Friday, November 11, 2011

i-Phone PR

Ramai orang suka menggunakan dua biji epal yang rosak dalam menggambarkan situasi BN dan PR dalam politik Malaysia. Namun dalam epal yang banyak, terdapat juga epal yang baik , contohnya i-phone keluaran Apple yang berjaya menawan hati seluruh pengguna smart phone di dunia ini. Saya masih ingat sebelum i-phone dikeluarkan, semua telefon bimbit dalam pasaran dunia bersaing mengeluarkan phone yang mampu memberi pixel bergambar yang lebih tinggi berbanding dengan pesaing mereka. Namun , i-phone keluaran Apple tidak mengikut rentak promosi syarikat telefon bimbit lain yang mementingkan ketinggian pixel tetapi tetap dengan pendirian sendiri dengan menghasilkan phone yang senang dipakai oleh semua orang. Sejak sahaja i-phone dikeluarkan, cirri-cirinya yang menarik telah menakluki semua pasaran telefon bimbit di dunia ini, malah Apple juga Berjaya mempengaruhi semua syarikat smart phone di dunia ini menitikberatkan kesenangan pengguna dalam produk mereka. Zaman dahulu yang bersaing meningkatkan pixel bergambar dalam phone telah berlalu…

Di Malaysia, PR yang ingin mengambil alih pucuk pimpinan negara daripada BN seharusnya mampu ‘mengeluarkan ’ suatu ideologi politik yang benar-benar berbeza daripada BN. Contohnya dalam BN, UMNO akan berkata mereka akan ‘berjuang demi orang Melayu’, MCA berkata ‘berjuang untuk orang Cina’ dan MIC akan ‘berjuang untuk orang India’. Dalam konteks ini, PR tidak seharusnya ‘bersaing meningkatkan pixel bergambar’ dengan BN dengan mengatakan ‘kami berjuang LEBIH demi orang Melayu’ atau ‘kami berjuang LEBIH demi orang Cina’ mahupun ‘kami berjuang LEBIH demi orang India’. Scenario ini tidak ada bezanya dengan strategi syarikat- syarikat telefon bimbit yang masing-maisng bersaing meningkatkan pixel phone mereka daripada pesaing mereka. 

Selain itu, PR bukan lawan BN kalau nak bermain dengan isu perkauman. Dalam memainkan isu perkauman, BN mempunyai jentera kerajaan yang besar, ‘pengalaman’ yang sejak lama dan juga sokongan akar umbi yang banyak. Ketiga-tiga kelebihan ini tidak mampu disaing oleh PR. Kalau, PR mengikut rentak BN dalam strategi memancing undi rakyat iaitu memainkan isu perkauman, yang kalah semestinya PR. Maka, menyedari kelemahan diri dalam memainkan isu perkauman (yang sememangnya telah ketinggalan zaman), PR sepatutnya mengeluarkan hujah seperti ‘PR tidak akan berjuang pun demi mana-mana kaum, sebab kami ini sekeluarga, buat apa berjuang demi orang sendiri? kalau suka sangat ‘berjuang’ pun, PR akan menyatukan Malaysia dan bersaing dengan dunia luar’. Hujah seperti ini bukan sahaja mampu memperlihatkan perbezaan yang ketara dalam ideologi politik di antara PR dan BN, malah juga mampu mengelak segala serangan perkauman yang dilontarkan oleh BN.


Baru-baru ini, PR mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan cuba meringkaskan bilangan kakitangan awam Malaysia yang sememangnya banyak kalau mereka berjaya menbentuk kerajaan Malaysia. Dasar ini memang merupakan langkah yang betul dalam menyelesaikan masalah kewangan Malaysia yang banyak berhutang, namun isu ini telah berjaya diputar-belitkan oleh akhbar Utusan Malaysia sehingga menjadi satu isu ‘DAP anti Melayu’. Apa yang dilakukan oleh Utusan tidak menghairankan saya, tetapi yang buat saya kecewa ialah reaksi PR dalam isu ini. PR menjawab isu ini dengan mengatakan mereka akan ‘melindungi hak kakitangan awam’ seperti yang tekmaktub dalam perlembagaan Malaysia setelah isu ini diputar belitkan oleh Utusan. Bukankah hujah PR ini memberi message kepada para K.A. bahawa PR ini memang ‘Anti Melayu’ seperti yang ‘digambarkan’ oleh Utusan?

Memang tidak dapat dinafikan salah satu kelemahan sistem demokrasi ialah semua dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan terpaksa mengambil pertimbangan terhadap undian yang bakal perolehi setelah dasar tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini dapat dilihat dalam reaksi PR yang terpaksa ‘mengalah’ demi undian kakitangan awam. Namun satu persoalan ingin saya kemukakan ialah, kalau PR cuba meraih undian daripada K.A. dengan mengatakan mereka akan ‘melindungi hak K.A. seperti yang tekmaktub dalam perlembagaan Malaysia’, tetapi apa yang buat PR yakin bahawa mereka akan dapat sokongan daripada para kakitangan awam? Mengapa K.A. akan menyokong PR tetapi tidak kepada BN yang selama ini memang pun ‘menjaga kepentingan ’ mereka? Dalam isu yang mengurangkan bilangan K.A.ini, PR seharusnya menjelaskan kepada para K.A. tujuan sebenar mereka nak mengurangkan bilangan K.A., member penjelasan yang terapi bagaimana mereka nak menjaga kepentingan kakitangan awam yang telah diperhentikan, dan menjelaskan strategi PR yang cuba menyelamatkan kewangan Malaysia dengan pemotongan belanjawan dalam K.A. yang paling minimum …
PR tidak sepatutnya mengikut rentak BN yang ‘berjuang demi ini’, ‘menjaga kepentingan itu’ dalam meraih sokongan rakyat, kalau PR juga cuba mendapat sokongan rakyat dengan ‘berjuang’ atau ‘menjaga kepentingan’ ini dan itu, mereka sebenarnya sedang ‘bersaing meningkatkan pixel bergambar’ bersama BN. Jikalau keadaan ini berterusan, negara kita tetap akan menjadi bankrap tidak kira siapa yang memegang pucuk pimpinan negara.
Saya berharap PR mampu mengeluarkan ‘ideologi politik i-phone ’ yang berbeza dari segi KUALITI daripada ‘ideologi politik phone BN’ ,tetapi bukan hanya meningkatkan KUANTITI idea dalam mentadbir negara .

Artikel yang berkaitan: Masalah 'Raksasa' di Malaysia



2 comments :

  1. at least..PR adalah harapan yang baru buat rakyat malaysia untuk generasi kita..buat masa sekarang..
    PR adalah pembangkang..mahu x mahu.. PR terpaksa ikut angin BN juga..
    pendapat saya..PR adalah Iphone..bukan BN..sebab..PR lagi berkualiti dr BN...:D

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut style BN sahaja, adakah bermaksud PR juga perlu menyara banyak K.A. walaupun negara kita x perlu? atau terus membagi AP kereta kepada kroni? atau terus dgn projek Mega yg x ada faedah kpd negara?kalau apa yang PR buat pun sama dgn BN, bezanya hanya dari segi KUANTITI (di mana hanya tinggikan pixel bergambar sahaja), jadi makna untuk sokong PR dah x ada...

    ReplyDelete