Secara terus terang, sabtu ini merupakan hari konvokesyen Universiti saya setelah 3 tahun saya melanjutkan pelajaran di sana. Namun bagaimanapun, saya bercadang tidak menghadiri ke majlis yang penuh ‘bermakna’ itu. Melalui status update yang dipostkan oleh kawan-kawan saya dalam facebook, boleh dikatakan hampir semua coursemate saya sudah tidak sabar-sabar menunggu ketibaan hari tersebut . Selain itu, saya juga melihat banyak gambar konvokesyen kawan saya dari Universiti lain yang lebih awal berlangsung Konvo. Melalui senyuman manis kawan-kawan saya dalam gambar-gambar tersebut , seolah-olah yang menanti mereka di hadapan kehidupan mereka ialah sebuah kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Namun, saya ini yang mempunyai hati yang penuh dengan kegelapan tidak bercadang untuk menghadiri majlis tersebut….
‘kenapa tidak pergi?’ soalan ini banyak dilontarkan kepada saya oleh kawan saya. Sebelum ini saya hanya mampu tersenyum, dan sekarang saya rasa saya sepatutnya memikir dengan dalam sebab-sebab saya tidak menghadiri ke majlis yang ‘penuh bermakna’ itu …setelah lama ‘berfikir’, akhirnya saya berjaya memikir beberapa ‘sebab’ yang dapat menyokong tindakan saya yang penuh dengan kegelapan ini..(gilalah, saya tak pergi , tak payah pergi sajalah! kenapa nak fikir-fikir banyak sebab untuk dijelaskan…= =)
1.‘Perjanjian ’yang perlu ditunaikan
Saya masih ingat lagi keadaan hari yang saya menerima surat tawaran U tersebut. Setelah saya membuka surat itu dan habis membaca isi kandungan surat tersebut, dengan serta merta saya bercakap kepada ibu saya ‘nampaknya kursus ini memakan masa 3 tahun…oh ya…lain kali bila konvo awak tak payah datang, sebab saya rasa saya pun tidak akan menghadirinya…’ maka dengan itu, satu perjanjian telah saya lakukan walaupun saya tidak tahu mengapa saya akan berkata demikian pada masa itu. Dan , sekarang sudah tiba masanya saya mengotakan janji tersebut…
2. ‘Godaan Jubah
Secara terus terang untuk kali yang kedua, saya betul-betul berasa semua orang bergambar bersama dengan berpakaian jubah dan menunjukkan satu post (biasanya jari tertunjuk dan jari hantu membentuk huruf ‘V’) yang seolah-olah ‘kehidupan yang bahagia menanti saya di hadapan’ merupakan sesuatu perkara yang…. Saya tak mampu berbuat sedemikian, maka saya tak mahu pergi… XP
3. adinda…oh adinda…
Antara banyak ‘sebab’, saya rasa ini ialah sebab yang paling utama dan kritikal. Alasan ini terbenam dalam sub-conscious saya, hanya conscious otak saya tidak ingin mengakuinya sahaja…melalui gambar Konvo yang saya lihat, semua orang bergambar dengan berpasang-pasangan atau berkeluarga-keluargaan, saya ini yang berseorang-seorangan buat apa nak gambar? Bergambar lah kepala otak kau, jadi saya tak mahu pergi lah…
4. Protest terhadap sistem
Ya, ya, ya….ini ialah ‘alasan’ yang paling power! Saya tidak menghadiri ke majlis konvokesyen kerana ingin dengan melakukan bantahan yang paling tragis dan paling senyap terhadap kerajaan Malaysia yang tidak berjaya mewujudkan satu sistem pendidikan yang baik!
