Thursday, September 8, 2011

Sejarah yang hilang ,diputarbelit dan diselewengkan


Komik bersiri popular Jepun <One Piece> mampu meraih banyak peminat dari seluruh dunia,kerana komik ini mempunyai banyak adegen pergembaraan yang mengembarkan 
Dalam komik ini juga mempunyai suatu plot konspirasi yang direka khas oleh pelukis dan menjadikannya
plot utama untuk menolak jalan cerita komik OP dari awal sehingga sekarang
Plot itu ialah saspend yang paling besar dalam komik OP, iaitu sejarah 100 tahun kerajaan dunia yang telah hilang
Di malaysia, negara kita juga mempunyai sejarah yang dilupakan atau sengaja tidak diungkit dan diputarbelitkan oleh pihak kerajaan
Ataupun kisah sejarah yang telah diringkaskan demi menjaga kepentingan pihak berkuasa
Baru-baru ini, perspektif sejarah daripada Pemangku Pengerusi PAS, Mat Sabu telah diserang hebat oleh
akhbar Utusan Malaysia 
Pandangan saudara Sabu terhadap sumbangan Parti Komunis Malaysia (PKM) dalam usaha memerdekakan Malaysia didapati tidak sama dengan penjelasan yang ada dalam "sejarah rasmi Malaysia", maka hujah beliau dibidas keras oleh pihak berkuasa
Malah dalam buku teks sejarah Malaysia, kisah perjuangan kumpulan lain terhadap British sebelum merdeka adalah jarang ditemui, ataupun kisah mereka telah diringkaskan kepada beberapa ayat sahaja dalam buku
Disebaliknya, kisah parti perikatan (UMNO, MCA, MIC) lebih banyak dititikberatkan dalam buku teks
Maka, kita kekurangan pengetahuan tentang Pergerakan nasioalisme yang berlaku sebelum merdeka
dan sumbangan pergerakan nasionalisme ini dalam memupuk semangat ingin membesaskan diri daripada penjajah di kalangan rakyat Tanah Melayu
Oleh sebab itu,rakyat Malaysia selama ini senang ditipu oleh kerajaan BN dalam banyak isu


Contoh yang memutar belit kisah sejarah ialah cerita PKM.

Tidak dapat dinafikan selepas perang dunia kedua, PKM yang ingin mewujudkan sebuah negara komunisme di Malaysia telah memilih jalan perjuangan mereka dengan kekerasan

Dan ini telah membawa banyak malapetaka kepada Tanah Melayu

Sejarah PKM ini seharusnya dikritik keras dan kuat 
Namun, sumbangan PKM semasa perang dunia kedua juga tidak boleh dinafikan atas sebab kesalahan yang mereka lakukan selepas perang dunia kedua
Antara sebab yang penentangan PKM terhadap tentera Jepun sengaja diabaikan dalam buku sejarah
Saya berpendapat kerana kepentingan BN dan sifat perkauman yang diamalkan oleh mereka
Dalam masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu selama 3 tahun dan 8 bulan


Layanan yang berbeza dibagi oleh orang Jepun kepada orang Melayu dan orang Cina
Orang Cina dilayan dengan teruk oleh rejim Jepun kerana pada masa itu tentera Jepun masih berperang dengan tanah besar China di medan peperangan Asia Pasifik
Sebaliknya, layanan terhadap orang Melayu adalah lebih baik sikit berbanding orang Cina kerana mereka merupakan kaum yang majoriti di Tanah Melayu, hal ini demikian memudahkan pentadbiran dilakukan di Tanah Melayu
Oleh itu pada masa itu, yang masuk hutan dan menentang rejim Jepun melalui perang gerila majoriti ialah orang Cina
(Keadaan ini membawa kepada tragedi ketika masa darurat, di mana polis yang melawan PKM majoritinya orang Melayu dan majoriti PKM ialah orang Cina)
Disebabkan, kebanyakkan askar PKM yang lawan Jepun secara gerila pada zaman pemerintahan Jepun ialah orang Cina, 
maka adalah "kurang sesuai" untuk BN mengiktiraf jasa PKM.

