Saturday, December 24, 2011

*Mahasiswa/i dah tiba

Adalah tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa mahasiswa/i merupakan perintis kepada penolakkan jentera pemikiran masyarakat sesebuah Negara. Hal ini boleh terbukti dengan beberapa pergerakkan mahasiswa/i yang agung di seluruh dunia .

Sebagai contoh, saya mulakan dengan May Fourth Movement yang sangat dikenali oleh orang Cina di seluruh dunia. Pada tahun 1911, setelah perang dunia pertama tamat, China menghadiri diri ke Paris sebagai ‘Negara Pemenang WW1’ untuk membuat rundingan terhadap autonomy wilayah Shandong, yang sebelum ini dimiliki oleh Negara Jerman dan telah tewas dalam WW1. Namun , Negara China yang lemah pada masa itu gagal mendapat balik wilayah Shandong daripada Jerman, malah Shandong terpaksa diserahkan kepada Negara Jepun yang sememangnya sentiasa mengintai terhadap kekayaan sumber asli dan tanah yang luas Negara China. Apabila berita para wakil China di Paris gagal menuntut balik Shandong sampai ke China, seluruh China menjadi marah. Satu pergerakkan selamatkan negara oleh golongan mahasiswa/i daripada Universiti Beijing yang bertujuan membangkitkan kesedaran para rakyat terhadap masalah yang dihadapi oleh China pada masa itu telah dimulakan. Selepas itu, seluruh China bersatu, dan pergerakkan tersebut akhirnya menjadi May Fourth Movement yang membawa China menjadi negara yang maju dengan Sains dan demokrasi.


Cerita yang sama berlaku di dunia barat. Negara-negara Eropah pada zaman 1960-an mengalami penurunan pembangunan ekonomi setelah 20 tahun ekonomi negara-negara ini berkembang dengan pesat selepas akhirnya WW2. Pembangunan ekonomi yang lemah merumitkan lagi masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat Negara Eropah pada masa itu. Keadaan ini akhirnya mencetuskan pergerakkan May 1968 in France. Negara Perancis yang pada masa itu menghadapi masalah dalam dan luar negeri. Dalam negeri, Perancis yang dipimpin oleh Charles de Gaulle gagal menyelesaikan masalah sosial Perancis yang timbul atas sebab pembantutan peningkatan ekonomi. Manakala di luar negeri, para mahasiswa/i Perancis dipengaruhi kuat oleh gelombang revolusi President Mao di China dan Che Guneva. Gerombak ini akhirnya membuat para mahasiswa/i Negara Perancis menubuhkan pergerakkan mahasiswa/i mereka yang meluahkan bantahan kepada kerajaan. Pergerakkan ini dimulakan dengan ‘occupy University France’. Setelah pergerakkan ini semakin berkembang, masyarakat Negara Perancis yang dari pelbagai kelas juga menyertai pergerakkan ini, antaranya seperti ahli politik Perancis yang berkehaluan kiri dan juga kesatuan pekerja. ‘Persembahan Malam Kemuncak’ pergerakkan ini ialah berjaya melumpuhkan seluruh Perancis dengan para pekerja seluruh Perancis sama-sama melakukan mogok kerja. Akhirnya , May 1968 in France Berjaya membuat Charles de Gaulle meletak jawatan sebagai president dan membawa Negara Perancis juga memasuki ke era seterusnya setelah pergerakkan ini. (Era yang mementingkan kebajikkan sosial seperti popular yang diamalkan di Negara-negara Eropah, iaitu konsep Negara Kebajikkan)

Negara US yang sezaman itu, pergerakkan mahasiswa/i dimulakkan oleh Universiti Berkeley California. Para mahasiswa/i U tersebut, atas slogan ‘masyarakat sivik menyertai demokrasi’ telah melakukan bantahan terhadap pihak pentadbir U yang mentadbir para mahasiswa/i seperti kanak-kanak (inilah berlaku di U Msia) dan melancarkan pergerakkan ‘kebebasan bersuara’. Selepas itu, pergerakkan mahasiswa/i terus berkembang dan skope yang mereka mengambil berat telah menjadi lebih luas sehingga menyentuh kepada isu masyarakat seperti anti-perang (Vietnam) dan segregasi Etnik. Pergerakkan ini mencapai tahap tertinggi ketika President Richard Nixon mengisytiharkan bahawa tentera USA akan mencerobohi Kemboja. ‘Persembahan Malam kemuncak’ pergerakkan ini ialah terdapat 900++ buah Universiti di AS ‘mogok mengajar’. Peristiwa ini merupakan sebuah muka surat yang cemerlang dalam catatan buku sejarah pergerakkan mahasiswa/i AS tahun 1960-an.