5. Yang paling manis , kenangan
Mungkin disebabkan saya terlalu banyak menonton filem, maka saya asyik berasa orang yang tidak hadir semasa bergambar bersama-sama akan dikenang dengan memori yang indah. Setelah banyak tahun kemudian, apabila semua orang keluar berjumpa lagi, perubahan ketara setiap orang dapat dilihat dengan membuat perbandingan dengan gambar yang diambil pada dahulu. Hanya orang yang tidak pernah hadir mahupun bergambar akan sentiasa hidup dalam memori semua orang.
Ada lagi? Er…tulis satu lagi lah ‘alasan’ saya
6.Kekesalan…
Ya betul, tak tahu siapa yang mewar-warkan kenyataan bahawa ‘konvokyesen hanya sekali dalam seumur hidup, tidak menghadirinya akan mempunyai kekesalan seumur hidup’. Well~ saya rasa dalam kehidupan ini terdapat banyak perkara yang juga ‘sekali dalam seumur hidup’. Contohnya awak sedang baca post ini, juga ‘sekali dalam seumur hidup’, bila awak baca artikel ini pada hari esok, masa tempat dan emosi awak dah berubah, maka setiap kali awak baca pun boleh dikira ‘sekali dalam seumur hidup’. Contoh lain: Najis awak pada pagi ini, kalau dinilai dengan warna, bentuk dan baunya pun produk yang ‘sekali dalam seumur hidup’, agak mustahil pada masa yang akan datang awak mampu menghasilkan tahi yang sama dengan tahi hari ini dengan persamaan yang 100% dari segi warna, bentuk dan bau. Biarpun mampu, mungkin jenama toilet paper dan tempat tandas juga tidak sama, maka boleh dirumuskan juga bahawa najis awak pada hari ini ialah ‘sekali dalam seumur hidup’, cepatlah bergambar dengannya untuk buat kenangan.(ok, sorry, saya mengakui perumpamaan ini memang menjijikan dan tidak professional )
Rasa kesal kerana tidak pergi Konvo? Mungkin ada juga kekesalan, tetapi saya rasa kualiti kehidupan seseorang akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi dengan adanya kekesalan dalam hidupnya. Kehidupan yang tiada kekesalan tidak boleh dikatakan sebagai suatu kehidupan yang sempurna. = =
Itu sahaja, saya telah ‘menjelaskan’ sebab saya tidak menghadiri ke Konvo, jangan tanya saya lagi mengapa saya tak pergi…huhuhu…Akhirnya sekali, semoga semua orang berjaya dan kaya dan bahagia untuk selama-lamanya, kalau ada jodoh, kita jumpa lagi di penjara.
All Hail HC00+HC05!!!
(Sebenarnya saya nak upload sekeping gambar yang menunjukkan saya bersama dengan kawan-kawan saya di U, namun saya cari-cari pun tak jumpa (maksudnya tak ada lah itu…) nampaknya saya perlu menilai lagi diri saya…)
Well...
ReplyDeleteThe second reason more or less reminds us that degree does not warrant a bright future. Agree...
The fourth one... impressive!
I agree with you as I am a student also. Really, the value of the certificate is doubtful!
And the last... "Kehidupan yang tiada kekesalan tidak boleh dikatakan sebagai suatu kehidupan yang sempurna"... Agree.
In the future when we look back, right or wrong and regret might not be crucial anymore. All those in the past shape who we are today. This is destiny!
Setelah membaca keenam-enam sebab musabab yang telah kamu utarakan berkenaan keengganan kamu untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ini, saya begitu terpanggil untuk mengutarakan pendapat saya dari perspektif saya sendiri.
