Tuesday, July 10, 2012

Debat “Perdana” LGE VS CSL 2.0

Pada hari Ahad yang lalu, saya telah menyaksikan Debat “Perdana” antara Lim Guan Eng (LGE) dan Datuk Seri Chua Soi Lek (DS CSL). Dalam perdebatan tersebut,terdapat beberapa hujah yang dikeluarkan oleh President MCA, DS CSL yang ingin saya kupaskan. 
1. DS CSL mengungkitkan kisah ‘perjuangan’ MCA dalam era pre kemerdekaan Malaysia demi orang Cina, sebagai tanda MCA masih relevant kepada masyarakat Cina Malaysia.
 Terdapat satu pepatah yang berbunyi “Tempoh Berkempen mengundi bermula pada hari pertama calon itu dipilih ”. Para ahli politik sepatutnya berkempen memancing undi pada hari selepas dia dipilih, bukan sebelum dipilih. Keadaan yang sama berlaku kepada segala ‘jasa dan perjuangan’ yang telah disumbangkan olehnya kepada masyarakat, semua ‘jasa’ itu sebenarnya merupakan janji-janji yang telah ditaburkan olehnya kepada para pengundi SEBELUM dia dipilih. Maka kalau seorang ahli politik ingin meraihkan lagi sokongan daripada para pengundi, beliau perlu mengeluarkan idea/ cadangan yang baru demi menarik perhatian para rakyat. Tajuk kepada perbahasan kali ini ialah “DAP dan MCA, dasar pihak siapakah yang mampu memberi manfaat yang paling banyak kepada negara?”. Memandangkan tajuk hari ini ialah bincang pasal DASAR, maka ia merupakan sesuatu yang akan dilaksanakan pada masa hadapan. Oleh itu, adalah tidak wajar DS CSL mengungkitkan lagi kisah ‘jasa dan perjuangan’ MCA pada masa lampau (itupun kalau betul-betul ada).


Bekas Perdana Menteri British , Winston Churchill pernah membawa negara England memenangi peperangan Perang Dunia kedua. Namum parti beliau kalah kepada Parti Buruh dalam pilihanraya British sejurus WW2 tamat. Mengapakah Parti daripada Winston Churchill yang begitu berjasa kepada rakyat British ditolak oleh penduduk British? Hal ini demikian kerana dasar masa depan. Pada masa itu, negara England yang baru sahaja menang dalam WW2, memerlukan sebuah parti yang mampu membawa negara tersebut keluar daripada kemelut ekonomi, dan Parti Buruh mempunyai dasar dan cadangan yang baik. Maka Parti Buruh dipilih oleh rakyat British. Namun demikian, Winston Churchill tetap dipilih sebagai ‘Greatest Briton’ pada tahun 2002 oleh rakyat British. Ini menunjukkan bahawa jasa sebuah parti/seorang tokoh akan sentiasa dikenang, tapi ia berlainan dengan pertimbangan para pemilih dalam memilih pemimpin negara. Jika parti MCA ingin memperolehi undian saya pada masa hadapan, boleh memang boleh, tapi sila tunjukkan dasar anda kepada saya.

