Saya ingin
berkongsi sedikit pendapat saya terhadap isu pencerobohan Militant Sulu yang hampir
telah berlanjutan selama satu bulan ini.
Para Militant
ini mula-mula mendarat di Lahad Datu, di mana tempat itu merupakan kampung halaman
saya di Sabah. Namun pada lebih kurang 4 bulan yang lalu, saya telah meninggalkan Sabah dan
datang bekerja di Kuala Lumpur. Maka ketika insident ini berlaku, hanya ibu dan
ayah saya sahaja yang berada di rumah. Ketika berita pencerobohan ini mula dilaporkan, saya masih beranggap
ini merupakan sekali “lagi” tuntutan daripada para separatism Sulu yang ingin “mengambil
balik” negeri Sabah.
Hal ini
demikian kerana insident seperti ini sering berlaku di Sabah. Setiap kali
sahaja ada “Sultan Sulu” yang baru “naik takhta”, kenyataan “mengambil balik
negeri Sabah” akan dilaungkan. Malah sebelum ini pernah juga berlaku kes pembakaran
bendera Sabah dan Malaysia oleh pengikut-pengikut separatism di Lahad Datu,
sebagai protes mereka terhadap kerajaan negeri Sabah dan Malaysia. Walaubagaimanapun,
kerajaan telah mengendali kes ini dengan “low tone”, menjadikan ia seolah-olah satu isu
kes vandalism sahaja. Apabila kali ini berlaku lagi pencerobohan militant
Sulu, mungkin disebabkan pengalaman sebelum ini membuat kerajaan salah mentaksir
tahap keseriusan insident ini. Kerajaan melihat isu ini sebagai masalah kententeraman
awam tetapi bukannya isu keselamatan negara dan diplomasi, menjadikan isu ini
menjadi lebih serius daripada yang disangkakan.
Saya kurang
setuju dengan dasar awal kerajaan yang mengambil pendekatan cara aman dan
berbincang dalam menangani isu ini. Saya juga seperti kebanyakkan orang di Malaysia,
tidak suka berlaku peperangan dan pertumpahan darah, saya menghormat segala
nyawa dan kehidupan di planet ini dan cintakan keamanan. Namun saya tetap berkeras
kita harus mengambil tindakkan yang sangat tegas dan kuat dalam isu yang
berkaitan dengan kedaulatan negara. Tiada apa-apa yang perlu dibincang. Tak
payah.
Para militant
yang membawa senjata berat mencerobohi kawasan Malaysia (telah melanggar
undang-undang Malaysia di mana melarang rakyat mempunyai senjata api), dan
secara terang-menerang penceroboh ini cakap nak mengambil balik tanah Malaysia
(ini sudah boleh dikategorikan sebagai mereka telah mengumum nak melancarkan peperangan
dengan Malaysia) , dan juga berkata mereka tidak akan meninggalkan Malaysia
walau apa keadaan pun. Jadi dalam situasi macam ini, apa yang kita perlu bincang
lagi? Bincang apa? Bincang dengan mereka adakah boleh minta tanah yang kurang sikit
kah?
Ada juga pendapat
yang daripada rakyat yang melahirkan kebimbangan kalau kita terus sahaja serang
ke atas militant ini tanpa perbincangan, adakah ia merupakan “Massacre”?
Adalakah kerajaan Malaysia akan dikritik sebagai negeri yang tidak menghormat
nyawa dan hak asasi manusia? Saya kurang setuju dengan kenyataan ini.Hal ini demikian kerana pihak yang datang menyerang ini bukan rakyat jelata yang biasa, tetapi mereka
tentera pencerobohan yang membawa senjata berat. Mereka ini bukan rakyat
pelarian dari negara lain yang inginmencari perlindungan di Malaysia, tetapi mereka
ini askar professional yang datang menceroboh dan menakluki! Ini sudah kes
peperangan, saya tak faham kenapa masih ada orang cakap pasal hak asasi
terhadap penceroboh yang bahaya ini?