ReplyDelete1. Perjanjian yang tidak sah
Secara telus saya nyatakan bahawa 'perjanjian' yang dimaksudkan oleh anda ini tidak membawa sebarang pemberatan yang perlu ditunaikan oleh pihak anda mahupun pihak ibu anda. Frasa yang anda utarakan ini bagi saya tidak lebih daripada ungkapan yang tidak jelas maksudnya dan tidak dimeterai oleh sebarang bentuk pengesahan daripada kedua belah pihak. Satu persoalan timbul di benak fikiran saya, adakah ibu anda (sebagai pihak kedua) mengiakan ‘ungkapan’ anda ini sebagai suatu perjanjian yang perlu anda penuhi dan patut dipegang oleh kedua belah pihak? Sekiranya ibu anda tidak pernah mengiakan ungkapan anda ini, maka ia tidak lebih daripada sebuah perbualan kosong dan tidak layak dijadikan sebagai titik tolak penentu sama ada anda perlu menghadiri majlis ini atau pun tidak. Bagi pandangan saya, ‘perjanjian’ yang dibuat perlulah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak untuk menjadikan ia sebuah perjanjian yang sah dan perlu dikotakan. Saya yakin dan percaya bahawa ibu anda sudah tentu tidak pernah mengiakan apa-apa berkenaan hal ini. Maka dengan itu saya tafsirkan ‘perjanjian’ yang anda persoalkan ini tidak lebih daripada perjanjian kosong dan hanya diikuti oleh sebelah pihak sahaja. Ada kemungkinan anda terlalu banyak menonton filem melayu sehingga terpengaruh dengan peribahasa ‘ terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Berdasarkan persoalan-persoalan yang telah saya kupaskan diatas maka dengan beraninya saya mengatakan perjanjian ini tidak dimeterai oleh pihak kedua dan tiada apa apa yang perlu dikotakan disini.
2. Maksud Jubah
‘Kehidupan yang bahagia menanti saya di hadapan’…
Bagi pandangan saya, tidak ada salahnya untuk mentafsirkan pemakaian jubah itu sebagaimana yang anda gambarkan diatas. Tetapi suka saya nyatakan bahawa alasan anda untuk tidak ke Majlis Konvo kerana anda merasakan bahawa anda tidak dapat memenuhi gambaran sebuah kebahagian sedang menanti anda di hadapan merupakan suatu perkara yang tidak dapat diterima oleh saya sebagai seorang bakal graduan pada masa akan datang. Pemakaian jubah ini bagi saya hanyalah sebuah simbolik dan sebagai menghormati perjalanan istiadat majlis. Secara jujurnya saya merasakan bahawa pemakaian jubah ini adalah sekadar kelengkapan yang membezakan antara yang diraikan dan yang meraihkan semasa majlis ini berlangsung. Mungkin bagi sesetengah golongan berpendapat bahawa jubah akademik menerapkan simbol kecemerlangan dan pencapaian mahasiswa dalam mencapai peringkat yang boleh dikatakan cukup tinggi buat masa ini. Tidak ada salah sekiranya anda merasakan memakai jubah merupakan sebuah bebanan kerana anda tidak mampu melihat ‘kebahagian di hadapan anda’. Tetapi bagi saya (orang yang berfikiran cetek seperti saya), sukar untuk mentafsirkan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan saya, tetapi pengangan saya; apa yang anda lakukan pada detik inilah yang akan menggambarkan kejayaan anda pada ‘masa hadapan’.
3. Ayoyo ayoyo
ReplyDeletePedih dan perit untuk saya telan alasan anda untuk tidak pergi ke Majlis Konvo hanya sekadar anda bakal berseorangan pada masa itu. Tidak ada salahnya anda meraihkan hari ini berseorangan kerana segala kejayaan ni berkat daripada usaha anda berseorangan. Kemungkinan besar anda tidak menyedari betapa ramai insan yang bersungguh-sungguh dan begitu ternanti-nanti detik anda bergraduasi (saya salah seorang daripadanya). Seperti yang anda katakan pada saya ‘ boleh photoshop bah’… Tidak salah juga sekiranya anda bergambar seorang diri dan kemudiannya meng’edit’ gambar tersebut dengan latar belakang yang menggambarkan jutaan rakan-rakan disamping anda. Ikutlah falsafah saya, kualiti lebih baik daripada kuantiti. Tak perlu 1000 orang bergambar dengan anda, tak perlu ‘Chong Li Ting ‘ (nama timangan tidak mengaitkan sesiapa) disamping anda, cukuplah sekadar ahli keluarga dan kenalan rapat yang sudi meraihkan bersama.
