Selama ini kita sering diberitahu
bahawa negara Malaysia berkembang maju di bawah pimpinan kerajaan BN. Rahsia
kejayaan BN dalam mentadbir negara ini adalah dengan menggunakan “Formula BN”,
di mana formula ini menitikberatkan perkongsian kuasa antara kaum yang berbeza
dalam Malaysia. Maka mahu atau tidak, hanya terdapat satu cara sahaja dalam
mengurus negara ini dengan baik, iaitu berdasarkan “Formula BN” yang
berlandaskan perkauman. Oleh itu,
Pakatan Rakyat yang bercita-cita mengambil pucuk pimpinan pentadbiran Malaysia daripada
kerajaan BN, didakwa juga merupakan suatu pertubuhan politik yang sebenarnya menciplak
idea “Formula BN”. Ini dapat kita lihat di mana PKR dan PAS bertanggungjawab
memancing undian daripada pengundi orang Melayu, DAP pula berfungsi sebagai
pengutip undian daripada orang Cina dan India.
Namun, adakah hakikat sebenarnya
begitu?
Walaupun kalau menilai Pakatan
Rakyat secara kasar, pertubuhan parti politik ini seolah-olah merupakan satu
lagi gabungan parti politik yang bersumberkan undian kaum. Namun, jika kita
mengupas sumber undian daripada gabungan parti ini dengan lebih terperinci, kita
mampu membuat satu rumusan yang berbeza terhadap model pergabungan di antara 3
parti politik ini.
DAP selama ini memang ‘terkenal’
dengan peranannya sebagai musuh ketat MCA, di mana parti tesebut telah banyak merampas
undian orang Cina daripada MCA. Akan
tetapi , daripada mengatakan bahawa orang Cina suka menyokong DAP, adalah lebih
tepat kalau kita mengatakan bahawa para pengundi kelas pertengahan di kawasan bandar
lebih cenderung untuk menyokong DAP. Ini kerana DAP lebih mengutamakan isu-isu
seperti anti rasuah, kewujudan keadilan dalam sistem negara, kecekapan dalam pembangunan
ekonomi dan kesaksamaan dalam pengagihan sumber kekayaan negara sebagai
manifesto parti tersebut. Golongan kelas
pertengahan di kawasan bandar (di mana majaroti terdiri daripada orang Cina)
yang mempunyai pendapatan perseorangan yang agak stabil, secara automatik akan
lebih mengambil berat terhadap sesetengah isu yang lebih makro terhadap negara
ini. Isu seperti pembaharuan sistem
kehakiman negara, anti korupsi, dan kebebasan hak asasi manusia menjadi lebih
penting kepada pengundi bandar , dan isu-isu seperti ini sememangannya
“hidangan utama” parti DAP, maka secara tidak langsung DAP mampu memancing
banyak undi daripada pengundi-pengundi di kawasan bandar.
Sebaliknya, parti PAS mempunyai
pengaruh yang kuat di kalangan pengundi kawasan pedalaman dan kampung semenanjung
Malaysia. Secara umumnya, ideologi PAS dalam mentadbir negara ialah dengan mewujudkan
satu masyarakat yang adil dan saksama berpaksikan nilai-nilai murni yang wujud
dalam ajaran agama Islam. Penduduk di kawasan kampung (majoritin terdiri
daripada kaum Melayu) kurang menghadapi tekanan hidup berbanding dengan penduduk
bandar dan kekerapan mereka bertukar pandangan dan maklumat antara satu sama
lain adalah lebih sikit berbanding dengan penduduk di kawasan bandar. Justeru itu,
kecenderungan politik penduduk kawasan kampung akan lebih ke arah konservatif .
Maka secara tidak langsung para pengundi kampung akan lebih suka memilih calon
PAS yang lebih menitikberatkan kepentingan agama dan moral daripada DAP sebagai
wakil rakyat mereka.
