Wednesday, March 6, 2013

Sedikit Pandangan Terhadap Isu Pencerobohan Militant Sulu


                                                                  
          Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya terhadap isu pencerobohan Militant Sulu yang hampir telah berlanjutan selama satu bulan ini.

          Para Militant ini mula-mula mendarat di Lahad Datu, di mana tempat itu merupakan kampung halaman saya di Sabah. Namun pada lebih kurang 4 bulan yang lalu, saya telah meninggalkan Sabah dan datang bekerja di Kuala Lumpur. Maka ketika insident ini berlaku, hanya ibu dan ayah saya sahaja yang berada di rumah. Ketika  berita pencerobohan ini mula dilaporkan, saya masih beranggap ini merupakan sekali “lagi” tuntutan daripada para separatism Sulu yang ingin “mengambil balik” negeri Sabah.


          Hal ini demikian kerana insident seperti ini sering berlaku di Sabah. Setiap kali sahaja ada “Sultan Sulu” yang baru “naik takhta”, kenyataan “mengambil balik negeri Sabah” akan dilaungkan. Malah sebelum ini pernah juga berlaku kes pembakaran bendera Sabah dan Malaysia oleh pengikut-pengikut separatism di Lahad Datu, sebagai protes mereka terhadap kerajaan negeri Sabah dan Malaysia. Walaubagaimanapun, kerajaan telah mengendali kes ini dengan “low tone”, menjadikan ia seolah-olah satu isu kes vandalism sahaja. Apabila  kali ini berlaku lagi pencerobohan militant Sulu, mungkin disebabkan pengalaman sebelum ini membuat kerajaan salah mentaksir tahap keseriusan insident ini. Kerajaan melihat isu ini sebagai masalah kententeraman awam tetapi bukannya isu keselamatan negara dan diplomasi, menjadikan isu ini menjadi lebih serius daripada yang disangkakan.

          Saya kurang setuju dengan dasar awal kerajaan yang mengambil pendekatan cara aman dan berbincang dalam menangani isu ini. Saya juga seperti kebanyakkan orang di Malaysia, tidak suka berlaku peperangan dan pertumpahan darah, saya menghormat segala nyawa dan kehidupan di planet ini dan cintakan keamanan. Namun saya tetap berkeras kita harus mengambil tindakkan yang sangat tegas dan kuat dalam isu yang berkaitan dengan kedaulatan negara. Tiada apa-apa yang perlu dibincang. Tak payah.

          Para militant yang membawa senjata berat mencerobohi kawasan Malaysia (telah melanggar undang-undang Malaysia di mana melarang rakyat mempunyai senjata api), dan secara terang-menerang penceroboh ini cakap nak mengambil balik tanah Malaysia (ini sudah boleh dikategorikan sebagai mereka telah mengumum nak melancarkan peperangan dengan Malaysia) , dan juga berkata mereka tidak akan meninggalkan Malaysia walau apa keadaan pun. Jadi dalam situasi macam ini, apa yang kita perlu bincang lagi? Bincang apa? Bincang dengan mereka adakah boleh minta tanah yang kurang sikit kah?


          Ada juga pendapat yang daripada rakyat yang melahirkan kebimbangan kalau kita terus sahaja serang ke atas militant ini tanpa perbincangan, adakah ia merupakan “Massacre”? Adalakah kerajaan Malaysia akan dikritik sebagai negeri yang tidak menghormat nyawa dan hak asasi manusia? Saya kurang setuju dengan kenyataan ini.Hal ini demikian kerana pihak yang datang menyerang ini bukan rakyat jelata yang biasa, tetapi mereka tentera pencerobohan yang membawa senjata berat. Mereka ini bukan rakyat pelarian dari negara lain yang inginmencari perlindungan di Malaysia, tetapi mereka ini askar professional yang datang menceroboh dan menakluki! Ini sudah kes peperangan, saya tak faham kenapa masih ada orang cakap pasal hak asasi terhadap penceroboh yang bahaya ini?

          Kita tahu biarpun kapal terbang biasa kalau termasuk kawasan udara negara lain tanpa pemberitahuan yang awal, kapal terbang yang biasa juga akan ditembak kerana ia merupakan pencerobohan kawasan udara. Apatah lagi kes macam ini?! Saya rasa  salah satu faktor utama rakyat kita berpendapat kita harus menjaga “hak asasi ” militant Sulu ini, mungkin dipengaruhi oleh pihak media utama kita yang cuba mengurangkan tahap keseriusan kes ini, daripada keselamatan negara ke kes penculikkan lanun sahaja.
          Cakap pasal media, buat saya rasa sungguh dukacita. Pihak kerajaan dan polis menyeru para rakyat agar jangan panik dan buat spekulasi sendiri terhadap insident ini, dan sabar menunggu laporan rasmi daripada pihak kerajaan. Tapi keadaan yang sebenarnya berlaku ialah kerajaan cuba menapis sebanyak berita yang keluar yang boleh. Apa yang kita boleh lihat dalam akhbar dan televisyen hanya ialah kata-kata yang tidak berguna sepert “keadaan masih terkawal”. Kata-kata ini tidak mampu menenangkan hati para rakyat yang hidup dalam ketakutan setiap hari. Ketika insident ini baru sahaja berlaku, berita di tv langsung tidak melaporkan kes ini. Ibu-bapa saya yang hidup dalam keadaan banyak desas desus minta saya melayari internet dan cuba “mendapat apa-apa maklumat” di sana, agar dapat menenangkan hati mereka yang dalam keadaan bimbang.

