Baru-baru
ini Negara Israel melancarkan lagi serangan ke atas kawasan Gaza. Secara terus
terang, saya hanya mampu mengetahui berita ini selepas melihat gambar-gambar yang
dikongsi oleh kawan-kawan saya di Facebook. Kisah perang di kawasan timur
tengah saya tidak tahu sangat, dan mungkin dalam masa yang
akan datang saya akan membuat lebih banyak kajian terhadap kisah mereka. Maka hari
ini saya cuba membincang isu ini dengan perspektif yang lain.
Biasanya
bila berbincang pasal konflik antara rakyat Palestine dan Negara Israel,
perkara yang pertama datang ke otak saya ialah "rakyat Palestine dizalimi,
dikejami dan sebagainya oleh rejim kerajaan Isreal yang teruk itu". Saya rasa
tidak dapat dinafikan atau perlu dibincang lagi bahawa sama ada Isreal itu
jahat atau tidak. Maka dalam post ini, saya nak cuba mengulas psykologi mereka
melakukan perkara yang begitu zalim ini. Seperti apa yang saya sebut pada permulaan
artikel ini, saya tidak tahu sangat pasal pergolakkan antara Israel dan rakyat
Palestine, maka saya tak tahu sangat apa tujuan muktamad mereka dalam konflik
ini. Setahu saya, setiap President US akan mengambil kesempatan berlakon di depan
dunia dengan mencadangkan ‘MIDDLE EAST: The Road Map to Peace’, tapi dalam ‘peta’
ini, apakah tujuan muktamad bagi semua negara di timur tengah? Adakah dalam peta
ini mencadangkan agar Negara Isreal hidup aman dengan orang Palestine yang
berada di sebelah nya? Adakah keadaan hidup aman antara satu sama
lain merupakan harapan kedua-dua pihak?
Kuasa
yang memerintah majoriti kawasan Gaza ialah kumpulan Hamas. Setahu saya, antara
satu tujuan perjuangan Hamas ialah menghapuskan dan membubarkan kewujudan Negara
Israel (obliteration of dissolution of Israel, sumber: Wikipedia) Maka dengan
ada jiran yang cuba menghapuskan dan membubarkan negara kamu, macam mana
mungkin kedua dua pihak ini mampu hidup secara aman damai? Mungkin ada pihak
yang mengatakan Negara Israel itu sebuah negara yang wujud secara haram, ia
tidak pun sepatutnya diwujud pun. Itu memang
tanah orang Palestine, orang Yahudi tolong berambus dari tanah tersebut. Di sini
saya tak rasa orang Yahudi akan berambus dari sana, dan secara teknikal,
Palestine tidak diiktiraf sebagai satu negara. Palestine hanya mampu menjadi
ahli pemerhati bukan Negara (non-member
States ) di PBB. (sumber: Wikipedia)
Walaupun
saya pun mengakui banyak konspirasi dan tipu helah daam proses pembentukkan negara
Israel dan masing-masing mendakwa mereka merupakan penduduk asli pada kawasan
tersebut. Tapi secara terus terang, walaupun macam mana kita membantah dan ‘menghalau’
orang Yahudi keluar dari timur tengah, tapi adakah awak rasa orang Israel mereka akan semua berhijrah dan keluar dari Negara itu? Adakah kita mampu menghalau semua
orang putih, hitam, Latin, Asian di US keluar dari benua utara America, dan
kembalikan tanah kepada orang Indiana di sana? Tidak kan? Jadi situasinya ialah maca ini: satu pihak
memang tidak mungkin akan meninggalkan tempat itu, dan pihak yang satu lagi
memang mahu pihak yang lain itu berampus dari sana, apa yang saya boleh ramalkan
hanya konflik yang semakin tegang dan akhirnya akan menjadi konflik di aspek
ketenteraan. Iaitu perang.
Mungkin
ada pihak yang rasa kurang senang dengan kenyataan bahawa pihak yang ‘jahat’
telah mengambil kesempatan, dan dengan alasan dia tak mahu ‘berambus’ , maka
pihak yang dibuli terpaksa terima fakta itu dan hendak belajar cuba hidup aman dengan
mereka. Ya, saya pun tak suka keadaan ini. Tapi hakikat dunia ini memang macam
ni. Berdasarkan pengalaman saya membaca kisah percaturan politik dunia selama
ini, dunia ini memang tiada keadilan, keadilan hanya wujud pada mereka yang
kuat. Siapa kuat, siapa yang ada senjata yang paling canggih , dia lah hakim
dan penentuan keadilan di dunia ini. Terukkan? Ya, sangat teruk.
Ada
pihak yang mengecam bahawa tindakkan Israel kali ini sangat kejam, kerana pihak
Hamas ‘hanya’ melancarkan satu peluru missile ke Israel, tapi mereka membalas
bertubi-tubi serangan ke atas kawasan Gaza. Adakah ini adil? Tidak, langsung
tidak. Tapi adakah Israel akan membuat pengiraan yang tepat dengan Hamas,
dan mengatakan:
“ok, awak mencederakan saya dua
orang, maka saya akan balas awak juga dua orang”?
