Monday, November 26, 2012

Mencari Kembali Negara Kita


                Disebabkan hari semalam (25/11/2012, Ahad)  telah saya menghadiri kempen *“Perjalanan Anti Lynas”, maka nak berkongsi sedikit pengalaman kisah saya pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, post ini saya lebih tulis apa yang saya rasa dan fikir, bukan kepada pengalaman excited yang jerit slogan dan sebagainya. Yang itu, anda boleh lihat gambar di laman web berita atau laman web sosial yang lain.

                Sesi yang saya sertai ialah sesi petang, di mana geng saya berkumpul di stesen Monorail Titiwangsa, dan akan bergerak melalui Jalan Chow Kit dan akhirnya berkumpul di Dataran Merdeka. Lebih kurang pada pukul 2:30pm, kami bermula bergerak.

Tidak lama saya bermula berjalan dari stesen Monorail Titiwangsa menuju ke Jalan Chow Kit, saya ternampak seekor anjing, di belakang anjing tersebut terdapat bau pembakaran yang kurang menyenangkan, mengikut arah bau itu, saya terjumpa sebuah tokong yang kecil. Oleh kerana saya sangat berminat dengan tokong Cina, maka saya pun menuju ke tokong tersebut.  Ketika berada dalam tokong itu, saya bercadang nak bayar dan membeli colok demi melakukan sembayang, namun kawan saya menyuruh saya sembayang dengan tangan sahaja.

                Di dalam tokong tersebut, terdapat seekor anjing hitam, ia sambil mengerakkan ekornya dengan gembira (tanda menunjuk mesra) dan sambil menyalak saya dengan garang.Hmm!,  menyalak tak sama dengan buat, mesti anjing betina ini, haha. Lepas itu terjumpa dengan satu Pak Cik India di luar tokong, beliau dengan muka yang innocent tanya saya di mana lokasi kilang Lynas didirikian di Kuantan? = =





                Seterusnya kami tiba di Jalan Chow Kit, saya difahamkan sini merupakan “red-light district” yang terkenal di KL.  Harga barangan dan perkhidmatan di sini agak murah , namun disebabkan sekarang akhir bulan, saya kesempitan wang, maka tidak dapat berbelanja di sini. Sambung jalan, kami tiba di suatu tempat di mana kawan saya bagi tahu tempat ini lebih popular dikenali sebagai “Masjid India”. Tempat ini merupakan antara tempat kaum India berkumpul. Saya terjumpa sebuah panggung wayang yang kecil di sini, di mana hanya menayangkan filem Bollywood sahaja. Namun, persepsi saya bertukar ketika melihat poster filem Twilight juga tersusun di sana. Nampaknya, awek India juga suka pada puntianak juga. Selepas melalui “Masjid India” itu, akhirnya kami tiba di Dataran Merdeka juga.

                Secara terus tenang, saya sangat enjoy terhadap pejalanan ini. (saya anggap perjalanan itu lebih kepada on street shopping daripada demonstrasi menentang kilang Lynas) Disebabkan kanda kamu ni miskin, maka saya benci kepada orang kaya, maka saya juga benci terhadap konsep hiburan yang kuat belanja, seperti shopping di dalam bangunan yang canggih-canggih dan cantik-cantik. Saya lebih suka bershopping di kawasan-kawasan yang kelihatan tua ini, lebih murah dan lebih mesra. Keadaan petempatan yang usang lebih ada feeling of Malaysia, adakah ini barulah Malaysia yang sebenarnya? Jangan selalu diperbodohkan oleh penipu BN yang mengatakan negara kita mesti “membangun”, mesti membina bangunan yang bercakar langit, ini baru negara “maju”. Orang awam yang berlainan kaum sama-sama berdemo, kereta masing-masing membunyikan hon memberi semangat, orang awam yang berada di kedai berdiri keluar dan lihat , orang demo sibuk menjerit slogan, lelaki gatal seperti saya tidak ketinggalan mengintai gadis panas-panas dalam kumpulan berdemo dan sebagainya…ini lah baru budaya negara kita… 



                Apabila saya beada di Dataran Merdeka, hati saya berasa teruja sedikit. Hal ini dsebabkan saya telah lama melihat gambar Dataran Merdeka dalam TV, tapi hari ity merupakan kali pertama tengok dengan mata kasar saya dalam bentuk 3D, maka sangat excited. Ketika saya nampak bekas bangunan mahkamah tinggi itu, hati saya berasa sedikit sedih. Kerana saya rasa ia agak usang,  agak berbeza dengan gambar yang saya lihat dalam postcard, di mana dalam postcard ia masih cantik dan seksi. Saya merenung, di bawah pemerintahan bedebah BN ini, apalah dah jadi dengan negara kita?  Adakah negara ini dah menjadi cedera parah, tapi kita masih beranggap ia masih cantik macam dalam postcard?

                Tindakan pihak berkuasa yang “mengunci” Dataran Merdeka daripada dimasuki oleh para rakyat memang dalam dugaan saya, kerana ini dah berlaku semasa Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu. Namun saya masih berasa sangat marah apabila berada di live sana. WTF mereka tahu tak apa itu maksud Dataran Merdeka? Kita “bebas dan merdeka” daripada cengkaman kuku besi “penjajah”, bermaksud rakyat Malaysia menjadi tuan kepada mereka sendiri. Namun apa yang berlaku sekarang ialah rakyat yang kononnya telah “merdeka” dihalang memasukki padang yang sepatutnya milik kami? Adakah kita betul-betul sudah merdeka? Apakah yang sebenarnya negara kita sudah bertukar, setelah 55 tahun “bebas daripada tangan penjajah”? Negara ini telah bertukar kepada satu tempat yang kami tidak kenali, satu tempat di mana hak rakyat yang asasi pun memerlukan permit, perlu diluluskan!

                Saya tidak rasa demo hari ini mampu menginsafkan kerajaan kita  ni, dan saya rasa ‘benteng orang’ yang bakal dilancarkan oleh jawatankuasa anti Lynas merupakan cabaran yang sebenar bagi mereka.  Saya pun kurang yakin adakah perjuangan mereka mampu membawa apa-apa hasil. Namun saya berharap tindakan berani cucu cicit pendekar Dato Bahaman dan Mat Kilau ini mampu membawa kita semua rakyat Malaysia, mencari kembali muka sebenar negara kita, yang selama ini telah lama hilang.

* Pejalan kaki anti Lynas ini merupakan rombongan disertai 200 orang yang memulakan perjalanan pagi Selasa dari Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, sehingga ke Kuala Lumpur. Setelah mereka semalam dah berjaya sampai ke KL, ini bermaksud rombongan dari Kuantan ini telah menjejak sebanyak 300KM!!!. Untuk maklumat selanjutnya, silla search “Pejalan kaki anti Lynas Kuantan”


Versi dalam Bahasa Cina: 尋找我們的國家

No comments :

Post a Comment