Friday, November 18, 2011

Gaddafi, Jantan Sejati yang mempermainkan tikus

Ketika kawan baik saya ternampak gambar Muammar Gaddafi buat kali pertama dalam majalah, dia mengeluarkan kenyataan bahawa Gaddafi merupakan seorang ‘Jantan Sejati’. Kegaguman kawan saya terhadap Gaddafi meningkat apabila saya memberitahunya bahawa Gaddafi dilindungi oleh para pengawai keselamatan peribadi yang semuanya terdiri daripada anak dara yang cantik…kawan saya berpendapat bahawa ditaktor merupakan ‘pekerjaan ’ yang bagus kerana banyak kenikmatan dapat diperolehi melalui ‘pekerjaan’ ini….

Namun , ‘pekerjaan’ Gaddafi sebagai ditaktor bukannya mudah. Beliau bukan sahaja perlu sentiasa berurusan dengan pihak dalam negeri yang anti pemerintahannya, malah juga perlu sering berwaspada terhadap ‘sekutu barat’ nya yang sentiasa menjatuhkan pemerintahan negara orang lain atas nama ‘demokrasi dan hak asasi kemanusiaan’. Maka, kerja harian abang Gaddafi kita selain menekan pemberontakan dalam negeri dengan kejam , malah kalau ada masa yang lapang, Gaddafi juga perlu rajin mengaji hubungan antarabangsa dalam dunia ini. Dia perlu peka terhadap isu-isu semasa dalam dunia ini, perlu mengetahui segala hubungan diplomatik yang baik atau jahat antara semua negara dalam planet ini. Seorang ditaktor yang berjaya seharusnya mampu memaksimumkan kepentingan sendiri dengan memperalatkan konflik yang muncul dalam negara, biar mereka saling berbunuhan antara satu sama lain dan ditaktor pula duduk di sana sambil menikmati faedahnya. Dalam konteks ini , keluarga Kim di Korea Utara merupakan pakar dalam bidang mempermainkan hubungan diplomatik dengan negara-negara besar lain demi mendatangkan kepentingan kepada mereka sendiri, Gaddafi hanya mampu menduduki tempat kedua dalam perkara ini.

Pada tarikh 31 Ogos tahun 1969 (tarikh ini memang bermakna bagi Malaysia), seorang Leftenan yang berumur 27 tahun yang masih tidak dikenali oleh rakyat Libya telah berjaya melancarkan satu tindakan rampasan kuasa. Proses rampasan kuasa ini ialah melalui menyerang tentera raja Libya, menahan komander raja dan menakluki stesen radio dan televisyen bagi mengawal pengaliran maklumat. Dengan cara ini, Muammar Gaddafi mampu menggulingkan permerintahan raja Libya dan meletakkan negara tersebut dalam pemerintahannya selama 40++ tahun. Selama pemerintahannya, Gaddafi telah membuat banyak ‘dasar’ yang boleh mengukuhkan kuasa politiknya dalam Libya, antara dua tekniknya yang paling hebat ialah teknik Penipuan dan Penyerongan.


Dasar dalam negeri: polisi yang sentiasa berubah dan mengapi-api hubugan antara puak dalam negeri
Libya merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak puak-puak (tribes) yang berlainan hidup secara bersendirian. Puak-puak yang berlainan ini mempunyai kawalan kawasan sendiri, dan pengaruh kerajaan persekutuan Gaddafi ke atas puak-puak ini adalah lemah. Maka , untuk memastikan puak-puak yang berlainan ini tidak mencabar pemerintahannya di Libya, Gaddafi mengambil langkah mengapi-apikan hubungan antara puak di Libya. Dengan sumber yang sikit, setiap puak terpaksa berperang antara satu sama lain untuk terus hidup, maka puak-puak yang rancak berperang sesama sendiri ini tidak mempunyai tenaga yang lebih untuk mencabar pemerintahan Gaddafi di Libya.