4. Talk loud with big action!
Saya tidak dapat membantah kenyataan anda ini kerana sistem yang diguna pakai pada masa ini sememangnya terlalu banyak kecacatan dan kelemahannya. Namun usaha dan protes anda berseorangan tidak lebih seperti melepaskan batuk ditepi tangga sahaja.
5. Maniskah kenangan tanpa penghayatan?
Tidak ada kemanisannya dalam kenangan sekiranya anda sendiri tidak ada pada detik bersejarah itu. Saya faham maksud anda itu, ada kemungkinan ketiadaan anda didalam gambar bakal diingati dan menjadi sebuah memori yang sangat sukar untuk dilupai. Namun bagi saya memori yang bakal mereka ingati hanyalah seorang rakan yang tidak hadir semasa majlis konvo dan tidak lebih daripada itu. ‘Picture describes a thousand words’; kehadiran kelibat anda didalam potret-potret kenangan bakal menjadikan memori mereka lebih berwarna dan tidak hambar serta kusam.
6. Kenyataan
ReplyDeletePerumpamaan yang anda berikan dalam menjelaskan situasi ‘sekali dalam seumur hidup’ menggunakan najis, tekstur, warna dan aroma-aromanya membawa suatu pengertian yang begitu mudah untuk difahami. Sungguh mudah, sehinggakan saya juga berupaya untuk menterjemah analogi ini. Sememangnya begitu banyak perkara ‘sekali dalam seumur hidup’ yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku kepada kita. Namun perlulah kita ketahui perkara yang mana mempunyai signifikan di dalam hidup kita yang bakal membawa impak dan mempunyai nilai-nilai estetikanya kepada diri kita sendiri. Pemberatan itu terletak di tangan anda sendiri. Sekiranya anda merasakan tahap pengijazahan dan tahap pernyahtinjaan itu hampir sama dan tidak perlu diraya dan diraihkan, maka semua itu terus terang saya katakan terletak pada budi bicara dan pertimbangan anda sendiri. Suka saya selitkan pendapat saya bahawa proses nyahtinja itu hanya memakan masa kurang dari pada sehari manakala demi segulung ijazah itu suda memakan hampir 1/4 riwayat hidup kita. Tidakkah ia membawa sebarang pengertian yang mendalam pada diri anda? Hanya anda yang mengetahui jawapannya.
Apa-apa pun setelah membaca blog anda ini, saya merasakan bahawa anda mempunyai sebab dan alasan anda yang tersendiri. Pernah saya mendengar ‘We don’t need to tell anything to anyone; our friends (me) don’t need it; our enemy don’t believe it’. Berpaksikan kepercayaan ini, saya percaya setiap keputusan anda itu adalah yang terbaik untuk anda. Saya percaya anda telah melakukan apa yang patut anda lakukan demi diri anda. Segala keputusan itu merupakan pertimbangan yang telah anda congak dan anda lebih mengetahuinya. Segala keputusan adalah autonomi anda secara total. Apa-apa pun saya ingin merakamkan sepenuh ucapan tahniah kepada anda kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Adalah tidak adil untuk menilai ketidakhadiran anda semasa majlis konvo dengan melambangkan anda tidak menghargai detik ini. Anda punya cara tersendiri untuk menghargainya; itu lebih penting. Semoga masa depan itu cerah buat anda.
saya dah hampir lupa "chong li ting " rekaan awak..hahahaha
ReplyDeletetak sangka si gemuk begitu serius dengan 'alasan' saya...malah cuba dibidas olehnya satu per satu...tak tahu nak makan berapa banyak masa untuk menulis semua ini....komen si gemuk merupakan komen yang paling panjang dan serius pernah saya nampak dalam blog ini sejak ia ditubuhkan....T T...terharu saya sekarang..huhuhu
ReplyDeletekalau saya buat FYP report sudah lama siap zzz! sya tau kau belum habis baca! kau baca sampai habis!
