Friday, January 6, 2012

Salji pertama tahun 2012

*Post ini ditulis pada 01/01/2012 dalam Bahasa Cina
Tajuk post ini dan isi kandungan post ini langsung tak ada apa-apa kaitan , saya hanya tiba-tiba teringat lagu ‘salji pertama tahun 2002’ ini. Hari ini saya tidak bercadang nak tulis apa-apa pun , sebab masih dalam mood holiday, lepas ni masih nak menonton filem dalan PC saya..(bukan filem XXX lah~). Walaubagaimanapun, saya masih berasa saya perlu menulis sesuatu. Saya masih ingat lagi ketika di sekolah rendah dulu, cikgu kami mencuci otak kami dengan peribahasa Cina yang berbunyi ‘segala perancangan tahunan bermula pada musim bunga’. Memandangkan hari ini merupakan hari pertama pada tahun 2012, maka , hari ini saya perlu membuat perancangan saya pada tahun 2012.


Hmm…tahun ini ialah 2012, mengikut kalendar Cina tahun ini ialah tahun naga, di mana naga juga merupakan Zodiak Cina saya, jadi tahun ini ialah ‘tahun nyawa’ saya. Cis, saya dah hampir mencecah umur 24, tetapi masih tiada apa-apa pun pencapaian dalam hidup saya selama ini. Dulu saya membaca buku sejarah, lelaki purba pada umur begini dah lama berperang di medan dan berjaya mencipta nama sekaligus berkahwin dan mempunyai keluarga yang bahagia. Saya masih sakit kepala pasal masalah ‘hilangan kedaraan’ saya, nampaknya zaman ini memang agak susah nak survive. Apakah nasib orang yang berzodiak naga pada tahun ini? Saya rasa lepas ini saya perlu ke website pakar Zodiak Cina untuk mengetahui nasib saya, tengok pada tahun ini samada saya perlu menumpukan perhatian dalam kejayaan saya atau perhubungan saya..Adakah tahun ini saya ditimpa nasib malang? Adakah tahun ini saya dibela bintang baik? Apakah saya perlu membeli patung-patung haiwan suci untuk menguatkan aura positif di sisi saya?



Pasal blog ini, saya masih akan terus menulis, saya akan cuba setiap hari post satu entry. Tetapi ada sesuatu yang saya perlu ubah, iaitu saya akan cuba kurangkan jumlah perkataan yang saya tulis dalam setiap post kerana selama ini setiap post dah mencecah 1000 characters (character Cina), saya perlu menguasai ilmu yang guna perkataan yang minimum tetapi boleh menyampaikan message yang maksimum. Saya rasa post pasal politik Malaysia akan sebanyak 50%, dan selepas itu setiap minggu akan tulis satu post yang dalam BM. Bagi anda yang hairan kenapa blog saya ada post dalam Bahasa Malaysia (biasanya pada hari Jumaat), jawapan kepada soalan ini ada 2 jawapan. Pertama., saya mempunyai seorang kawan Melayu yang tidak fasih B.Cina yang follow blog saya, maka saya akan tulis BM agar dia mampu membaca artikel saya. Sebab yang kedua ialah berharap agar lebih ramai pembaca bukan Cina yang dapat membaca post saya, biar masyarakat bukan Cina dapat mengetahui suara daripada masyarakat Cina, dan akhirnya tahu sebenarnya lawan yang paling jahat kepada orang Cina dan Melayu ialah BN yang tak guna , tetapi bukan kita satu sama yang lain yang berlainan kaum.



50% cakap pasal politik Malaysia, yang 50% yang selebihnya akan saya cakap yang ‘bukan-bukan’. Berita luar negara kalau saya ada pandangan maka saya akan komen melalui satu post. Saya rasa saya akan cuba perbanyakkan tulis puisi lepas ini, hal ini demikian tulis puisi senang sedikit daripada artikel politik. Menulis puisi hanya perlu beberapa perkataan dah jadi satu post, tetapi untuk artikel politik saya perlu search banyak maklumat dan data agar tidak berlaku salah faham dan sebagainya. Dulu semasa saya buka blog ini , saya bercadang nak tulis pasal mitos Greek, tapi sampai sekarang masih belum start lagi story saya Clash of the Titan. Akhir sekali ialah kisah filem lucah yang saya memang dah arif sangat. :D…dulu sebab pernah ada kawan perempuan yang bagi tahu saya bahawa dia “sangat suka kepada blog saya”, maka saya ini pun pura-pura serius dan tulis banyak benda yang serius-serius. Sekarang dah tak peduli , saya memang mahu tulis perkara yang saya suka…haha…akhir sekali, saya rasa juga akan menyebarkan ideologi Atheism saya, cuba sekaligus menyakit hati penganut -penganut semua agama. Dah abad ke-21, pasal agama sepatutnya ditinggalkan pada abad yang lalu.

Okok, itu sahaja, ini lah kata pengantar untuk blog ini pada tahun 2012. Last sekali, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru (walaupun saya tahu, dalam keadaan politik dan ekonomi dalam dan luar negeri masa ini, kita sebenarnya tidak mempu nak berhappy new year…tetapi macam mana pun, perlu pura-pura berwish juga…). Semoga kalian semua gembira sepanjang tahun 2012. 
Sekian .

No comments :

Post a Comment