          Apabila para militant ini mula-mula menyerang anggota polis kita pada Jumaat yang lalu, media yang pertama melaporkan berita ini ialah media luar negara. Biarpun media tempatan  yang melaporkan kes ini selepas itu, mereka pun mengambil sahaja berita daripada media luar negara. Di sini adakah kalian semua mampu lihat masalahnya ? Peristiwa yang berlaku di negara saya sendiri, tetapi  saya terpaksa melayari laman media luar negara , demi mendapat tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku kepada tanah air saya!! Apa media ini?! Apa yang telah berlaku kepada negara ini sehingga rakyatnya tidak mahu percaya kepadanya? Apa yang telah berlaku kepada kredibiliti kerajaan dan media negara kita, sehingga rakyat kita tidak mahu menjadikan ia sebagai sumber maklumat utama, walaupun pasal peristiwa yang berlaku dalam negara? Kerajaan yang selama ini memandai-mandai mengawal segala media arus utama, menjadi rakyat hilang keyakinan terhadap kewibawaan media, dan akhirnya menjadi media kita tidak mampu melaksanakan kewajipan mereka dalam memberi keyakinan kepada rakyat ketika negara dalam keadaan kritikal.

          Teori peperangan ada pepatah yang berbunyi “Kalau pasukan kita tidak lemah, nescaya tiada musuh yang kuat dalam dunia ini”. Namun para pemimpin kita yang kurang keupayaan dalam menangani masalah , membuat rakyat hidup dalam keadaan keliru dan takut walaupun kita hanya berhadapan dengan beratusan musuh sahaja. Saya berasa sangat ragu-ragu terhadap kemampuan para pemimpin negara kita, adakah mereka betul-betul mampu mentadbir negara ini dengan baik? Lebih-lebih dalam keadaan yang kritkal?

          Para peminpin yang kurang tegas dalam membuat keputusan terhadap militant Sulu, menyebabkan kita terpaksa menangguh kerugian secara fizikal dan mental yang sebenarnya dapat dielakkan. (Yang hairanya kalau pemimpin kita berhadapan dengan rakyat Malaysia sendiri yang menyeru sistem pilihan raya yang lebih bersih dan adil, mereka mampu membuat keputusan dengan tegas dan lawan rakyat dengan sekeras-kerasnya. Pemimpin yang sebelum ini yang cakap “Apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahan!” itu, apabila dicabar oleh musuh luar negara, tiba-tiba menjadi sangat nice)

          Cakap pasak PM kita yang disayangi, beliau hanya mengeluarkan kenyataan setelah berlaku kematian di atas anggota polis. Media menggunakan tajuk “PM Memecahkan Kesenyapan” Najib breaks silenceApabila saya baca tajuk ini, saya terkejut seketika. Apa? Ini kali pertama pemimpin tertinggi Malaysia bersuara setelah kes ini lama berlanjutan?! Apa yang dia buat selama ini? Negara yang awak pimpin dicerobohi, sebagai pemimpin yang tertinggi dalam kerajaan, awak berdiam selama ini? Apa peminpin ini hanya berdiam ketika negara pimpinannya diceroboh? Bukankah pemimpin seharusnya melahirkan pendiriannya se-awal yang boleh (tidak kisah nak berdamai atau berperang) ketika krisis berlaku, agar semua orang tahu pendirian Malaysia? Sudahlah tidak bersuara, apa yang lebih mengecewakan ialah beliau terus menuduh kes pencerobohan ini ialah konspirasi parti pembangkang pada kali pertama bersuara. What the…

          Walaupun krisis kali ini hampir selesai, namun kita juga tidak boleh mengabaikan punca berlakunya kes ini. Contohnya keadaan negeri Sabah yang menghadapi banyak kemasukkan penduduk asing, yang bilangannya telah hampir melebihi jumlah penduduk tempatan, projek IC dan sebagainya.  Saya harap kes kali ini mampu membangunkan rakyat agar lebih prihatin terhadap isu politik setempat. Jangan kita sesekali berkata politik itu kotor dan tidak mahu menyentuhnya. Cuba kita bayangkan , kalau 10 atau 20 tahun yang lalu, kita cuba mengambil berat terhadap isu politik setempat, dan mendapati ada pertumbuhan bilangan penduduk yang tidak normal dalam negeri ini. Lepas itu kita semua rakyat bersatu dan memberi tekanan kepada kerajaan agar mengawal kemasukkan penduduk asing ke dalam Sabah, kita menekan kerajaan agar menguatkan lagi pertahanan kita di kawasan sempadan , kita cuba memgambil berat segala kelemahan yang ada pada negara ini dan cuba menggesa kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan menyelesaikannya. Kalau kita bangun dari dulu lagi, adakah awak rasa insident yang tidak gembira ini masih akan berlaku pada hari ini?

          Saya benar-benar berharap insident ini mampu selesai dengan sempurna dalam masa yang akan datang. Kerajaan harus memberi penjelasan kepada rakyat terhadap hubungan negara kita dengan “kerajaan Sulu” itu, jangan biar  pertelingkahan ini berlaku lagi. Marilah kita semua betul-betul mengambil berat terhadap “politik yang kotor” ini, agar negara kita boleh bebas daripada semua masalah. Jangan kau larikan diri daripada politik yang “kotor” ini, sebab politik ini macam “hantu”, biarpun awak tidak kacau dia, dia juga akan datang kacau kau juga pada satu hari nanti. Maka saya berharap semua rakyat mampu lebih mengambil berat terhadap apa yang berlaku kepada negara kita hari ini, semakin banyak rakyat yang mengambil berat, saya rasa semakin baik dan majulah negara ini mampu berkembang.
         
          

No comments :

Post a Comment