Thursday, October 30, 2014

Bagaimana nak memartabatkan Bahasa Malaysia

            Kebelakangan ini, ada netizen Melayu yang datang comment ke facebook saya  tentang cara-cara bagi memartabatkan Bahasa Malaysia. Isu ini timbul kerana ada berita yang menyatakan bahawa terdapat 600+ orang lebih pelajar lepasan SPM tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.
            Pertama sekali, saya sebagai rakyat Malaysia yang berkaum Cina, saya juga tidak dapat menerima bahawa terdapat pelajar yang tidak mampu berkomunikasi dalam BM. Saya berpendapat bahawa semua rakyat Malaysia WAJIB menguasai BM, sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi dalam bahasa tersebut dalam kehidupan seharian.

            Cakap pasal memartabatkan BM, saya rasa BM sudah pun sangat “martabat” dalam sistem pendidikan Malaysia. Hal ini demikian kerana dalam semua peperiksaan awam di Malaysia, pelajar akan dianggap gagal kalau tidak berjaya lulus dalam BM. Bukankah ini sudah pun sangat power? Mengapa masih ada orang rasa BM tidak dimartabatkan?

            Saya cuba meneliti psikologi kepada kenyataan ini. Mungkin ada yang berasa, ramai orang tidak bangga cakap dalam BM, atau dunia perniagaan di Malaysia yang lebih mengutamakan Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Cina daripada BM, semua keadaan ini membuat mereka berasa subjek BM perlu diperkasakan lagi bagi menghasilkan rakyat yang bangga dengan bahasa rasmi negara.

            Sebelum menjawab kepada persoalan bahawa bagaimana hendak memartabatkan lagi BM, saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam menguasai BI. Saya lahir dalam keluarga Cina dan pergi ke SJK, sehingga Tingkatan 5 saya hanya mampu menguasai BC dan BM sahaja, saya tidak mampu bercakap atau membaca BI dengan baik. Ketika saya masih berusaha keras tapi masih gagal menguasai BI di Tingkatan 5, saya berasa sangat marah dan berfikir “kenapa saya perlu belajar BI?”

            Jawapan saya kepada soalan saya sendiri masa itu ialah: BI itu bukan sahaja Bahasa antarabangsa, malah juga bahasa pengetahuan. Kalau gagal menguasai BI, agak susah untuk menimba pengetahuan dalam pelbagai bidang di hari lain nanti. Masa itu saya juga pernah berfikir, kalau satu hari Malaysia mampu menjadi kuat dalam bidang ekonomi, budaya mahupun politik, pasti BM juga akan jadi bahasa antarabangsa dan semua orang dari negara lain semestinya akan berusaha gigih menguasai bahasa rasmi Malaysia. Masa itu saya tidak perlu lagi susah-susah belajar BI.

            Jadi, perkara ini samalah. Kalau ikut sejarah, BM pernah menjadi Lingua franca di Asia Tenggara. Dan perkara ini berlaku secara automatik , tidak pernah ada mana-mana pihak cuba memartabatkan BM pada masa itu, ia berlaku dengan begitu sahaja. Mengapa BM mampu memiliki kedudukan yang agung di Asia Tenggara pada zaman dahulu? Saya rasa semua orang dah tahu jawapannya , iaitu kerajaan Melaka kuat dan berpengaruh pada masa itu. Kerajaan yang kuat, yang maju dari segi ekonomi, budaya, ketentaraan, teknologi dan sebagainya,mampu menarik minat dan menjadi tumpuan kepada seluruh dunia dan sekaligus membawa bahasa rasmi kerajaan tersebut ke kedudukan yang sangat agung. Negara yang kuat, bangsa yang kuat, tidak perlu sengaja pergi memartabatkan apa-apa pun,  bangsa atau negara yang lain secara automatik nak belajar daripada negara atau bangsa yang maju.
            Saya suka BM (dan juga gadis Melayu, hehehe) sejak dari kecil lagi, sebelum saya masuk ke Universiti, dalam tiga bahasa yang mampu saya kuasai (BC, BM dan BI), BM merupakan bahasa yang saya paling mahir dan fasih. Namun , setelah saya menuntut di U , dan lepas itu berkerja, penguasaan saya terhadap BM berkurang kalau dibandingkan dengan BC dan BI, lebih-lebih lagi BI. Hal ini demikian saya kurang mendapat peluang untuk memperkasakan lagi BM saya. Sebagai contoh, perkejaan saya ialah seorang programmer dan hobi saya ialah membaca buku. Saya hanya mampu mencari buku programming yang terkini dalam BI sahaja. Selain itu, buku yang saya suka baca merangkumi sejarah, falsafah, sains sosial, novel thriller dan sebagainya, dan semua genre buku ini saya tidak mampu mendapatkannya dalam naskah yang berbahasa Melaysia. Jadi lama-kelamaan, saya perlu menguasai BI bagi mampu membaca buku programming dan penguasaan BC dan BI saya bertambah baik sebab banyak baca buku yang berlainan genre dalam dua bahasa tersebut.

