Saturday, November 5, 2011

Kerajaan Yang drift...

Salah seorang tokoh falsafah purba China yang termuka, Lao Zi pernah mengemukakan pandangan beliau dalam mentadbir sesuatu negara yang berbunyi “Governing a great nation is like cooking a small fish”. Antara penjelasan kepada ayat ini ialah ikan yang kecil mudah rosak kalau asyik digoreng dalam proses memasak, jadi cara yang betul dalam memasak ikan yang kecil ialah biarkan ia memasak dengan sendiri dengan pengedalian tangan manusia yang paling minimum.

Teori yang sama dapat diaplikasikan dalam mentadbir negara, kerajaan tidak boleh asyik mengendali sesuatu negara supaya kehidupan rakyat di negara itu tidak terjejas. Setiap kali kerajaan berjaya menggubah sesuatu dasar , apa yang patut mereka lakukan selepas itu ialah melaksanakannya dengan baik. Dalam proses pelaksanaan dasar, segala perubahan dasar yang kerap harus dielakkan, hal ini demikian bagi mengelakkan pembaziran kos pelaksanaan dasar tersebut. Selain itu, perubahan dasar kerajaan yang kerap juga akan mengelirukan kehidupan rakyat dan menjejaskan pembangunan negara secara berterusan.



Kebelakangan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia bercadang memansuhkan pelaksanaan PPSMI dalam semua sekolah di Malaysia setelah dasar ini telah dilaksanakan selama hampir 10 tahun. Keputusan ini mendatangkan bantahan daripada sesetengah ibu-bapa terutamanya PAGE. Dasar PPSMI bermula diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM Malaysia. Walaupun dasar ini mendapat bantahan yang kuat dari rakyat Malaysia semasa ia diperkenalkan, namun Tun M tetap berkeras melaksanakannya sebelum beliau bersara dari medan politik Malaysia.
Dasar ini diperkenalkan oleh Tun kerana beliau berpendapat kebolehan para pelajar Malaysia dalam penguasaan BI masih lemah dan juga ingin meningkatkan pencapaian para pelajar Malaysia dalam pencapaian Sains dan Matematik. Tambahan lagi, kebanyakkan hasil kajian dalam bidang Sains dan Matematik di dunia ini adalah majoriti ditulis dalam BI, maka beliau berharap dengan memperkenalkan PPSMI ini dapat menyelesaikan dua masalah besar dalam sistem pendidikan dalam negara kita.
Secara umumnya, meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia dan menghubungkan para pelajar kita dengan maklumat first hand Sains dan Matematik dalam dunia ini merupakan stategi yang betul. Namun demikian, adakah PPSMI merupakan penawar mujarab kepada 2 kemelut di atas?
Bermula dengan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris merupakan satu subjek bahasa, untuk meningkatkan penguasaan sesuatu bahasa yang baru, teknik membaca, menulis dan bertutur adalah caranya. Dalam tiga cara ini, teknik menulis dan bertutur merupakan cara yang paling penting dan berkesan. Bagi meningkatkan kebolehan para pelajar dalam menghayati kecantikan Bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menggalakkan para pelajar memperbanyak membaca buku-buku yang ditulis dalam bahasa tersebut. Dari segi pentadbiran ,kerajaan boleh menjadikan BI sebagai salah satu subjek wajib lulus dalam mana-mana peperiksaan di Malaysia. Maka, para pelajar yang menduduki peperikasaan di Malaysia, mahu tak mahu terpaksa menkuatkan kebolehan mereka dalam BI demi mendapatkan sijil yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kebekesanan cara ini serupa dengan fenomena yang hampir semua pelajar bukan Melayu di Malaysia mampu bertutur dalam BM, hal ini disebabkan kerana kerajaan mewajibkan kelulusan subjek BM dalam apa-apa peperikasaan yang ditauliahkan oleh kerajaan Malaysia. BI merupakan subjek sastera tetapi Sains dan Matematik merupakan subjek teknologi, menggunakan teknik sains dan teknologi untuk meningkatkan penguasaan dalam bidang sastera ialah sesuatu yang tidak berkesan.


Seterusnya, penggunaan BI dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik untuk meningkatkan pencapaian para pelajar dalam bidang tersebut merupakan cara yang menterbalikan punca dan akibat. Memang tidak dapat dinafikan kebanyakkan kajian dalam bidang Sains dan Matematik dalam dunia ini ditulis dalam BI, hal ini demikian kerana negara yang dominasi dalam bidang teknologi ini diketuai oleh negara yang menggunakan BI dalam pendidikan mereka, antara contoh yang paling nyata ialah Amerika Syarikat. Namun , mengapa AS mampu menjadi sebuah negara yang tinggi pencapaiannya teknologi? Adakah ini disebabkan orang AS bertutur dalam BI sejak dilahirkan? Jawapannya ialah tidak sekali.

