Thursday, April 4, 2013

Formula Pakatan Rakyat


            Selama ini kita sering diberitahu bahawa negara Malaysia berkembang maju di bawah pimpinan kerajaan BN. Rahsia kejayaan BN dalam mentadbir negara ini adalah dengan menggunakan “Formula BN”, di mana formula ini menitikberatkan perkongsian kuasa antara kaum yang berbeza dalam Malaysia. Maka mahu atau tidak, hanya terdapat satu cara sahaja dalam mengurus negara ini dengan baik, iaitu berdasarkan “Formula BN” yang berlandaskan perkauman.  Oleh itu, Pakatan Rakyat yang bercita-cita mengambil pucuk pimpinan pentadbiran Malaysia daripada kerajaan BN, didakwa juga merupakan suatu pertubuhan politik yang sebenarnya menciplak idea “Formula BN”. Ini dapat kita lihat di mana PKR dan PAS bertanggungjawab memancing undian daripada pengundi orang Melayu, DAP pula berfungsi sebagai pengutip undian daripada orang Cina dan India.  
            Namun, adakah hakikat sebenarnya begitu?


            Walaupun kalau menilai Pakatan Rakyat secara kasar, pertubuhan parti politik ini seolah-olah merupakan satu lagi gabungan parti politik yang bersumberkan undian kaum. Namun, jika kita mengupas sumber undian daripada gabungan parti ini dengan lebih terperinci, kita mampu membuat satu rumusan yang berbeza terhadap model pergabungan di antara 3 parti politik ini.

            DAP selama ini memang ‘terkenal’ dengan peranannya sebagai musuh ketat MCA, di mana parti tesebut telah banyak merampas undian orang Cina daripada MCA.  Akan tetapi , daripada mengatakan bahawa orang Cina suka menyokong DAP, adalah lebih tepat kalau kita mengatakan bahawa para pengundi kelas pertengahan di kawasan bandar lebih cenderung untuk menyokong DAP. Ini kerana DAP lebih mengutamakan isu-isu seperti anti rasuah, kewujudan keadilan dalam sistem negara, kecekapan dalam pembangunan ekonomi dan kesaksamaan dalam pengagihan sumber kekayaan negara sebagai manifesto parti tersebut.  Golongan kelas pertengahan di kawasan bandar (di mana majaroti terdiri daripada orang Cina) yang mempunyai pendapatan perseorangan yang agak stabil, secara automatik akan lebih mengambil berat terhadap sesetengah isu yang lebih makro terhadap negara ini.  Isu seperti pembaharuan sistem kehakiman negara, anti korupsi, dan kebebasan hak asasi manusia menjadi lebih penting kepada pengundi bandar , dan isu-isu seperti ini sememangannya “hidangan utama” parti DAP, maka secara tidak langsung DAP mampu memancing banyak undi daripada pengundi-pengundi di kawasan bandar.

            Sebaliknya, parti PAS mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan pengundi kawasan pedalaman dan kampung semenanjung Malaysia. Secara umumnya, ideologi PAS dalam mentadbir negara ialah dengan mewujudkan satu masyarakat yang adil dan saksama berpaksikan nilai-nilai murni yang wujud dalam ajaran agama Islam. Penduduk di kawasan kampung (majoritin terdiri daripada kaum Melayu) kurang menghadapi tekanan hidup berbanding dengan penduduk bandar dan kekerapan mereka bertukar pandangan dan maklumat antara satu sama lain adalah lebih sikit berbanding dengan penduduk di kawasan bandar. Justeru itu, kecenderungan politik penduduk kawasan kampung akan lebih ke arah konservatif . Maka secara tidak langsung para pengundi kampung akan lebih suka memilih calon PAS yang lebih menitikberatkan kepentingan agama dan moral daripada DAP sebagai wakil rakyat mereka.


            Manakala PKR pula merupakan daya tarikkan utama pengundi-pengundi muda Melayu di kawasan bandar. Mereka yang tinggal di kawasan bandar ini telah jemu dengan hujah-hujah UMNO yang kononnya memperjuangkan hak orang Melayu tetapi sebaliknya lebih rakus merampas kekayaan negara,  lantas menjadikan PKR sebagai harapan baru mereka.