Manakala PKR pula merupakan daya
tarikkan utama pengundi-pengundi muda Melayu di kawasan bandar. Mereka yang
tinggal di kawasan bandar ini telah jemu dengan hujah-hujah UMNO yang kononnya
memperjuangkan hak orang Melayu tetapi sebaliknya lebih rakus merampas kekayaan
negara, lantas menjadikan PKR sebagai
harapan baru mereka.
Jika kita lihat gabungan tiga parti
ini, kita mampu melihat bahawa gabungan PAS dan DAP merupakan perikatan yang paling
kuat dalam Pakatan Rakyat. Hal ini demikian kerana DAP mampu menarik pengundi dari
kelas pertengahan di kawasan bandar (di mana PAS kurang berpengaruh), dan PAS
pula dapat menarik undian di kawasan
pedalaman dan kampung(di mama DAP kurang berpengaruh). Walaupun MCA selalu
menyindir bahawa pergabungan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat sebagai “sehati
tapi tidak sejiwa”, tetapi dalam konteks ini, PAS dan DAP sebenarnya
masing-masing mampu menarik undian yang berlainan sekali dalam masyarakat
Malaysia. Maka di sini kita mampu buat satu konklusi kecil bahawa formula dalam
pembentukkan Pakatan Rakyat, sebenarnya bukan mencetak compak “Formula BN” yang
menarik undian dengan menggunakan sentimen perkauman, tetapi sebaliknya ialah“Formula
Pakatan Rakyat” yang melihat kepada kehendak para pengundi di Malaysia yang terdiri
daripada rakyat yang berlainan kelas sosial dan kawasan setempat.
Selepas ini, saya ingin mengupas
apakah impak yang mungkin berlaku ke negara kita jika Pakatan Rakyat berjaya
mengambil alih pucuk pimpinan Malaysia dan mentadbir negara ini dengan “Formula
Pakatan Rakyat”.
Pertama, masalah ekonomi yang berlaku
di Malaysia mutakhir ini bukannya kerana “orang Cina menguasai ekonomi negara”
ataupun “Melayu hilang kuasa ekonomi” , akan tetapi adalah disebabkan wujudnya
jurang pendapatan yang besar antara yang kaya dengan yang miskin, masalah
inflasi dan kitaran krisis ekonomi yang
sentiasa berlaku. Masalah sosial ekonomi seperti ini tidak memilih bulu dengan mengambil
kira kaum dan bangsa, semua orang pasti juga akan terkena tempiasnya.
Demi mengatasi masalah ini, kita
memerlukan sebuah parti yang bersungguh-sungguh membela keadilan kekayaan dalam
sosial. Daripada mewar-warkan kepada rakyat bahawa dalam senarai jutawan di
Malaysia terdapat jutawan yang terdiri daripada kaum A, B atau C, adalah lebih
bermakna kalau kita membuat reformasi terhadap struktur ekonomi Malaysia dan
sekaligus memberi memberi manfaat kepada semua golongan lapisan masyarakat
Malaysia tanpa mengira kaum.
Demi menuntut keadilan kekayaan
dalam sosial, kerajaan yang memerintah akan membuat rombakkan terhadap sistem
pengangkutan awam Malaysia, mewujudkan negara kebajikan, memberi pendidikan
percuma, membina jaringan keselamatan sosial, nasionalisasikan pemilikkan lebuh
raya, membanteras rasuah, menghapuskan berlakunya monopoli dalam perniagaan
tempatan, membasmi budaya perniagaan “rental-seeking” yang tidak produktif.