Kita beralih kepada Asia Tenggara sekarang. Pada tahun 1988, kerajaan tentera Myanmar meningkatkan harga beras, dan juga memansuhkan penggunaan kertas wang Myanmar daripada diperdagangkan dalam Negara Myanmar (ini bermaksud tiba-tiba semua wang dalam dompet dan bank kamu menjadi ‘kertas putih’, menakutkan? Ya, mana-mana kerajaan di dunia boleh buat begini), keputusan ini membuat masyarakat Myanmar mengalami pergolakan yang besar. Sekali lagi, golongan yang berdiri pada barisan hadapan juga golongan mahasiswa/i . Mereka gagah melawan kerajaan Myanmar yang membuat keputusan yang teruk ini. Ending kepada cerita, ini walaupun pergerakkan para mahasiswa/i yang berani ini ditekan keras oleh kerajaan Myanmar, namun sekurang-kurangnya pergerakkan kali ini membuka jalan kepada pilihan raya umum Myanmar yang berlangsung pada tahun 1990.
Ok, sekarang kita cakap pasal Malaysia. Kerajaan Malaysia kerana ingin ‘membuat para mahasiswa/i kita lebih fokus kepada pelajaran mereka’, pada tahun 1971 telah memperkenalkan AUKU. AUKU ini dengan kerasnya menyekat para mahasiswa/i Malaysia daripada melibatkan diri mereka kepada mana-mana aktiviti politik. Di bawah akta jahat ini, banyak para mahasiswa/i kita yang mempunyai pandangan mereka sendiri yang mungkin berbeza dengan kerajaan, tetapi niat mereka ialah untuk memakmurkan Negara kita berasa sangat takut ketika melahirkan pendapat mereka, kerana takut didenda oleh pihau U atau kerajaan dengan akta ini. Golongan lain pula, kerana takut dikenakan oleh AUKU dan hilang hak sebagai mahasiswa/i, masing-masing menjauhi diri mereka daripada mana-mana berita semasa Negara tetapi hanya menyibukkan kehidupan mereka dengan study study study dan exam exam exam. Golongan yang kurang peka terhadap isu semasa/ masyarakat, akan hilang keupayaan berfikir secara kritikal dan bebas, dan sekaligus menjatuhkan kualiti para mahasiswa Negara kita.
Apa yang mengembirakan saya ialah kelakuan sesetengah mahasiswa/i baru-baru ini yang “menurunkan bendera PM kita”, tindakan mereka yang ‘kurang ajar’ ini menampakkan sedikit kebangkitkan kesedaran mahasiswa/i di Negara kita. Kelakuan ‘liar’ mereka ini menapis pesepsi negatif mahasiswa/i kita yang hanya ulat buku sahaja, tetapi mereka juga merupakan pejuang yang berani mengatakan TIDAK kepada pemerintahan yang zalim dan jahat. Walaupun saya terpaksa berakur bahawa kesedaran dan populariti pergerakkan mahasiswa/i kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan mana-mana contoh yang saya berikan di atas. Namun, seperti perpatah orang Cina, ‘perjalanan yang beribu-ribu jauh, bermula dengan satu tapak yang kecil’. Kalau para mahasiswa/i tetap dengan perjalanan mereka dengan setapak demi setapak, dengan yakinnya saya percaya bahawa Negara kita akan mampu menjadi lebih baik pada masa hadapan. Apabila hari Pergerakkan Mahasiswa/i bangkit tiba, juga hari yang sama pemerintahan jahat akan gugur.

*Ingin rakam setinggi-tinggi respect saya kepada saudara Adam dengan artikel saya ini. 