            Jika kita lihat gabungan tiga parti ini, kita mampu melihat bahawa gabungan PAS dan DAP merupakan perikatan yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat. Hal ini demikian kerana DAP mampu menarik pengundi dari kelas pertengahan di kawasan bandar (di mana PAS kurang berpengaruh), dan PAS pula dapat menarik undian di  kawasan pedalaman dan kampung(di mama DAP kurang berpengaruh). Walaupun MCA selalu menyindir bahawa pergabungan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat sebagai “sehati tapi tidak sejiwa”, tetapi dalam konteks ini, PAS dan DAP sebenarnya masing-masing mampu menarik undian yang berlainan sekali dalam masyarakat Malaysia. Maka di sini kita mampu buat satu konklusi kecil bahawa formula dalam pembentukkan Pakatan Rakyat, sebenarnya bukan mencetak compak “Formula BN” yang menarik undian dengan menggunakan sentimen perkauman, tetapi sebaliknya ialah“Formula Pakatan Rakyat” yang melihat kepada kehendak para pengundi di Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berlainan kelas sosial dan kawasan setempat.

            Selepas ini, saya ingin mengupas apakah impak yang mungkin berlaku ke negara kita jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pucuk pimpinan Malaysia dan mentadbir negara ini dengan “Formula Pakatan Rakyat”.

            Pertama, masalah ekonomi yang berlaku di Malaysia mutakhir ini bukannya kerana “orang Cina menguasai ekonomi negara” ataupun “Melayu hilang kuasa ekonomi” , akan tetapi adalah disebabkan wujudnya jurang pendapatan yang besar antara yang kaya dengan yang miskin, masalah inflasi  dan kitaran krisis ekonomi yang sentiasa berlaku. Masalah sosial ekonomi seperti ini tidak memilih bulu dengan mengambil kira kaum dan bangsa, semua orang pasti juga akan terkena tempiasnya.
            Demi mengatasi masalah ini, kita memerlukan sebuah parti yang bersungguh-sungguh membela keadilan kekayaan dalam sosial. Daripada mewar-warkan kepada rakyat bahawa dalam senarai jutawan di Malaysia terdapat jutawan yang terdiri daripada kaum A, B atau C, adalah lebih bermakna kalau kita membuat reformasi terhadap struktur ekonomi Malaysia dan sekaligus memberi memberi manfaat kepada semua golongan lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum.

            Demi menuntut keadilan kekayaan dalam sosial, kerajaan yang memerintah akan membuat rombakkan terhadap sistem pengangkutan awam Malaysia, mewujudkan negara kebajikan, memberi pendidikan percuma, membina jaringan keselamatan sosial, nasionalisasikan pemilikkan lebuh raya, membanteras rasuah, menghapuskan berlakunya monopoli dalam perniagaan tempatan, membasmi budaya perniagaan “rental-seeking” yang tidak produktif. Jika usaha seperti ini mampu dilaksanakan oleh pihak kerajaan , kita mampu membunuh semua “kutu ekonomi” yang menghisap darah peluh rakyat Malaysia, dan mengembalikan kekayaan negara kepada rakyat sekaligus membebaskan daya penghasilan dan kreativiti rakyat Malaysia. Parti yang mampu melihat dan menyelesaikan masalah ekonomi negara dari perspektif kelas ekonomi rakyat akan menumpukan usaha mereka ke arah mengurangkan jurang pendapatan para rakyat antara yang kaya dan miskin, mengeluarkan panduan gaji minimum, masalah inflasi dan sebagainya. Menyelesaikan  masalah ekonomi negara dengan reformasi struktur ekonomi tetapi bukan berdasarkan perkauman mampu membawa kebahagiaan kepada semua orang kelas pertengahan bawah di Malaysia. Ini barulah ramuan yang tepat dalam mengatasi masalah ekonomi Malaysia yang sedang terjerat dalam Perangkap Pendapatan Sederhana.
           
            Kedua, setiap parti di dunia ini sememangnya akan sentiasa mengintai peluang untuk menjadi jaguh kepada para pengundi terasnya. Hal ini demikian bagi memperkuatkan lagi sokongan rakyat terhadap parti tersebut. Parti yang undinya datang daripada unsur perkauman, mesti akan memainkan isu perkauman demi meraihkan undian semasa pilihan raya (ini kita semua telah sedia maklum dan terasa) . Setiap kali isu perkauman dimainkan, pasti ada kaum lain yang akan jadi mangsa politikus yang cuba menjadi jaguh dalam kaum sendiri, dan lama-kelamaan hubungan antara kaum dalam negara akan terjejas.  Namun disebabkan sumber undian daripada gabungan parti Pakatan Rakyat bukan bergantung  kepada sentimen perkauman semata-mata, tetapi lebih kepada kelas masyarakat dan pecahan kawasasn  setempat. Maka jika terdapat mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat yang ingin cuba untuk menjadi “jaguh” dalam kalangan penyokong sendiri, keadaan ini bukan sahaja tidak akan membawa keburukkan kepada negara malah membawa kebaikkan.