2. Dasar ‘seimbang’ BN 
 Apabila DS CSL ditanya soalan bahawa terdapat banyak pengundi Cina kawasan Bandar rasa tidak puas hati terhadap BN/MCA, beliau menjawab bahawa BN memeluk dasar ‘keseimbangan antara kaum’. Maksudnya ialah, kerajaan terpaksa mengimbangkan permintaan semua kaum , hal ini demikian orang Melayu, Cina dan India masing-masing mempunyai permintaan tersendiri, maka kerajaan terpaksa bersikap ‘seimbang’, dan tidak mungkin kerajaan dapat memuaskan hati semua orang. Selain itu, DS CSL juga mengeluarkan kenyataan bahawa purata pendapatan keluarga kaum Cina adalah paling tinggi dalam semua kaum, maka ini menunjukkan dasar ‘seimbang’ BN sebenarnya membawa manfaat kepada kaum Cina. 
 Di sini saya tidak tahu apa yang mereka perlu seimbangkan. Adakah permintaan daripada kaum yang berbeza adalah bertentangan bersama satu sama lain. Adakah kita perlu mengubah minda kita bahawa “kalau Cina dapat banyak sikit, kaum lain terpaksa [berkorban] dengan dapat lebih sedikit”? Apatah permintaan rakyat yang berlainan kaum di Malaysia merupakan sesuatu yang zero-sum? Para pengundi yang berada di kawasan Bandar berasa tidak puas hati kepada kerajaan, mungkin kerana keadaan perkhidmatan kenderaan awam yang tidak baik, ataupun kerana ekonomi negara malap, ataupun keadaan keselamatan awam yang teruk, ataupun mobility social yang rendah ataupun gaji yang rendah dan semakin hilang akibat inflasi yang tinggi dan sebagainya. Masalah ini kalau kerajaan nak selesaikan, selesai sajalah, apa yang perlu ‘diseimbangkan’? Takkan kerajaan menaik-tarafkan keadaan perkhidmatan kenderaan awam Malaysia akan menyakitkan hati kaum Melayu? Takkan kerajaan mengawal inflasi akan menyakitkan hati kaum Cina? Takkan kerajaan membasmi kes jenayah akan menyakitkan hati orang Kaum India? = = 
Selain itu, DS CSL yang cuba mengatakan bahawa purata pendapatan keluarga Orang Cina adalah paling ‘tinggi’ di Malaysia, menunjukkan kehidupan kaum Cina masih dikira OK di Malaysia adalah sesuatu yang kurang bernas. Kita ambil satu contoh, katakan kita ada 100 buah keluarga. Dalam 100 buah keluarga ini, 99 buah keluarga yang pendapatan mereka ialah RM1500, dan satu daripada 100 buah keluarga ini, mereka kaya dan pendapatan mereka ialah RM1 juta. Kalau semua dicampur, maka akan mendapat statistik(1,500x99+1,000,000)/100=RM11,485. Ini akan mendapat angka di mana ‘purata pendapatan keluarga Cina’ ialah RM 10 000, dan angka ‘purata’ ini lebih tinggi 7-8 kali ganda daripada angka (RM1 500) yang sebenar. Maka ini bermaksud 99% pendapatan keluarga kelihatan tinggi tetapi sebenarnya tidak. Saya rasa, sudah sampai masanya kerajaan mengunakan cara alternatif yang lebih flexible dalam mengukur kekayaan rakyat Malaysia. 
3. NEP dan orang asli 
 DS CSL cuba mempertahankan kewajaran NEP kekal diwujudkan dengan mengatakan bahawa orang asli dalam pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mampu bersaing dengan orang Bandar di Klang ,kalau NEP dimansuhkan, contohnya. Di samping itu, DS CSL juga menyentuh NEP yang berjaya ‘membasmi kemiskinan ’ di Malaysia, menunjukkan dasar ini membawa manfaat kepada semua kaum di Malaysia. Hehehehe….kalau DS CSL merasa NEP itu betul-betul hebat dan bagus dalam membasmi kemiskinan, kenapa masih wujud begitu banyak lagi ‘orang asli yang kurang daya saing’? Ok, biarpun nak meningkatkan daya saing orang asli, apa kaitannya dengan mengekalkan NEP? Kita sedia maklum bahawa NEP melahirkan banyak kroni , rent-seeking, monopoli, trender projek yang tidak dibid secara terbuka, lessen AP dan banyak lagi…Adakah DS CSL boleh bagi tahu saya apa kaitannya semua kroni, AP,rental seeking ini dengan “meningkatkan daya saing orang asli di kawasan pedalaman”?