AS mampu menjadi sebuah negara yang kuat dalam bidang Sains dan teknologi adalah kerana persekitaran negaranya dan dasar imigrasi negara mereka. Pendidikan di AS menggalakkan para pelajar agar berfikr secara kreatif , mereka membantah cara pembelajaran yang main hafal jawapan sahaja. Selain itu para murid juga digalakkan selalu mengemukakan soalan dan mencabar jawapan yang diberi oleh guru mereka. Tambahan lagi, negara AS mempunyai masyarakat yang mementingkan kebebasan, di bawah premis tidak mencederakan orang lain, setiap orang dibenarkan melahirkan pemikiran masing-masing tanpa rasa takut dan terancam. Dalam sejarah dunia, AS menjadi negara ‘taiko’ dalam bidang Sains dan teknologi hanya berlaku semasa dan selepas Perang Dunia ke-2. Ketika zaman WW2, kebanyakkan ahli Sains dari negara Jerman yang tidak ingin berkhidmat di bawah rejim Nazi dan tertarik dengan dasar liberal dan terbuka yang diamalkan oleh AS, masing-masing berhijrah ke AS dan tinggal di sana seterusnya menyumbang kepada perkembangan Sains dan teknologi negara AS mahupun dunia. Inilah punca sebenar AS maju dalam bidang Sains dan teknologi. (tidak ketinggalan juga kebanyakkan buku-buku sastera yang agung juga ditulis dalam BI) Maka, adakan anda akan berpendapat bahawa satu negara yang mengekang kebebasan bersuara para mahasiswa/i nya dan juga banyak ‘mengekspot’ tenaga insan dalam negaranya ke luar negara, mampu meraihkan pencapaian yang tinggi dalam bidang Sains dan Matematik dengan HANYA menggunakan BI dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolahnya?

PPSMI yang telah dilaksanakan sekian lama ini tidak menampakkan apa-apa pencapaian dalam negara kita. Untuk BI, saya tak nampak kemunculan mana-mana tokoh yang berjaya menghasilkan karya sastera dalam Bi yang agung. Dalam bidang Sains pula, satu-satunya ‘pencapaian’ kita ialah berjaya dikategorikan sebagai senarai negara yang mempunyai angkasawan sendiri, dengan menghantar angkasawan kita ke ISS untuk membuat ‘research’. Dasar PPSMI ini bukan sahaja mendapat tentangan dari semua rakyat selama ini, malah sekolah rendah kebangsaan Cina yang paling menerima padahnya selama pelaksanaan dasar ini. SRK (C) yang ingin mengekalkan kebudayaan Cina dan juga perlu melaksanakan PPSMI terpaksa membuat aturan yang mirip susunan perlawanan bola sepak. Antara masa kuliah pembelajaran dan pengajaran yang seperti program 2-4-3, 6-2-3-2, 442,433 telah dilaksanakan, keadaan ini menyusahkan lagi kehidupan para murid yang dijadikan bahan kajian atas percaturan politik orang dewasa, terutamanya para murid dari sekolah luar Bandar.

Sekarang, kerajaan kita tiba-tiba mendapat ‘ilham’ dan bersungguh-sungguh memansuhkan dasar PPSMI yang tidak dapat sambutan popular selama ini. Tindakan ini men kucar-kacir kan lagi sistem pendidikan di Malaysia. Kalau perumpamaan Lao Zi “Governing a great nation is like cooking a small fish” merupakan cara mentadbir negara yang betul, maka kerajaan kita yang selalu menukar dasar seolah-olah mentadbir negara ini dengan cara yang asyik goreng dan goreng mee …
Ada orang yang menggambarkan kerajaan yang selalu bertukar dasar negara seperti membuat ‘U-turn’ ketika memandu kereta, namun saya rasa sikp kerajaan kita dalam PPSMI bukan sahaja U-turn, malah sudah mampu ‘drift’ di jalan raya …



2 comments :

  1. terbaikk..dalam hal ni..saya sokong awak..bahasa inggeris adalah bhs sastera..dan sc n mate berkaitan dgn teknologi..
    kadang2 pelik dgn sikap kerajaan yang x tahu apa motif disebalik PPSM..
    hanya menyusahkan sekolah nak buat kursus untuk cikgu2 semula (dulu sc n mate dalam bm,lepas tu sc n mate dalam bi, sekarang mahu ubah lagi)..
    rasanya bagus kekalkan saja dalam bi sbb kalau buat dalam bm..kadang2 terjemahannya lagi buat murid pening..terutama fizik dgn + mate..
    tambahan pula kementerian pelajaran terpaksa tukar buku teks untuk matapelajaran nisekali lagi....membazir saja..terpaksa sekolah selalu buat hapus kira buku tanpa sebab..
    dan yang paling penting..mangsanya..anak bangsa la..bayangkan..skrg form 3 belajar sc n mate dalam bi..tiba2 masa spm dalam bm..(pengalaman masa peralihan dari form 5 pergi matrikulasi..)
    hanya menyusahkan murid saja..

    ReplyDelete
  2. Susah juga nak ajar Sains dan Maths dalam BI sepenuhnya...Sekolah Cina mesti nak kekalkan pengajaran dengan menggunakan bahasa Cina,selain itu, kalau mewajibkan lulus BI sebagai syarat untuk mendapatkan mana-mana sijil peperiksaan di Malaysia, mesti ada orang yang 'patriotik' keluar dan membantah dasar ini kerana seolah-olah mencabar kewibawaan BM sebagai Bahasa Kebangsaan.

    Kalau nak meningkatkan pencapaian dalam S&T, minda yang terbuka paling penting, guna bahasa apa itu kurang pentinglah, kan terdapat banyak negara-negara lain yang guna bahasa ibunda mereka sendiri dalam pengajaran S&M juga dapat maju dalam bidang tersebut.
    Contoh yang paling kuat ialah Jepun, Jerman, Perancis dan juga jiran kita Thailand, maka jelaslah BI bukan satu-satu caranya untuk maju dalam bidang Sains dan Maths.

    ReplyDelete