Kita tahu
biarpun kapal terbang biasa kalau termasuk kawasan udara negara lain tanpa
pemberitahuan yang awal, kapal terbang yang biasa juga akan ditembak kerana ia
merupakan pencerobohan kawasan udara. Apatah lagi kes macam ini?! Saya rasa salah satu faktor utama rakyat kita
berpendapat kita harus menjaga “hak asasi ” militant Sulu ini, mungkin
dipengaruhi oleh pihak media utama kita yang cuba mengurangkan tahap keseriusan
kes ini, daripada keselamatan negara ke kes penculikkan lanun sahaja.
Cakap pasal
media, buat saya rasa sungguh dukacita. Pihak kerajaan dan polis menyeru para
rakyat agar jangan panik dan buat spekulasi sendiri terhadap insident ini, dan
sabar menunggu laporan rasmi daripada pihak kerajaan. Tapi keadaan yang
sebenarnya berlaku ialah kerajaan cuba menapis sebanyak berita yang keluar yang
boleh. Apa yang kita boleh lihat dalam akhbar dan televisyen hanya ialah kata-kata
yang tidak berguna sepert “keadaan masih terkawal”. Kata-kata ini tidak mampu
menenangkan hati para rakyat yang hidup dalam ketakutan setiap hari. Ketika insident
ini baru sahaja berlaku, berita di tv langsung tidak melaporkan kes ini. Ibu-bapa
saya yang hidup dalam keadaan banyak desas desus minta saya melayari internet
dan cuba “mendapat apa-apa maklumat” di sana, agar dapat menenangkan hati mereka
yang dalam keadaan bimbang.
Apabila
para militant ini mula-mula menyerang anggota polis kita pada Jumaat yang lalu,
media yang pertama melaporkan berita ini ialah media luar negara. Biarpun media
tempatan yang melaporkan kes ini selepas
itu, mereka pun mengambil sahaja berita daripada media luar negara. Di sini adakah
kalian semua mampu lihat masalahnya ? Peristiwa yang berlaku di negara saya
sendiri, tetapi saya terpaksa melayari laman
media luar negara , demi mendapat tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku
kepada tanah air saya!! Apa media ini?! Apa yang telah berlaku kepada negara
ini sehingga rakyatnya tidak mahu percaya kepadanya? Apa yang telah berlaku
kepada kredibiliti kerajaan dan media negara kita, sehingga rakyat kita tidak mahu
menjadikan ia sebagai sumber maklumat utama, walaupun pasal peristiwa yang berlaku dalam
negara? Kerajaan yang selama ini memandai-mandai mengawal segala media arus
utama, menjadi rakyat hilang keyakinan terhadap kewibawaan media, dan akhirnya menjadi
media kita tidak mampu melaksanakan kewajipan mereka dalam memberi keyakinan
kepada rakyat ketika negara dalam keadaan kritikal.
Teori peperangan
ada pepatah yang berbunyi “Kalau pasukan kita tidak lemah, nescaya tiada musuh
yang kuat dalam dunia ini”. Namun para pemimpin kita yang kurang keupayaan
dalam menangani masalah , membuat rakyat hidup dalam keadaan keliru dan takut
walaupun kita hanya berhadapan dengan beratusan musuh sahaja. Saya berasa sangat ragu-ragu
terhadap kemampuan para pemimpin negara kita, adakah mereka betul-betul mampu
mentadbir negara ini dengan baik? Lebih-lebih dalam keadaan yang kritkal?
Para peminpin
yang kurang tegas dalam membuat keputusan terhadap militant Sulu, menyebabkan
kita terpaksa menangguh kerugian secara fizikal dan mental yang sebenarnya
dapat dielakkan. (Yang hairanya kalau pemimpin kita berhadapan dengan rakyat
Malaysia sendiri yang menyeru sistem pilihan raya yang lebih bersih dan adil,
mereka mampu membuat keputusan dengan tegas dan lawan rakyat dengan sekeras-kerasnya.