Tidak, mereka akan balas dengan
tindakan ketenteraan yang lebih keras, lebih kuat dan lebih kejam. Mungkin bagi penduduk satu dunia , tindakan ini sangat kejam. Tapi kerajaan Israel tidak perlu bertanggungjawab
kepada penduduk sedunia, mereka hanya perlu memenuhi permintaan rakyat negara mereka sahaja.
Dan satu lagi, kalau negara Israel diserang oleh tentera Hamas dan mereka tidak
lawan balik (biarpun hanya satu peluru missile sahaja), maka kerajaan mereka
akan dianggap lemah oleh rakyat mereka dan rakyat mereka akan memilih pemimpin yang lebih kejam dan
keras dalam memimpin negara mereka. Kalau keadaan ini berlaku, akhirnya Israel akan melancarkan serangan tentera besar-besaran ke atas Gaza juga, mungkin lebih ganas. Maka ada pihak analisis yang berkata,
bahawa serangan keras ke atas Gaza kali ini ialah tindakan perdana menteri
Israel yang cuba memancing undi rakyatnya dalam pilihan raya yang akan datang pada
awal tahun depan.
Ataupun
kita cuba bayangkan kita hidup di sebuah negara, di mana jiran negara kita
sentiasa cuba memusnahkan kita dan mendakwa bahawa bekas pemimpin negara kita
merampas tanah air mereka. Adakah kita akan berharap pemimpin negara kita agar
berambus dari tanah air kita, dan tidak melawan balik walaupun diserang oleh
jiran kita ? saya rasa tidak logik kalau kita berfikir macam ni.
Mungkin
setelah anda membaca post ini sampai sini, anda berasa saya ni macam ‘menyokong’
dasar Israel ini. Tidak, pendapat saya kecil sahaja, saya tidak berharap dunia
ini wujud peperangan , tidak kisah di mana-mana atau antara siapa-siapa pun
dalam dunia ini. Maka saya pun berharap orang di timur tengah sana dapat hidup
dengan aman dan damai. Tapi apa yang kita tahu orang Yahudi memang tidak akan
meninggalkan kawasan Israel, dan saya tak kisah negara mereka ini negara haramkah
atau negara tipu kah, mereka sah tidak akan meninggalkan tempat itu. Kalau perjuangan
Hamas masih nak “memadamkan Negara Israel dari peta dunia”, dan seperti apa
yang kita tahu, orang Yahudi pun tidak akan berganjak pun dari tanah Israel, apa
yang kita boleh ramalkan , ialah peperangan. Dan apa yang menyedihkan, kalau
berlaku peperangan, negara Israel yang jauh lebih canggih kelengkapan
senjatanya, akan menjahamnam penduduk Palestine dengan kejam. Dan masa itu,
kita akan mempunyai lebih banyak gambar yang kejam untuk di-sharekan di FB.
Di
samping isu ini, apa yang menyedihkan saya sedikit ialah gambar kemusnahan Gaza
kali ini hanya dikongsi oleh kawan Melayu saya di FB, kawan Cina saya sangat
jarang berkongsi pasal isu ini. Masyarakat Cina sini lebih ambil berat terhadap
kisah di negara orang China seperti Hong Kong, China, dan Taiwan. Ini yang buat
saya merenung dalam, bahawa adakah masyarakat di Malaysia masih masing-masing
mengambil berat tentang isu yang lain?
Adakah Orang Cina hanya ambil berat pasal cerita di Hong Kong, China, dan Taiwan, manakala Orang Melayu hanya mengambil berat pasal cerita di dunia negara Islam? Dua pihak ini tidak pernah berkongsi pendapat. Walaupun kalau kita melihat secara terperinci, nilai teras yang masing-masing mengambil berat ialah sama, iaitu seperti nilai kemanusiaan, anti perang, kasih sayang dan saling memahami antara negara dan sebagainya. Agak sayang keadaan yang ‘berpolar’ ini berlaku di negara kita. Kan bagus kalau masing-masing boleh bertukar cerita dan pendapat? J
Adakah Orang Cina hanya ambil berat pasal cerita di Hong Kong, China, dan Taiwan, manakala Orang Melayu hanya mengambil berat pasal cerita di dunia negara Islam? Dua pihak ini tidak pernah berkongsi pendapat. Walaupun kalau kita melihat secara terperinci, nilai teras yang masing-masing mengambil berat ialah sama, iaitu seperti nilai kemanusiaan, anti perang, kasih sayang dan saling memahami antara negara dan sebagainya. Agak sayang keadaan yang ‘berpolar’ ini berlaku di negara kita. Kan bagus kalau masing-masing boleh bertukar cerita dan pendapat? J
No comments :
Post a Comment