Salah satu tujuan saya balik kampung pada kali ini adalah untuk berdebat dengan ibu saya pasal Model Ekonomi.
Saya masih ingat semasa zaman saya kecil-kecil dahulu, mak saya pernah mengeluh kepada saya bahawa kenapa manusia perlu berhempas-pulas untuk mencari nafkah? Hidup demi mencari wang merupakan kehidupan yang sangat letih. Alangkah bagusnya kalau wang yang kita perlukan akan ‘digugurkan’ dari langit, maka para rakyat jelata tidak perlu lagi berkerja keras demi mencari saranan hidup. Maka saya dengan semangatnya memikir persoalan ini…(masa itu saya masih belum lagi mengenali ideologi kapitalisme mahupun komunisme) Akhirnya setelah lama merenung persoalan ini, saya medapat kesimpulannya juga. Kalau ada wang yang akan ‘digugurkan’ dari langit, maka ibu saya tidak payah berkerja pun akan mendapat wang, dan kami yang ada wang akan membeli banyak benda seperti makanan, pakaian, peralatan elektrik…tetapi, kalau semua orang boleh mendapat wang dari langit yang akan mengugurkan wang, maka tak ada sebabnya orang yang sebelum ini menjual makanan, pakaian dan peralatan elektrik masih perlu bekerja, sebab masing-masing dah kaya. Kalau semua orang dah kaya dan tidak perlu berkerja, sesiapa yang kita perlu cari apabila kita perlu makanan, pakaian ataupun peralatan elektrik? Maka sah lah, teori komunisme yang bersifat ‘membagi wang’ adalah tidak logik untuk dilaksanakan.
Selain itu, perkara ini terus direnung dalam oleh saya sehingga melahirkan suatu lagi persoalan di mana jikalau setiap orang mempunyai banyak wang dalam tangan, tetapi masing-masing tak ada produk untuk diperdagangkan, keadaan ini akan melahirkan satu masyarakat yang ‘kaya’. Dalam masyarakat ini, setiap orang mempunyai banyak wang di tangan (wang kertas ataupun duit syiling). Tetapi kalau orang-orang ‘kaya’ dalam masyarakat ini berasa lapar, dahaga, sejuk dan sebagainya, bagaimanakah mereka nak hilangkan rasa kelaparan, kedahagaan dan kesujukkan mereka? Walaupun dalam tangan mereka ada banyak ‘wang’, namun pada masal itu ‘wang’ mereka tak ada bezanya dengan sekeping kertas yang tidak berguna, dan nilai ‘wang’ mereka lagi rendah berbanding dengan semangkuk nasi yang biasa tetapi boleh dimakan pada masa tersebut. Dengan itu, saya juga berpendapat ‘wang’ juga merupakan sesuatu yang ‘maya’, hanya bahan ekonomi yang nyata seperti makanan, pakaian mahupun minyak petroleum merupakan kekayaan ekonomi yang nyata. Kesimpulannya konsep wang dalam sistem Kapitalisme ini juga merupakan sesuatu yang tidak dapat dijaminkan nilainya, lebih- lebih lagi dalam keadaan yang kritikal, wang yang kita bermati-matian mengerja sepanjang hayat merupakan kertas kosong yang tidak bernilai langsung. Tambahan lagi, sehingga sekarang baru saya sedar bahawa segala ‘wang’ yang kita ada, nilai pembeliannya boleh dimanipulasikan oleh setiap kerajaan di dunia dengan mengawal Dasar Kewangan Bank Negara masing-masing. Maka , Sistem Kapitalisme juga mempunyai masalah yang besar.
(Nampak tak? walaupun masa itu saya masih kecil, namun saya dah mampu menganalisis kelemahan dua jenis sistem ekonomi dalam dunia ini. Kemungkinan saya ini berbakat menjadi ‘genius’ kalau tidak dimudaratkan oleh sistem pendidikan negara ini…^ ^)
Saya dah lupa respond ibu saya ketika saya menbagitahunya ‘penemuan’ saya yang ‘canggih’ ini , mungkin dia teruskan berkerja keras demi menyara saya.
Kepulangan saya ke kampung saya menampakkan ada sedikit-sebanyak ‘pembangunan’ yang dijalankan kepada pekan kecil saya. Antaranya ialah sebuah pasar raya yang agak besar telah dibuka dan banyak peluang perkerjaan telah dijana oleh pasar raya tersebut. Namun demikian, saya berasa pekerja yang berkerja untuk pasar raya itu mengalami eksploitasi yang berat kerana dibagi gaji yang rendah. Mungkin ada yang berpendatan bahawa kos hidup di pekan kecil adalah rendah dan kurang memakan wang, tapi cubalah awak datang dan mengalaminya sendiri…hehehe…saya memberitahu ibu saya bahawa dengan gaji begitu rendah dan pekerja di sana perlu berkerja lebih kurang 10 jam setiap hari merupakan sejenis pederaan, namun disebabkan perbezaan ‘ideologi’, ibu saya menjawab bahawa gaji mereka dah baik, mana ada ‘pederaan’ seperti apa yang saya katakan. Saya pun terus menjawab mereka berkerja masa yang panjang setiap hari, tetapi mendapat pulangan yang begitu rendah (saya rasa mereka tidak layakkan pun tergolong dalam golongan 99%), maka ibu saya pun membagi jawapan yang lazim (jawapan ini sangat popular di Sabah negeri di bawah bayu ini), kalau mereka rasa tidak adil, didera, dieksploitasi, mereka boleh berhenti sahaja, dan ramai lagi yang menyintai peluang ruangan kerja itu walaupun dengan ‘gaji penderaan’ itu…
Haiz, saya hanya mampu berdiam selepas itu.........................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
Versi dalam Bahasa Cina
No comments :
Post a Comment