Setelah
mereka semalam dah berjaya sampai ke KL, ini bermaksud rombongan dari Kuantan ini telah menjejak sebanyak 300KM!!!. Untuk
maklumat selanjutnya, silla search “Pejalan kaki anti Lynas Kuantan”
No comments :
Post a Comment