8 comments:

  1. saya percaya setiap gerakan kebangkitan rakyat di seluruh dunia dimulai oleh orang yang sekurang2nya ada stand yang kukuh dan dan memahami apa yang berlaku di negara masing2..

    orang yang dimaksudkan semestinya dr kelompok yang berada di suatu tmpat yang berintelektual(universiti) di mana mereka mampu melihat ketidaktelusan pemtadbiran negara tanpa bias kepada mana2 pihak sama ada kerajaan atau pembangkang..sbb suasana di kampus boleh merangsang pemikiran2 yang berintelektual dan menjana idea2 yang baru kepada mereka(mahasiswa yang aktif dalam ativiti masyarakat) dalam menghadapi cabaran situasi yang melanda negara...

    seperti yang kita tahu..mahasiswa adalah alat untuk bersuara kepada orang ramai untuk menyatakan hasrat ataupun masalah yang berlaku dalam masyarakat kepada kerajaan..kalau kita semak sejarah di malaysia sendiri ..byk kesan positif yang dihasilkan daripada kebangkitan mahasiswa dalam menyarakan hasrat orang ramai cthnya yang paling famous adalah pembelaan terhadap rakyat baling dapat membuka mata kerajaan terhadap kemiskinan penduduk rakyat tmpatan..
    tapi..kewujudan auku bgaimanapun telah melemahkan semangat kepanglimaan mahasiswa untuk berjuang kerana sering diugut oleh akta tersebut..
    tapi baru2 ini..byk kes yang berlaku di negara kita yang melibatkan para adademik tidak dapat bebas bersuara mengkritik kerajaan(cthnya kes pembuangan seorang pensyarah UIA daripada berkhidmat kerana mementang ideologi kerajaan)
    telah membangkitkan kembali semangat mahasiswa malaysia untuk menuntut kebebasan bersuara (gerakan menuntut kebebasan bersuara)yang memberi impak yang besar kepada kerajaan selepas kejadian turun naik bendera gambar PM kita dan menggantikan dgn bunting tuntutan terhadap 6 perkara..

    1)Mansuhkan AUKU, AKTA 174 dan AKTA 555
    2)Bebaskan ilmuan berakademik
    3)Bebaskan mahasiswa bersuara
    4)Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
    5)Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti
    6)Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik

    saya kira tindakan adam adli adalah terbaekk..kerana dapat membuka mata orang malaysia bhwa masih ada rakyat malaysia yang boleh diharap untuk memimpin negara pada masa akan datang..
    sekian terima kasih
    (wahh..panjangnya..)

    ReplyDelete
  2. saya rasa saya kena sambung sikit lagi pasal adam adli..sebab macam tergantung saja ayat last tu...
    maksud saya membuka mata rakyat malaysia adalah disebabkan keberanian adam dalam menyuarakan hasrat gerakan..kalau dia pengecut..saya percaya dia x akan berani sentuh bendera PM dan menggantikan dgn banting..walaupun tindakannya dikritik sampai bermacam2 ugutan yang diterima olehnya..dan menyuruh adam untuk meminta maaf..adam masih merasakan tindakannya dalam menyuarakan tuntutan2 tersebut adalah berasas dan tidak akan melayan sebarang ugutan tersebut..dan saya salute..
    mungkin nampak tak beradab secara luarannya sebagai mahasiswa..tapi apa yang penting adalah suaranya didengari dan mendapat liputan meluas..
    ..
    ...
    walaupun tak tahu nasib masa depannya di UPsI bgaimana nanti..saya harap dia tak dikenakan tindakan kejam oleh pihak kerajaan..
    hanya dapat berikan dia sekongan moral..tapi saya yakin dia x kesorangan..
    seluruh rakyat malaysia yang inginkan perubahan pasti akan menyokong tindakannya..

    "Rakyat Malaysia yang prihatin adalah rakyat memikirkan masa depan negara dan kebajikan rakyat. Bukan rakyat yang bermatian membela pemimpin walaupun pemimpin itu korupsi."

    (semangat betul :)))

    ReplyDelete
  3. Ada:
    tak kisah kelakuannya biadap atau tidak, yang penting dia ada pandangannya terhadap Msia yang tersendiri hasil pemikiran yang bebas dan kritikal....lagipun kerja biadap @ gila kalau x lakukan semasa zaman muda, awak tak ada peluang untuk melakukanya pada masa hadapan