Jika usaha seperti ini mampu dilaksanakan oleh pihak kerajaan , kita mampu
membunuh semua “kutu ekonomi” yang menghisap darah peluh rakyat Malaysia, dan mengembalikan
kekayaan negara kepada rakyat sekaligus membebaskan daya penghasilan dan kreativiti
rakyat Malaysia. Parti yang mampu melihat dan menyelesaikan masalah ekonomi
negara dari perspektif kelas ekonomi rakyat akan menumpukan usaha mereka ke
arah mengurangkan jurang pendapatan para rakyat antara yang kaya dan miskin, mengeluarkan
panduan gaji minimum, masalah inflasi dan sebagainya. Menyelesaikan masalah ekonomi negara dengan reformasi
struktur ekonomi tetapi bukan berdasarkan perkauman mampu membawa kebahagiaan
kepada semua orang kelas pertengahan bawah di Malaysia. Ini barulah ramuan yang
tepat dalam mengatasi masalah ekonomi Malaysia yang sedang terjerat dalam Perangkap
Pendapatan Sederhana.
Kedua, setiap parti di dunia ini
sememangnya akan sentiasa mengintai peluang untuk menjadi jaguh kepada para pengundi
terasnya. Hal ini demikian bagi memperkuatkan lagi sokongan rakyat terhadap
parti tersebut. Parti yang undinya datang daripada unsur perkauman, mesti akan
memainkan isu perkauman demi meraihkan undian semasa pilihan raya (ini kita
semua telah sedia maklum dan terasa) . Setiap kali isu perkauman dimainkan, pasti
ada kaum lain yang akan jadi mangsa politikus yang cuba menjadi jaguh dalam
kaum sendiri, dan lama-kelamaan hubungan antara kaum dalam negara akan
terjejas. Namun disebabkan sumber undian
daripada gabungan parti Pakatan Rakyat bukan bergantung kepada sentimen perkauman semata-mata, tetapi
lebih kepada kelas masyarakat dan pecahan kawasasn setempat. Maka jika terdapat mana-mana parti
dalam Pakatan Rakyat yang ingin cuba untuk menjadi “jaguh” dalam kalangan penyokong
sendiri, keadaan ini bukan sahaja tidak akan membawa keburukkan kepada negara
malah membawa kebaikkan.
Apa maksudnya membawa kebaikkan kepada
negara kalau ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat berebut menjadi jaguh dalam
kalangan penyokong sendiri? Seperti apa
yang telah saya sebut di atas, DAP, PKR dan PAS masing –masing mempunyai
penyokong kuat yang tinggal di kawasan yang berlainan dalam Malaysia. Penyokong
utama DAP dan PKR kebanyakkan berada di kawasan bandar dan penyokong kuat PAS
tertumpu di kawasan kampung dan pedalaman. Oleh itu, apabila ketiga-tiga parti
ini cuba memperkuatkan pengaruh mereka di kawasan utama masing-masing, kita
mampu melihat kawasan bandar dan kampung Malaysia mendapat pembangunan yang lebih
setara.
Antara masalah sosial yang utama
Malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN selama ini ialah pembangunan yang tidak
seimbang antara kawasan bandar dengan kawasan pedalaman. Kawasan bandar sentiasa
diberi keutamaan dalam pembangunan berbanding kawasan kampung. Hal in
menyebabkan kebanyakkan anak muda kampung terpaksa berhijrah ke kawasan bandar
demi memburu peluang pekerjaan yang lebih luas. Scenario ini menjadi
kebanyakkan pekan kecil di Malaysia mengalami “kematian” kerana kekurangan
populasi penduduk terutamanya orang muda, dan kawasan bandar pula semakin hari
semakin sesak dengan penghuni.
Cuba kita bayangkan scenario seperti
berikut:
Pada satu hari, ketiga-tiga parti dalam
Pakatan Rakyat demi kepentingan masing-masing, ingin membangun kawasan yang
berlainan. Mungkin DAP dan PKR ingin menaiktarafkan kemudahan infrastruktur dan
sistem pengangkutan awam di kawasan bandar, tetapi PAS demi menjaga kepentingan
para peyokong mereka di kawasan pedalaman , bertegas mahu kawasan kampung juga
menjadi tumpuan utama dalam pembangunan negara. Setelah lama berdebat, akhirnya
tiga parti tersebut terpaksa berkompromi antara satu sama lain membahagikan
sumber pembangunan negara dengan sama rata, memastikan pembagunan yang seimbang
di antara kawasan bandar dan juga kawasan pedalaman.