Di samping itu, polisi dalam negara yang selalu berubah mampu memperdayakan rakyat jelata di Libya. Hari ini Gaddafi boleh menggalakkan pertubuhan parti-parti politik demi ‘mendemokrasikan Libya’, tetapi pada hari esok dia juga akan memasukkan semua orang yang giat menubuhkan parti politik ke dalam penjara. Kadang-kala dia mentadbir negaranya dengan sistem demokrasi , tetapi kadang-kadang mentadbir negaranya dengan undang-undang puak. Dalam teknik Gaddafi mengendalikan masalah ekonomi dalam negaranya, penekatan dia dalam ekonomi negaranya membuat dia layak digelar sebagai seorang yang genius. Hal ini demikian kerana apabila dia berasa kelas golongan tengah dalam Libya telah bertumbuh dengan banyak dan mampu mencabar pemerintahannya, dengan teknik mengawal mata wang negara Libya ,dia membiar nilai mata wang dalam negara jatuh dan sekaligus menghanguskan segala wang simpanan rakyat Libya selama ini dalam sekelip mata. Selain itu, apabila dia berasa kuasa golongan peniaga dah bertambah kuat, dia akan mengenakan subsidi kerajaan bagi menyerang perniagaan para peniaga. Akhirnya banyak syarikat terpaksa bertutup kerana tidak mampu member saingan kepada sector awam yang mendapat subsidi daripada kerajaan Libya. Tambahan lagi, para pemimpin politik Libya lain yang mempunyai pengaruh yang semakin besar juga akan dianiayai oleh Gaddafi. Mana-mana pemimpin politik Libya yang dia rasa mempunyai pengaruh yang semakin bertambah, akan dihilangkan kuasa mereka melalui pelbagai cara. Dasarnya yang selalu berubah dan sukar diramal membuat bekas president ,US .Donald Regan mengelar Ghadafi sebagai seekor ‘anjing yang gila’
Dasar luar negara: talam dua muka + diplomatik anak lelaki
Gaddafi kadang-kala menunjukkan sikap yang baik terhadap US dengan membenarkan mereka membina pangkalan tentera di Libya atau menggali minyak di sana. Balasannya ialah negara-negara Barat yang diketuai oleh US perlu menyokong pemerintahannya di Libya. Namun setelah dia berasa nilai yang boleh diperalatkan olehnya di atas US dah berkurangan, dia tidak akan teragak-agak menghalau Uncle Sam keluar dari Libya. Tindakannya ini pula mampu meraih sokongan daripada rakyat jelata Libya mahupun penduduk negara Islam yang anti US/ anti Barat. Walaubagaimanapun, setelah insiden 911, US melancarkan operasi yang tegas bagi menghapuskan semua kuasa ‘pengganas’ di seluruh dunia. Gaddafi pada masa itu berasa hubungannya dengan US dah lama renggang, mengambil kesempatan ini memperbaiki hubungannya dengan US dengan menyerah semua most wanted suspek pengganas dalam negaranya kepada US.

Di samping itu , Gaddafi juga menghantar anak lelakinya ke negara barat bagi ‘melanjutkan pelajaran’. Walaupun pemerintahan kuku besi Gaddafi diketahui oleh satu dunia, namun anak-anak ditaktor ini selalu mendapat sambutan daripada universiti- universiti ternama di seluruh dunia. University ini suka mengambil anak-anak ditaktor dari seluruh dunia sebagai pelajar mereka kerana mereka berharap dengan pendidikan dan budaya barat yang menitikberatkan teori demokrasi dan hak asasi kemanusiaan, mereka mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak ditaktor ini. Hal ini demikian anak-anak ini berkemungkinan besar akan kembali ke dalam negara asal mereka dan mewaris takhta kerajaan daripada ayah mereka. Maka, universiti ternama ini berharap mereka yang mengambil pucuk pimpinan akan melakukan revolusi ke atas sistem politik negara ditaktor mereka agar menjadi lebih demokrasi dan mementingkan hak kemanusiaan.