Pemimpin yang sebelum ini yang cakap “Apapun terjadi, Putrajaya mesti
dipertahan!” itu, apabila dicabar oleh musuh luar negara, tiba-tiba menjadi
sangat nice)
Cakap pasak
PM kita yang disayangi, beliau hanya mengeluarkan kenyataan setelah berlaku
kematian di atas anggota polis. Media menggunakan tajuk “PM Memecahkan Kesenyapan”
(Najib
breaks silence)Apabila
saya baca tajuk ini, saya terkejut seketika. Apa? Ini kali pertama pemimpin
tertinggi Malaysia bersuara setelah kes ini lama berlanjutan?! Apa yang dia
buat selama ini? Negara yang awak pimpin dicerobohi, sebagai pemimpin yang
tertinggi dalam kerajaan, awak berdiam selama ini? Apa peminpin ini hanya
berdiam ketika negara pimpinannya diceroboh? Bukankah pemimpin seharusnya
melahirkan pendiriannya se-awal yang boleh (tidak kisah nak berdamai atau
berperang) ketika krisis berlaku, agar semua orang tahu pendirian Malaysia? Sudahlah tidak
bersuara, apa yang lebih mengecewakan ialah beliau terus menuduh kes
pencerobohan ini ialah konspirasi parti pembangkang pada kali pertama bersuara. What the…
Walaupun
krisis kali ini hampir selesai, namun kita juga tidak boleh mengabaikan punca
berlakunya kes ini. Contohnya keadaan negeri Sabah yang menghadapi banyak
kemasukkan penduduk asing, yang bilangannya telah hampir melebihi jumlah penduduk tempatan,
projek IC dan sebagainya. Saya harap kes
kali ini mampu membangunkan rakyat agar lebih prihatin terhadap isu politik
setempat. Jangan kita sesekali berkata politik itu kotor dan tidak mahu
menyentuhnya. Cuba kita bayangkan , kalau 10 atau 20 tahun yang lalu, kita
cuba mengambil berat terhadap isu politik setempat, dan mendapati ada
pertumbuhan bilangan penduduk yang tidak normal dalam negeri ini. Lepas itu kita semua rakyat bersatu dan memberi tekanan kepada kerajaan agar mengawal kemasukkan penduduk
asing ke dalam Sabah, kita menekan kerajaan agar menguatkan lagi pertahanan
kita di kawasan sempadan , kita cuba memgambil berat segala kelemahan yang ada pada
negara ini dan cuba menggesa kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan
menyelesaikannya. Kalau kita bangun dari dulu lagi, adakah awak rasa insident yang tidak gembira ini masih akan berlaku pada
hari ini?
Saya benar-benar
berharap insident ini mampu selesai dengan sempurna dalam masa yang akan datang.
Kerajaan harus memberi penjelasan kepada rakyat terhadap hubungan negara kita
dengan “kerajaan Sulu” itu, jangan biar pertelingkahan ini berlaku lagi. Marilah
kita semua betul-betul mengambil berat terhadap “politik yang kotor” ini, agar
negara kita boleh bebas daripada semua masalah. Jangan kau larikan diri daripada politik
yang “kotor” ini, sebab politik ini macam “hantu”, biarpun awak tidak kacau
dia, dia juga akan datang kacau kau juga pada satu hari nanti. Maka saya
berharap semua rakyat mampu lebih mengambil berat terhadap apa yang berlaku
kepada negara kita hari ini, semakin banyak rakyat yang mengambil berat, saya
rasa semakin baik dan majulah negara ini mampu berkembang.
Versi dalam Bahasa Cina: 蘇祿武裝分子入侵後的一些感想
No comments:
Post a Comment