Selain itu, hujah yang mengatakan bahawa NEP berjaya ‘membasmi’ kemiskinan di Malaysia merupakan antara pembohongan yang paling besar di Malaysia. Mengikut Garis Panduan Kemiskinan yang dikeluarkan oleh kerajaan, definisi terhadap ‘Miskin’ mengikut pendapatan sekeluarga adalah berubah mengikut kawasan. Sila lihat gambar di bawah:
Tambahan lagi, statistik juga menunjukkan bahawa purata bilangan ahli keluarga di Malaysia ialah 4 orang. Mengikut gambar di atas, jikalau pendapatan anda ialah RM 961, maka tahniah diucapkan , kerana saudara tidak lagi merupkan orang ‘miskin’. Lepas itu, pandai-pandailah merancangmacam mana nak menyara keluarga yang 4 orang dengan pendapatan RM 961. Jangan kita lupa bahawa bantuan kerajaan 1Malaysia yang bernilai RM 500 sebelum ini, adakah anda masih ingat syarat keluarga yang layak? Syaratnya ialah pendapatan keluarga yang kurang daripada RM3 000 layak menerima ‘bantuan’ daripada kerajaan, dan jumlah keluarga yang berpendapatan RM 3000 ke bawah ialah 60% daripada keseluruhan. Sekarang awak nampak? Biarpun keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 3 000 masih dianggap sebagai golongan yang perlu diberi ‘bantuan’, jadi macam mana awak nak menyakinkan saya bahawa keluarga yang mempunyai pendapatan RM961 boleh dikategorikan sebagai golongan ‘tidak misikin’? (sila bagitahu saya kalau statistik atau angka saya silap)
4. Tadika
DS CSL juga mencabar LGE dan Parti DAP yang dipimpinnya cuba mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah tadika di Pulau Pinang sebagai tanda keikhlasan PR/DAP dalam pendidikan Malaysia. Kenapa sampai hari ini MCA dan BN masih tidak memahami keadaan? Satu ialah parti pemerintah dan satu lagi ialah parti bukan pemerintah. Parti yang memerintah memegang segala sumber negara, memegang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia, pergi mencabar parti pembangkang bina sekolah dan tadika? Siapa yang jadi kerajaan sekarang? Siapa yang berkuasa mengawal segala pusat pendidikan di Malaysia sekarang? BN kah atau PR? Memandangkan DS CSL telah mengeluarkan cabaran ini, apakah DS CSL membesarkan lagi cabaran beliau kepada PR agar mereka mampu mewujudkan tentera, polis atau stesen angkasa lepas sendiri? Kan lagi best macam tu?! = = 
5. Rampasan Kuasa
Dalam pergulungan perbahasan tersebut, DS CSL mengejek PR merupakan suatu badan yang tahu ‘rampasan kuasa’ sahaja. Helo, orang PR itu parti politik , mestilah tujuan utama parti politik diwujudkan ialah memenangi kuasa dalam pilihan raya agar mampu memegang pucuk pimpinan negara, iaitu kuasa politik tersebar dalam sesebuah negara. PR yang sebagai badan politik mestiah akan memburu kuasa daripada pergi buat kerja lain. Selain itu, perkataan ‘rampasan kuasa’ yang digunakan oleh DS CSL juga menunjukkan beliau masih berfikiran pada zaman feudal. Rampas? Perkataan begini hanya akan wujud pada zaman raja-raja dulu, di mana negara itu memang milik raja, dan kuasa itu sentiasa milik raja tersebut. Sesiapa yang cuba mengambil kuasa raja boleh dikira sebagai rampas kuasa. Tapi, sekarang ini negara kita demokrasi, mahupun BN atau PR pun masing-masing merupakan badan yang mentadbir negara dengan SEMENTARA. Dan kuasa mereka diamanahkan oleh rakyat, bukan dimiliki secara turun-menurun. Rakyat yang menentukan negara ini ditabdir oleh siapa, dan tiada ‘rampasan’ kuasa yang berlaku. Beliau rasa slogan Ubah PR ialah ‘rampas’ kuasa negara, jangan-jangan mereka BN ini anggap mereka ini raja di Malaysia dan negara ini milik mereka?
Artikel yang berkaitan: Perkauman, persoalan yang palsu?

4 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. wtf, CD said we cant compete with ppl from Klang?

    ReplyDelete
  4. 鄭全傑:
    ???

    Anonymous:
    //wtf, CD said we cant compete with ppl from Klang?//

    what he said is the orang asli from pedalaman...

    ReplyDelete