            Apa maksudnya membawa kebaikkan kepada negara kalau ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat berebut menjadi jaguh dalam kalangan penyokong sendiri?  Seperti apa yang telah saya sebut di atas, DAP, PKR dan PAS masing –masing mempunyai penyokong kuat yang tinggal di kawasan yang berlainan dalam Malaysia. Penyokong utama DAP dan PKR kebanyakkan berada di kawasan bandar dan penyokong kuat PAS tertumpu di kawasan kampung dan pedalaman. Oleh itu, apabila ketiga-tiga parti ini cuba memperkuatkan pengaruh mereka di kawasan utama masing-masing, kita mampu melihat kawasan bandar dan kampung Malaysia mendapat pembangunan yang lebih setara.

            Antara masalah sosial yang utama Malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN selama ini ialah pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dengan kawasan pedalaman. Kawasan bandar sentiasa diberi keutamaan dalam pembangunan berbanding kawasan kampung. Hal in menyebabkan kebanyakkan anak muda kampung terpaksa berhijrah ke kawasan bandar demi memburu peluang pekerjaan yang lebih luas. Scenario ini menjadi kebanyakkan pekan kecil di Malaysia mengalami “kematian” kerana kekurangan populasi penduduk terutamanya orang muda, dan kawasan bandar pula semakin hari semakin sesak dengan penghuni.

            Cuba kita bayangkan scenario seperti berikut:
             Pada satu hari, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat demi kepentingan masing-masing, ingin membangun kawasan yang berlainan. Mungkin DAP dan PKR ingin  menaiktarafkan kemudahan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam di kawasan bandar, tetapi PAS demi menjaga kepentingan para peyokong mereka di kawasan pedalaman , bertegas mahu kawasan kampung juga menjadi tumpuan utama dalam pembangunan negara. Setelah lama berdebat, akhirnya tiga parti tersebut terpaksa berkompromi antara satu sama lain membahagikan sumber pembangunan negara dengan sama rata, memastikan pembagunan yang seimbang di antara kawasan bandar dan juga kawasan pedalaman.
            Malaysia yang seperti ini akan menjaadi tempat yang lebih sesuai didiami oleh semua orang. Penduduk sama ada  di bandar mahupun di  kampung mendapat pembangunan yang tara oleh kerajaan. Masalah perbezaan pendapatan yang besar antara kawasan bandar dan kampung juga mampu diselesaikan dengan baik.
            Ketiga, persekutuhan tiga parti yang berlainan ideologi dalam Pakatan Rakyat membawa mesej penyatuan ideologi yang berlainan dalam satu perikatan. Ideologi  DAP dan PKR lebih kepada keadilan dan kesaksamaan yang sekular, manakala PAS pula lebih kepada membina masyarakat yang aman dengan cara yang lebih metafizik. Dua jenis nilai yang sekular dan keagamaan ini, mampu saling membantu dan menyimbangkan ideologi dalam sesebuah badan kerajaan.

            Setelah berlakunya krisis ekonomi sedunia yang lalu, masyarakat barat mula mempertimbangkan semula kesahihan nilai moral dan ideologi yang kita bergantung hidup selama ini, adakah ia mempunyai kelemahan yang besar? “Pengasingan Sosial” (Social Alienation) sedang berlaku ke atas masyarakat dunia akibat daripada sistem  kapitalism telah mendorong manusia menjadi lebih tamak dan giat mengeksploitasi alam , demi mengejar “perkembangan ekonomi” yang tidak masuk akal. Banyak ahli ekonomi sedunia telah menolak kaedah menilai kejayaan ekonomi sesebuah negara dengan hanya statistik KDNK semata-mata, sebaliknya mereka cuba menilai kejayaan negara tersebut dengan menjadikan “Kebahagiaan Kasar Dalam Negara” (Gross national happiness) sebagai kayu ukur. Banyak pemikir barat juga mula mendampingi semula falsafah dan pemikiran timur dimana mereka mula berfikir, barangkali falsafah orang timur yang mengutamakan cara hidup yang seimbang antara manusia dengan alam sekitar merupakan cara yang lebih baik untuk kita berinteraksi dengan Bumi ini.

            Secara terus terang, sebagai seorang orang Cina dan penyokong kepada sistem negara yang sekular, saya kurang berminat dengan ideologi politik PAS yang cuba memerintah sesebuah negara yang berlandaskan keagamaan. Namun ada juga teori yang menyatakan bahawa sains dari dunia sekular dan moral dari dunia keagamaan merupakan “abang dan adik” yang tidak perlu dipisahkan dalam pentadbiran sesebuah negara ataupun masyarakat. Pentadbiran negara yang hanya berpandukan agama semata tanpa ilmu sains, akan mengundang matapelaka seperti apa yang telah berlaku pada zaman kegelapan Eropah yang lampau; namun pentadbiran negara yang hanya berteraskan kepada ilmu sains semata, juga akan wujud masyarakat yang runtuh nilai akhlak dan moral yang akhirnya membawa kepada masalah seperti krisis ekonomi sedunia, hilang kredibiliti dalam dunia ekonomi, pemanasan global, pemusnahan alam sekitar dan sebagainya yang rancak berlaku pada hari ini.