Malaysia yang seperti ini akan
menjaadi tempat yang lebih sesuai didiami oleh semua orang. Penduduk sama ada di bandar mahupun di kampung mendapat pembangunan yang tara oleh
kerajaan. Masalah perbezaan pendapatan yang besar antara kawasan bandar dan
kampung juga mampu diselesaikan dengan baik.
Ketiga, persekutuhan tiga parti yang
berlainan ideologi dalam Pakatan Rakyat membawa mesej penyatuan ideologi yang
berlainan dalam satu perikatan. Ideologi
DAP dan PKR lebih kepada keadilan dan kesaksamaan yang sekular, manakala
PAS pula lebih kepada membina masyarakat yang aman dengan cara yang lebih metafizik.
Dua jenis nilai yang sekular dan keagamaan ini, mampu saling membantu dan
menyimbangkan ideologi dalam sesebuah badan kerajaan.
Setelah berlakunya krisis ekonomi
sedunia yang lalu, masyarakat barat mula mempertimbangkan semula kesahihan
nilai moral dan ideologi yang kita bergantung hidup selama ini, adakah ia
mempunyai kelemahan yang besar? “Pengasingan Sosial” (Social Alienation) sedang
berlaku ke atas masyarakat dunia akibat daripada sistem kapitalism telah mendorong manusia menjadi
lebih tamak dan giat mengeksploitasi alam , demi mengejar “perkembangan
ekonomi” yang tidak masuk akal. Banyak ahli ekonomi sedunia telah menolak
kaedah menilai kejayaan ekonomi sesebuah negara dengan hanya statistik KDNK semata-mata,
sebaliknya mereka cuba menilai kejayaan negara tersebut dengan menjadikan
“Kebahagiaan Kasar Dalam Negara” (Gross national happiness) sebagai kayu ukur.
Banyak pemikir barat juga mula mendampingi semula falsafah dan pemikiran timur dimana
mereka mula berfikir, barangkali falsafah orang timur yang mengutamakan cara
hidup yang seimbang antara manusia dengan alam sekitar merupakan cara yang lebih
baik untuk kita berinteraksi dengan Bumi ini.
Secara terus terang, sebagai seorang
orang Cina dan penyokong kepada sistem negara yang sekular, saya kurang berminat
dengan ideologi politik PAS yang cuba memerintah sesebuah negara yang berlandaskan
keagamaan. Namun ada juga teori yang menyatakan bahawa sains dari dunia sekular
dan moral dari dunia keagamaan merupakan “abang dan adik” yang tidak perlu
dipisahkan dalam pentadbiran sesebuah negara ataupun masyarakat. Pentadbiran
negara yang hanya berpandukan agama semata tanpa ilmu sains, akan mengundang
matapelaka seperti apa yang telah berlaku pada zaman kegelapan Eropah yang lampau;
namun pentadbiran negara yang hanya berteraskan kepada ilmu sains semata, juga akan
wujud masyarakat yang runtuh nilai akhlak dan moral yang akhirnya membawa
kepada masalah seperti krisis ekonomi sedunia, hilang kredibiliti dalam dunia
ekonomi, pemanasan global, pemusnahan alam sekitar dan sebagainya yang rancak berlaku
pada hari ini.