    居兄:
    你也是,除了圣诞快乐,天天也要快乐。要开学了,也祝你开学快乐,继续桃李满天下。

    ReplyDelete
  4. Pada mulanya saya mendengar isu seorang mahasiswa menurunkan bendera yang tercetak imej PM tidak lebih daripada tindakan seorang gila yang tidak matang dan terlalu banyak masa lapang yang tidak terisi dengan aktiviti selain membuat video gila yang boleh mempopularitikan dirinya di dunia maya youtube. Sekali lagi sy dikejutkan apabila melihat kupasan tentang rusuhan mini yang berlaku di pintu gerbang UPSI. Kali ini saya sendiri melakukan carian saya terhadap isu ini.
    Daripada apa pencarian saya dengan masa yang terhad (saya exam bah bisuk), dapat saya konklusikan bahawa perjuangan Adam Adli ini kerana rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan kerajaan sekarang kerana ‘gagal’ memberikan hak kebebasan akademik kepada mahasiswa. Hal ini kerana penggubalan akta AUKU akta university kolej university 1971 sejak pemerintahan Dr Mahathir lagi.
    Elok la sekiranya kita mendengar sendiri sebab utama AUKU ini di tubuhkan dari pada dr Mahathir sendiri yang ketika itu sebagai menteri pelajaran Malaysia. http://www.youtube.com/watch?v=-g7rFhc9qAw
    Kononnya AUKU ini menutup mulut mahasiswa daripada memberi pandangan dan penglibatan total dalam politik. Selepas bertahun tahun secara tiba tiba muncul lah seorang wira yang kononnya datang untuk mengangkat martabat mahasiswa. Tidak kah ini begitu ironic kemunculan saudara Adam ini disaat saat PRU yang bakal tiba bila bila masa saja lagi? Timbul dua persoalan dalam benak fikiran saya:
    1. Adakah benar laungan AA (adam adli) ini bersifat universal? Adakah dia membawa suara keseluruhan mahasiswa ataupun hanya berdiri diatas sokongan pihak pihak yang beragenda sahaja?
    2. Adakah tindakan menurunkan bendera di PWTC itu suatu tindakan yang patut kita sanjungi? Adakah alasan AA di http://www.youtube.com/watch?v=Xxv3PKSEBgA cukup matang untuk dijadikan alasan bagi beliau menurunkan bendera itu selama 5 minit?

    ReplyDelete
  5. AUKU ini sebenarnya telah dibuat beberapa pindaan sejak penggubalannya lagi, mahasiswa dibenarkan memberi pandangan dan juga boleh terlibat dalam politik tetapi tidak dibenarkan bergiat aktif dengan kata lain memegang jawatan dan mengendalikan apa apa agenda politik. Bagi saya kebebasan itu sentiasa wujud dan sememangnya telah diberikan kepada mahasiswa untuk bersuara. Penglibatan mahasiswa secara terus dalam berpolitik semasa pengajian bukanlah satu tindakan yang bersesuaian dan bertepatan pada masanya. Saya rasa kita sebagai mahasiswa sendiri sedar kewajipan dan pemberatan kita itu kepada pengajian dan bukan kearah yang lain. Oleh itu tidak seharusnya timbul isu menginginkan kebebasan berpolitik lebih daripada yang sedia ada pada masa kini. Sesungguhnya peluang untuk menceburi politik itu adalah terbuka kepada penuntut university berdasarkan kepada ketetapan ketetapan yang tertentu. AUKU tidak la seteruk seperti yang digambarkan oleh segelintir pihak.
    Sememangnya AA tidak boleh disabitkan dengan kesalahan berat kerana menurunkan bendera dan menggantikannya dengan bunting mereka sendiri. namun bagi saya tindakan ini mencerminkan kebiadapan dan betapa rendahnya tahap kematangan mereka. Saya sebagai mahasiswa tidak pernah dan tidak mungkin akan mengikut seorang ‘pemimpin’ mahasiswa yang tahap intelektualnya serendah ini dan ketidakkeupayaan beliau dalam membuat pertimbangan yang waras. Walhal penyerahan memorandum ini telah diterima sendiri oleh Timbalan Menteri pada ketika itu, wajarkah tindakan yang dilakukan oleh AA ini setelah memorandum itu berjaya diserahkan?
    Saya akui kelemahan yang wujud dalam sistem pentadbiran sedia ada, tidak bermakna saya menyelar tindakan AA ini bermakna saya menyokong sebelah pihak yang lain. Pendekatan dan tingkah laku AA dan pejuang pejuangnya ini sama sekali tidak mencermin kan kemahasiswaan mereka, betapa kasar dan angkuhnya mereka boleh la dilihat pada rakaman ini http://www.youtube.com/watch?v=mvwn1TVX8m8
    Tidak semua yang jahat itu datang dari kerajaan dan tidak semua yang baik itu datang daripada pihak yang tertindas ^^ hanya kita yang perlu bijak dalam membuat pernilaian…. ^^
    Penulis mengatakan bahawa ‘perjalanan yang beribu-ribu jauh, bermula dengan satu tapak yang kecil’, oleh sebab itu sekirannya kita menuntut sesuatu biarlah ia dilakukan secara beransur ansur agar permintaan kita itu didengar dan diteliti. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran!