            Dengan keseimbangan kuasa dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP yang lebih mementingkan keutamaan sekular dalam mentadbir negara, negara Malaysia yang ditadbir melalui keagamaan semata-mata tidak mungkin akan berlaku. Namum , ideologi PAS yang mementingkan unsur moral dan agama kalau mampu dimasukkan ke dalam resepi Pakatan Rakyat dalam mentadbir negara, ia juga merupakan satu manfaat kepada rakyat dan negara Malaysia. Hal ini demikian kerana kita selain perlu mengatasi masalah yang berasaskan angka dan nombor seperti kadar kemisikinan, kadar inflasi dan gaji minimun , kita juga menghadapi masalah yang wujud akibat keruntuhan moral dan akhlak seperti pencemaran alam, kes sosial , pembuangan bayi dan banyak lagi. Masalah moral ialah masalah yang tidak dapat diatasi dengan undang-undang sekular. Pada masa sekarang, hanya agama dan moral sahaja yang kita ada yang  boleh dijadikan sebagai penyelesaian alternatif kepada masalah ini.

            Hakikat ini, dunia kita dipukul arus ombak besar ketamakan kapitalism, kita sangat memerlukan satu parti pemerintah yang mampu membawa negara kita berlayar keluar dari gulungan ombak ketamakan dunia ini. Jelas sekali parti-parti yang masih degil dengan laungan sentimen perkauman dalam pentadbiran negara bukan harapan kita. Hanya parti yang bersungguh-sungguh cuba membanteras  kemiskinan rakyat akibat struktur ekonomi negara, cuba menyelesaikan konflik antara golongan pekerja dengan golongan majikan, cuba membasmi jurang pendapatan  rakyat akibat perbezaaan kawasan, mampu membawa Malaysia mengatasi kemelut ekonomi dan masyarakat hari ini.

            Kita perlukan sebuah parti yang mampu menyelesaikan masalah negara dari segi struktur dan sistem, kita juga perlukan sebuah parti yang mempunyai nilai keagamaan dan moral yang tinggi dalam usaha membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa (Sudah tentu usaha anti rasuah juga perlu pembaharuan dari segi sistem iaitu mewujudkan Pebadanan Anti Rasuah yang lebih bebas dan bertanggungjawab terus kepada parlimen), kita juga perlu sebuah parti yang sanggup menganalisis masalah negara dari segi kelas sosial rakyat tetapi bukan warna kulit rakyat dalam  memimpin negara Malaysia.

            Adakah “Formula Pakatan Rakyat” merupakan ubat mujarab dalam mengubati segala penyakit sosial dan ekonomi Malaysia yang sudah lama mengerang kesakitan? Saya tidak mampu memberi jawapannya pada sekarang Akan tetapi, kalau Pakatan Rakyat berjaya menjadi kerajaan Malaysia pada masa yang akan datang, hikmat di sebalik perkara ini bukan sahaja kita mampu menjatuhkan rejim yang taksub rasuah dan tamak, malah ia mampu juga mengubah iklim dan “cara permainan” politik Malaysia. Biar iklim politik Malaysia bertukar daripada isu perkauman dan warna kulit, ke arah isu kelas masyarakat, isu kawasan, isu pemikiran dan ideologi yang lebih matang. Ini mungkin merupakan satu-satunya formula yang kita ada, yang mampu menjadi penawar kepada keadaan negara kita yang telah lama nazak.


Versi dalam Bahasa Cina: 民聯模式

6 comments :

  1. sungguh tertarik dengan konteks pembawaan dimana perbezaan ideology antara komponen pakatan rakyat lebih menjurus kepada perbezaan sosial ataupun social stratification dimana ia jauh lebih baik daripada paktan yang berlandaskan kaum dan warna kulit.

    ReplyDelete
  2. Zues

    写得好。。。早就该多用国语写这类blog

    looth

    ReplyDelete
    Replies
    1. 用國語翻譯很累了,這篇就搞了幾天了。@ @

      Delete
  3. Mr Zeus: 搞了幾天了??? 我使用谷歌翻译估计只使用3秒多左右 ... 娃哈哈~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. 我的坑爹中文,谷歌很難翻譯。。。

      Delete