Dengan keseimbangan kuasa dalam
Pakatan Rakyat, PKR dan DAP yang lebih mementingkan keutamaan sekular dalam
mentadbir negara, negara Malaysia yang ditadbir melalui keagamaan semata-mata
tidak mungkin akan berlaku. Namum , ideologi PAS yang mementingkan unsur moral
dan agama kalau mampu dimasukkan ke dalam resepi Pakatan Rakyat dalam mentadbir
negara, ia juga merupakan satu manfaat kepada rakyat dan negara Malaysia. Hal
ini demikian kerana kita selain perlu mengatasi masalah yang berasaskan angka
dan nombor seperti kadar kemisikinan, kadar inflasi dan gaji minimun , kita
juga menghadapi masalah yang wujud akibat keruntuhan moral dan akhlak seperti
pencemaran alam, kes sosial , pembuangan bayi dan banyak lagi. Masalah moral
ialah masalah yang tidak dapat diatasi dengan undang-undang sekular. Pada masa
sekarang, hanya agama dan moral sahaja yang kita ada yang boleh dijadikan sebagai penyelesaian
alternatif kepada masalah ini.
Hakikat ini, dunia kita dipukul arus
ombak besar ketamakan kapitalism, kita sangat memerlukan satu parti pemerintah
yang mampu membawa negara kita berlayar keluar dari gulungan ombak ketamakan
dunia ini. Jelas sekali parti-parti yang masih degil dengan laungan sentimen
perkauman dalam pentadbiran negara bukan harapan kita. Hanya parti yang
bersungguh-sungguh cuba membanteras kemiskinan
rakyat akibat struktur ekonomi negara, cuba menyelesaikan konflik antara
golongan pekerja dengan golongan majikan, cuba membasmi jurang pendapatan rakyat akibat perbezaaan kawasan, mampu
membawa Malaysia mengatasi kemelut ekonomi dan masyarakat hari ini.
Kita perlukan sebuah parti yang
mampu menyelesaikan masalah negara dari segi struktur dan sistem, kita juga
perlukan sebuah parti yang mempunyai nilai keagamaan dan moral yang tinggi
dalam usaha membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa (Sudah tentu usaha
anti rasuah juga perlu pembaharuan dari segi sistem iaitu mewujudkan Pebadanan
Anti Rasuah yang lebih bebas dan bertanggungjawab terus kepada parlimen), kita
juga perlu sebuah parti yang sanggup menganalisis masalah negara dari segi
kelas sosial rakyat tetapi bukan warna kulit rakyat dalam memimpin negara Malaysia.
Adakah “Formula Pakatan Rakyat”
merupakan ubat mujarab dalam mengubati segala penyakit sosial dan ekonomi
Malaysia yang sudah lama mengerang kesakitan? Saya tidak mampu memberi
jawapannya pada sekarang Akan tetapi, kalau Pakatan Rakyat berjaya menjadi
kerajaan Malaysia pada masa yang akan datang, hikmat di sebalik perkara ini
bukan sahaja kita mampu menjatuhkan rejim yang taksub rasuah dan tamak, malah
ia mampu juga mengubah iklim dan “cara permainan” politik Malaysia. Biar iklim
politik Malaysia bertukar daripada isu perkauman dan warna kulit, ke arah isu
kelas masyarakat, isu kawasan, isu pemikiran dan ideologi yang lebih matang. Ini
mungkin merupakan satu-satunya formula yang kita ada, yang mampu menjadi
penawar kepada keadaan negara kita yang telah lama nazak.
Versi dalam Bahasa Cina: 民聯模式
sungguh tertarik dengan konteks pembawaan dimana perbezaan ideology antara komponen pakatan rakyat lebih menjurus kepada perbezaan sosial ataupun social stratification dimana ia jauh lebih baik daripada paktan yang berlandaskan kaum dan warna kulit.
ReplyDeleteya...Bodoh punya BN
DeleteZues
ReplyDelete写得好。。。早就该多用国语写这类blog
looth
用國語翻譯很累了,這篇就搞了幾天了。@ @
DeleteMr Zeus: 搞了幾天了??? 我使用谷歌翻译估计只使用3秒多左右 ... 娃哈哈~~~
ReplyDelete我的坑爹中文,谷歌很難翻譯。。。
Delete