    ReplyDelete
  6. // Sekali lagi sy dikejutkan apabila melihat kupasan tentang rusuhan mini yang berlaku di pintu gerbang UPSI.//

    tak ada rusuhan berlaku di gerbang pintu UPSI, mahasiswa/i sana hanya duduk diam, tiba2 polis datang tangkap/halau orang , baru keadaan jadi huru-hara

    //1. Adakah benar laungan AA (adam adli) ini bersifat universal? Adakah dia membawa suara keseluruhan mahasiswa ataupun hanya berdiri diatas sokongan pihak pihak yang beragenda sahaja?//

    apa masalah nya kalau laungannya tidak bersifat universal?adakah laungan yang tidak bersifat universal dan tidak diterima suara kesuluruhan tidak boleh dikeluarkan?
    kalau ada pihak yang tidak sokong laungan beliau dan mempunyai ideologi yang bertentangan, sila kemukan pandangan dan suara masing-masing dengan syarat aman dan damai. Tak ada sesiapa yang boleh dikecam atau dicederakan dalam proses meluahkan perasaan masing-masing.

    //2. Adakah tindakan menurunkan bendera di PWTC itu suatu tindakan yang patut kita sanjungi? Adakah alasan AA di http://www.youtube.com/watch?v=Xxv3PKSEBgA cukup matang untuk dijadikan alasan bagi beliau menurunkan bendera itu selama 5 minit?//

    mungkin tindakkan Adam yang turunkan bendera mempunyai niat yang minta puji atau nak tarik perhatian orang ramai, tapi apa masalahnya? Ketika awak baca isu ini, awak nampak seorang yang turunkan bendera atau nampak seorang belia yang berani melahirkan pemikirannya hasil pemikiran yang bebas dan kritikal yang tersendiri? sekali lagi, saya tidak berkata tuntutan dan kelakuan Adam 100% betul tapi saya hormat dia mampu berfikir secara bebas dan kritikal terhadap sesuatu isu (kelemahan AUKU)

    ReplyDelete
  7. Si Gemuk:

    //. Bagi saya kebebasan itu sentiasa wujud dan sememangnya telah diberikan kepada mahasiswa untuk bersuara. Penglibatan mahasiswa secara terus dalam berpolitik semasa pen...//

    masing-masing boleh meluahkan pandangan masing-masing terhadap AUKU, tidak kisah yang awak sokongkah atau membantah...pokoknya, sama juga , tiada sesiapa boleh dikecam atas melahirkan pandangan sendiri, malangnya dalam kes Adam, ada yang tercedera teruk...

    //Saya akui kelemahan yang wujud dalam sistem pentadbiran sedia ada, tidak bermakna saya menyelar tindakan AA ini bermakna saya menyokong sebelah pihak yang lain. Pendekatan dan tingkah laku AA dan pejuang pejuangnya ini sama sekali tidak mencermin kan kemahasiswaan mereka, betapa kasar dan angkuhnya mereka boleh la dilihat pada rakaman ini //

    Sikap saudara Adam yang 'kasar' dan 'kurang ajar' dan 'kelemahan AUKU 'adalah 2 perkara, kita boleh kritik sikap 'angkuh dan kasar', tapi kelemahan sesuatu dasar seperti 'AUKU' tidak akan hilang walaupun orang yang membantahnya kelihatan 'kasar dan kurang ajar'

    //oleh sebab itu sekirannya kita menuntut sesuatu biarlah ia dilakukan secara beransur ansur agar permintaan kita itu didengar dan diteliti. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran!//

    saya rasa saudara Adam memang mula menjejas tapaknya yang pertama dan cuba merealisasikan impiannya melalui cubaan pertama dengan pedekatan yang beransur-ansur, namun yang menyedihkan ialah pedekatannya yang pertama telah dikecam keras oleh pihak berkuasa...

    ReplyDelete