ReplyDeleteer....saya cuba respond lah...lain kali jangan tulis begitu banyak, susah saya mahu respond...= =
ReplyDelete1. Perjanjian lelaki sejati walaupun 'cakap sahaja', 'terkeluar dari mulut ke' mesti dikotakan, tak boleh melari tjawab dengan cakap tak ada black and white
2. 'tidak mampu melihat kebahagian di hadapan anda’, 30% masalah saya, 70% masalah ekonomi negara ini yang bukan saya rasa pessimistic
3. ......
4.//Namun usaha dan protes anda berseorangan tidak lebih seperti melepaskan batuk ditepi tangga sahaja.//
sekurang2nya saya dah cuba batuk, saya dah tiada kekesalan, tahun ini satu orang batuk. tahun depan awak bawa satu geng, dua orang batuk, tahun akan datang lagi 3..4..5, nescaya kita akan berjaya
5. kawan yang baik dikenang dengan perasaan dan memori, bukan dengan gambar yang 'describe 1000 words'
ReplyDelete6. //manakala demi segulung ijazah itu suda memakan hampir 1/4 riwayat hidup kita.//
maksudnya saya dah 'dimodify untuk diproductkan selama 1/4 life', saya tak mahu pergi menerima document warranty product (isu modify dan product ini akan saya tulis dalam post yang akan datang...)
//Semoga masa depan itu cerah buat anda//
harap2 lah....^ ^
alasan hanyalah sekadar helah untuk mengelak x pergi konvo..bagilah sejuta alasan pun kalau hati awak tak mahu..awak still x akan pergi juga..
ReplyDeleteapapun alasan awak..saya rasa awak rugi sbb x datang...sekurang2nya saya dan kawan2 lain dapat naik atas pentas DC dgn bangga dan berjumpa dgn semua yang mungkin x akan dapat jumpa lagi nanti..di tempat yang sama..dengan kenangan yang sama..pada masa yang sama..
(saya sengaja tulis macam ni supaya awak akan rasa kesal..sapa suruh x datang...haha..:P)
errr..mana butang like..saya mahu like komen kawan awak "si gemuk" itu..
ReplyDelete//alasan hanyalah sekadar helah untuk mengelak x pergi konvo...//
ReplyDeleteharapsatu hari nanti awak akan faham 'alasan saya yang ketujuh...'
Nmpaknya saya akan mngikuti jejak langkh abang untuk tidak hadiri konvo
ReplyDeletesaya pun sama macam awak
DeleteSebab anda tidak menghadiri konvo?? Universiti??
DeleteAku pun macam tak berminat nak convo ni. Aku malas nak tunggu giliran lama, dan buat mak ayah, adik2 berpeluh peluh menunggu..plus, duit jubah tu dah mahal, duit minyak kereta, duit homestay, penat lelah jauh2 datang 5,6 jam bawak kereta hanya semata mata nak naik atas pentas 5 saat dan dapat scroll kosong
ReplyDeleteDan muka aku x cantil pun dalam gambar, sbb tu aku x berminat
Samalah. Konvo saya tahun depan 2022. Tapi tak salah ke tak pergi? Saya pula memang tak suka tempat ramai2 org. Sebab tu taknak pergi selain hal kos2
DeleteHello ika. Convo tahun ni ke? Pergi dak? Sy pun mcm berat hati nak pergi. Convo feb 2022.
DeleteIts been 11 years. Do you ever regret not going to your convo? I am supposed to have my convo in feb, but im heavily considering not to.
ReplyDeleteHi. I just found this blog. Glad to know ada orang sependapat dgn saya. But serious question, kita akan dikenakan tindakan ke kalau tak hadir konvo ?
ReplyDelete