            Jadi masalahnya sekarang bukan ada orang yang sengaja memperlekehkan BM, atau sengaja tidak mahu menguasai BM dengan baik,tapi keadaan masyarakat kita tidak memberi ruangan yang baik kepada perkembangan BM. Satu contoh yang sangat konkrit, kalau saya hanya mampu menguasai satu bahasa sahaja, bahasa mana yang saya akan kuasai? Saya akan pilih BI. Alasan saya pilih BI bukanlah seperti yang selalu dikatakan oleh loser kat internet yang bahawa saya ini racis, memandang remeh kepada BM, bukan, tapi ialah disebabkan implikasi penguasaan BI dalam kehidupan saya. Dengan menguasai BI, saya mampu hidup (menimba pengetahuan, berkerja, membaca buku yang berlainan jenis) dengan baik, daripada hanya menguasai BM sahaja.

            Jadi kepada loser-loser kat internet, janganlah selalu hunt mana-mana pihak yang gagal berbahasa dalam BM dengan baik, dan mengatakan mereka ini tidak patriotik dan sebagainya. Seperti saya sudah mengatakan dari awal, saya berpegang teguh kepada pendirian bahawa semua rakyat di Malaysia WAJIB menguasai BM. Saya respect kepada mana-mana pihak yang cuba mengangkat martabat BM, bahasa ibunda masing-masing. Namun dalam proses mengangkat bahasa kebangsaan, bukankah kita perlu lebih tumpukan bagaimana kita mampu memperkasakan “latar belakang” BM (seperti menjadikan ekonomi Malaysia maju, banyakkan lagi usaha menjelmah buku-buku ilmu dalam bahasa asing ke BM) agar bahasa tersebut mampu menjadi pilihan rakyat dalam segala urusan, daripada bersikap bodoh dan cuba attack mana-mana pihak yang dari aliran sekolah yang berlainan? Kalau pelajar yang keluaran SJK gagal berbahasa BM membuat SJK dikutuk, mengapa SJK tidak pula dipuji kerana dalam masa yang sama ia juga berjaya menghasilkan pelajar seperti saya yang mampu menguasai BM, BC dan BI dengan baik?
            Saya tak nak bandingkan kelebihan dan kelemahan setiap aliran sekolah kat Malaysia dalam artikel ini. Tapi apa yang saya cuba menitikberatkan ialah kalau hendak memartabatkan BM, kuatkan lah BM dalam semua bidang, pastikan BM merupakan bahasa ilmu dan teknologi seperti BI hari ini. Memartabatkan bahasa kebangsaan merupakan usaha yang sangat mulia, namun dalam proses memperkasakan BM, tidak perlulah kita menghina , merendahkan bahasa lain. Maju dengan meningkatkan keupayaan sendiri tetapi bukan menjatuhkan orang lain. Dunia dah berubah, berubah dengan sangat sangat pantas, Malaysia tiada lagi masa untuk rakyatnya bergaduh sesama sendiri. 



PS: Dalam SJK (C ) , subjek Bahasa Melayu digelar sebagai 國語, yang bermaksud Bahasa(語) Negara(國). Jadi dari sekolah rendah lagi, kami mengelar BM sabagai Bahasa Negara. Kedudukan BM di SJK lagi martabat . Jadi, kepada sesiapa yang selalu mengatakan SJK itu menjatuhkan kedudukan BM sebagai bahasa rasmi negara, bertaubatlah kamu.

2 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nice and bagus sekali....马来西亚华人就是少你这种能以马来文侃侃而谈的写手。我虽然也在刺探军情时忍不住写过类似回文,但极端还是极端,思考逻辑不同就万事皆空呢。
    但至少,对于拉拢中间分子来说.......弱弱地说,应该还算有点用吧。
    反观许多用中文来自泄的.......那和星洲日报有啥差别呢。自己愤怒自己辩论自己爽.....读者一起膜拜,相处一世纪至死依然只能对唱“其实你不懂我的心”.......我想说,老兄.......我们的Google 翻译还没强大到可以词达意的把你南岛华人悲情唱出来呢。
    下次有机会解转护教用.........啥教? Sorry,我也不知道啥教,反正就是看了不爽的。

    ReplyDelete