Meringkaskan kisah sejarah demi menjaga kepentingan sendiri merupakan kerja rutin oleh pihak berkuasa. Seperti apa yang kita baca dalam buku sejarah ketika di sekolah, Kemerdekaan Malaysia diperjuang oleh 3 parti utama dalam parti perikatan (UMNO, MCA, MIC). Peranan dan sumbangan pihak lain jarang disebut.  Kita disuapkan dengan fakta kemerdekaan Tanah Melayu sama dengan Tungku Abdul Rahman ,Tungku bapa kemerdekaan kita, Tungku dari UMNO, dari parti perikatan.Maka kemerdekaan Tanah Melayu adalah hasil parti
perikatan 'sahaja'
Tetapi sebenarnya pada masa ketika itu, bahang gelombang merdeka sangat panas di seluruh pelosok dunia ! 
Kerajaan England pada masa itu juga telah menandatangani beberapa perjanjian antarabangsa yang melarang mereka daripada mempunyai mana-mana tanah jajahan lagi di seluruh dunia
Pada masa yang sama , perang dingin antara Blok Kapitalisme dan Blok Komunisme telah pun bermula
Kalau negara-negara Asia tidak dibagi kemerdekaan serta-merta, kemungkinan rakyat di Asia akan dipengaruh dengan ideologi Komunisme yang anti Kapitalism dan anti US dan UK
Kalau keadaan ini berlaku di mana-mana negara Asia, kepentingan US dan UK di rantau ini akan terjejas 
Orang British yang licik mula membuat penhitungan bagaimana mengekalkan kepentingan dan pengaruh mereka di Tanah Melayu yang akan diberikan kemerdekaan
Maka UMNO yang diketuai oleh golongan bangsawan Melayu dan MCA yang ditubuhkan oleh tauke-tauke besar Cina telah dijadikan pilihan utama British 
Hal ini demikian, UMNO dan MCA dirasakan akan mengambil dasar luar yang lebih pro British berbanding dengan kumpulan perjuangan yang berkehaluan kiri seperti golongan pekerja, golongan buruh selepas Tanah Melayu diberikan kemerdekaan
Perkara ini terbukti apabila dalam masa yang panjang dasar luar negara Tanah Melayu menunjukkan kecenderungan ke arah blok Barat selepas kemerdekaan diberikan
Keadaan ini hanya bertukar selepas Pernana Menteri kedua mengambil pucuk pemerintahan Malaysia, dan melancarkan hubungan diplomatik dengan China yang berkefahaman Komunisme

Contoh lain menyeleweng fakta sejarah ialah hujah yang sentiasa disebut oleh UMNO, iaitu isu kerakyatan

Kaum Cina sentiasa diseru perlu menghormati "hak istimewa" orang Melayu atas pertukaran hak kerakyatan yang telah dibagi kepada orang Cina
Pada masa itu, populasi orang Cina lebih kurang mencecah 40% di Tanah Melayu (dan ini tidak termasuk Singapura)
Kalau orang Cina tidak dibagi hak kerakyatan, maka orang Cina tidak mampu mengundi
Kalau orang Cina tidak dapat mengundi, macam mana parti perikatan hendak menyakinkan British bahawa majoriti rakyat malaysia mahu merdeka?
Kalau tidak boleh merdeka, bagaimanakah UMNO dan gengnya boleh menbentuk kerajaan?
Apa yang lebih menjijikan ialah MCA selalu menasihati semua orang Cina agar "bersyukur" kepada mereka,
kerana hak kerakyatan Malaysia adalah atas "perjuangan " mereka kepada orang Cina
Huhu...orang Cina mengundi, negara Merdeka, MCA boleh menjadi salah satu badan kerajaan yang memerintah
Rasa-rasanya pihak yang perlu bersyukur bukan rakyat lah~


Orang yang mampu mengawal masa sekarang mampu mengawal masa depan,
Orang yang mampu mengawal sejarah mampu mengawal masa sekarang
Maka tidak hairanlah kenapa saudara Sabu akan diserang hebat oleh banyak pihak walaupun beliau hanya menyebut sebahagian yang sangat kecil daripada seluruh sejarah Malaysia
Mungkin sejarah memang ditulis oleh pihak yang menang
Namun ini tidak bermaksud kita seharusnya menerima semua kisah sejarah rasmi yang ditulis oleh pihak yang menang
Kita hanya boleh hidup dalam satu negara Malaysia yang lebih adil, jikalau kita menolak terima bulat-bulat semua kisah sejarah rasmi yang disuapkan oleh pihak berkuasa kepada kita.

2 comments :

  1. first ..terima kasih sbb buat dalam bahasa melayu..:D..
    second..pendapat saya sama dengan awak..dalam buku teks memang ada bgtau pasal parti berhaluan kiri..tapi penulis macam berat sebelah apabila menceritakan cerita pasal mereka..dan melebih2kan cerita pasal parti sayap kanan..jadi mempengaruhi fikiran budak2 sekolah..
    saya rasa isu ni bagus jugak dibangkitkan..maka rakyat malaysia sedar akan sejarah mereka sudah diseleweng...baik atau buruk mereka2 yang terdahulu patut kita semua jadikan tauladan..kita ada kuasa tau..:D

    ReplyDelete
  2. Sumbangan setiap pihak seharusnya dalam sejarah harus dibagi penerangan yang sama banyak dalam buku sejarah, tak kira pihak itu kiri kah kanan, 'jahat' kah baik, biar pelajar2 yang buat analysis siapa yang baik dan buruk dan kenapa mereka boleh jadi baik atau jahat.

    Itu tujuan sebenar belajar sejarah, mencetus daya analysis dan pemikiran kritis orang yang belajar.Tidak kira apa kesimpulan yang para pelajar buat,paling penting ialah mereka mampu berkifir sesuatu isu dengan kritikal dan membina.

    Ini sejarah main suap saja, nak mereka hafal apa yang orang yang menulis ingin mereka tahu. = =

    ReplyDelete