Faktor lain Gaddafi menghantar anaknya ke barat ialah ingin menghantar satu message tersirat kepada kuasa negara-negara Barat. Message yang dia ingin sampaikan ialah , dia telah menghantar anaknya ke barat untuk belajar demokrasi dan hak kemanusiaan yang ala barat, maka anaknya lain hari akan dipengaruhi kuat dengan budaya Barat.Apabila dia kembali ke Libya, nescaya dia akan membuat revolusi ke atas Libya yang lebih sesuai dengan nilai Barat. Maka, kalau negara-negara barat ingin melihat Libya berubah menjadi sebuah negara yang lebih ‘demokrasi’ di bawah pimpinan anaknya, jadi mereka perlu terus menyokong pemerintahan Gaddafi di Libya agar dia mampu melepaskan kuasa pimpinannya kepada anaknya pada satu hari nanti….
Maka, dengan cara Gaddafi yang genius ini, beliau mampu memperdayakan semua orang yang dalam negara mahupun luar negara, dan teruskan dengan pemerintahannya yang berlangsungan selama 40++ tahun… Tekiniknya yang hebat membuat Gaddafi memang layak digelar sebagai seorang ‘Jantan Sejati’~~



9 comments :

  1. 简直是天才!如果他尽忠报国,今天是流芳百世;不是遗臭万年了。命,谁说的准呢?神赐他如此才智。善用或‘滥用’,只在一念之差。

    ReplyDelete
  2. 他的天才只有做坏事才有用

    ReplyDelete
  3. saya rasa awak patut menulis buku teks sejarah la..ayat yang tak skima sangat dan sedap dibaca..best!..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas pujian awak, walaupun saya rasa semakin saya tulis BM saya macam semakin teruk...hehehe...

    Mana boleh saya pergi menulis buku teks sejarah, buku teks mesti mahu serius2, semua pelajar pun rasa serius2....ini lah sistem pendidikan kita, semua orang mesti serius2

    ReplyDelete
  5. zeus

    无可否认,只有做坏事才突显他的“天才”。
    但若是我,宁愿不当天才也罢。因为天理还是存在的。

    Buku teks ditulis dengan serius, pelajar pun serius waktu kelas (tidurlah itu). Mestilah sedap dibaca, barulah boleh masuk otak (sebab tidak mengantuk dibaca).

    ReplyDelete
  6. 不好意思,先说对不起
    但得罪也的说,天才很大程度上是天生的,不是你我说要当就当,或宁愿不当的。
    天理很大可能是(统治阶级?)拿出来骗人的东西(这个我以后打算写一篇关于天理、报应的post),我可以举出很多丧尽天良的杀人犯都可以安度晚年的例子...

    Saya dulu baca sejarah masa insomnia hahaha...

    ReplyDelete
  7. 是的。但若是天生是天才,宁可埋没这天才也别做坏事。
    天理,还是宁可信其有。
    对,他们可安享晚年,但只在少数(我说的)
    就说他好了,最后怎样?

    ReplyDelete
  8. 天才很常是制度的破坏者(不管他们是否有意还是无意)...就好象电脑网络,大家都安心使用。但如果出了个天才(黑客),他。她的出现可以超越制度的极限,不管他做什么(做一些其他人做不了的事),他的行为都在破坏着这个网络安全系统已拟定好的制度。而且当你有着一般人没有的能力(或权力)时,难免不会为了一逞私欲而干坏事...

    ReplyDelete
  9. 老卡最后死了,有人说这是天理...
    1.我觉得如果有天理,为什么他能上位?而不是在早早就挂掉了?
    2.而且他的死是北约他们联合攻击打死的
    -(a)如果北约集团为了正义而推翻他,那么所谓的天理就掌握在人手中,并非是“冥冥注定”的
    -(b)如果北约是为了石油或其他的资源推翻他,那么这是以一个没天理去推翻另外一个没天理的政权,这是什么“天理”?

    好吧,不管怎样,卡扎菲死了就死天理。那那些之前被卡扎菲害死的千千万万利比亚人民呢?他们做了什么坏事?需要以牺牲自己的生命来形成卡扎菲的无理,然后再让卡扎菲死掉来告诉世人,“看,卡扎菲死了,这个世界有天理”卡扎菲经营的不好,如果他学一学朝鲜的金正日,发展核武,的空闹一下,加强与阿拉伯恐怖分子的关系,在有核武+恐怖分子的支持下,西方力量或多或少都会投鼠忌器,不大敢动他,那天就可以安享晚年了。

    ReplyDelete