Perdebatan yang berlaku pada hari sabtu (18/02/2012) lalu yang melibatkan Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek membawa banyak makna kepada arena politik tempatan. Walaupun kedua-dua orang pedebat gagal bertikam lidah pada tajuk yang betul, biarpun ‘penonton’ dalam dewan tersebut cuba bertanya soalan yang tidak berkaitan dengan tajuk perdebatan pada hari itu, meskipun selepas perdebatan itu para pemerhati politik tempatan cuba mengeluarkan pseudo-analisis yang kelihatan ‘adil dan saksama’, kita tidak dapat menafikan bahawa pebahasan siaran langsung antara dua orang tokoh politik Cina ini, mampu memberi satu impak yang besar kepada iklim politik Malaysia pada masa yang akan datang.
Dalam ‘perdebatan’ kali ini, ada pihak yang menyalahkan CSL bahawa beliau yang mula-mula lari tajuk dahulu (tajuk pada hari itu ialah ‘Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?’.)dengan menanya LGE ‘adakah DAP mempu mengekang kuasa PAS dalam Pakatan Rakyat?’ Pada masa yang sama, terdapat juga pihak lain yang menudingkan jari kepada LGE yang gagal menjawab semua soalan yang diutarakan oleh para ‘penonton’ kepadanya, Lim dituduh sebagai seorang yang angkuh dan ego kerana enggan menjawab soalan daripada penonton. Namun, saya berasa kesilapan yang dilakukan oleh kedua-dua orang pedebat adalah boleh dimaafkan. CSL yang merupakan taiko kepada parti yang mempunyai lebih daripada 1 juta orang ahli, tidak salah kalau beliau mengambil berat terhadap kepentingan orang Cina di Malaysia dengan menanya soalan yang beliau paling ambil berat, sehingga secara tidak sengaja mengakibatkan perdebatan kali ini terlari tajuk. Selain itu, LGE yang tidak menjawab soalan daripada ‘penonton’ yang tidak berkaitan dengan perdebatan hari itu, juga tidak merupakan suatu kesalahan.
Namun demikian melalui soalan yang dikemukankan oleh para penonton, kita juga boleh melihat bahawa dalam negara ini terdapat banyak isu sama ada isu makro atau mikro yang sentiasa menjadi kemusykilan rakyat dan perlu dijawab oleh tokoh politik kita. Untuk menjawab semua soalan ini, perdebatan secara terbuka atau forum terbuka, merupakan platform yang paling sesuai untuk para pemimpin berinteraksi dengan rakyat jelata.
Saya masih ingat lagi pada beberapa tahun yang lalu, setiap minggu di televisyen akan menyiarkan banyak rancangan politik ‘talk show’. Setiap minggu rancangan tersebut akan membincangkan isu-isu yang paling panas pada minggu tersebut. Kalau isu yang dibincangkan ialah isu politik, maka para tokoh politik yang daripada parti memerintah atau parti bukan memerintah atau pemimpin NGO akan dijemput hadir ke stesen TV bagi mengupas isu tersebut. Pada masa itu, saya sering dapat menyaksikan persembahan yang menarik daripada para ahli politik yang berlainan pendirian bertikam lidah di dalam TV. Selain perlu berdebat dengan lawan politik secara lisan, malah mereka perlu menjawab pelbagai soalan yang tajam yang dilontarkan kepada mereka melalui para penonton yang menelefon masuk ke stesen TV. Boleh dikatakan sikap saya yang mengambil berat terhadap isu-isu semasa dipupuk pada masa itu dan adalah tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa pada ketika itu, merupakan zaman ‘bijih perdebatan politik Malaysia mula berkembang’. Namun apa yang mengecewakan ialah, semua rancangan ‘talk show’ ini bersama-sama menghadapi masalah ‘Rating yang kurang memberangsangkan’ dan perlu dijalankan ‘re-branding’ terhadap rancangan tersebut. Akhirnya atas pertimbangan dari segi ‘komersial’, semua rancangan seumpama ini terpaksa diperhentikan atau ‘di-re-branding’ semula sehingga menjadi suatu rancangan yang aneh. Sejak masa itu , ‘bijih perdebatan politik Malaysia’ mula layu dan kita menjejak masuk ke era ‘perdebatan politik bukan budaya kita’.
OK, memandangkan ‘perdebatan politik bukan budaya kita’, maka semua teori politik ahli politik kita dan kemusykilan rakyat kita tidak mempunyai suatu platform yang baik untuk dikemukakan. Dan sekarang tiba-tiba terdapat suatu peluang yang baik, malah ia merupakan siaran langsung, maka para ahli politik dan rakyat mestilah akan terasa sangat gembira sehingga mengeluarkan atau melakukan sesuatu yang ‘keterlaluan’ dalam perbahasan itu. Bagi saya, semua masalah teknikal yang berlaku pada hari tersebut adalah dapat difahami dan boleh dimaafkan. Kedua-dua orang ahli politik yang dari parti yang berlainan dan mendukung cita-cita politik yang lain, perlu menyempurnakan semua misi yang termasuk: puji diri sendiri, menyerang dasar lawan dan mempromosikan idea politk sendiri dalam masa yang kurang dalam satu jam, adalah tidak hairan kalau kedua-dua pihak gagal mempamerkan aksi debat yang professional. Kita tidak boleh menyangkal kebaikkan perdebatan politik, hanya kerana kedua pedebat gagal berdebat pada tajuk yang betul atau para penyokong masing-masing yang menunjukkan sikap yang agak memalukan. Sebaliknya kita perlu secara bersama-sama berusaha mempromosikan budaya perdebatan politik agar ia dapat bertumbuh sihat di Malaysia , daripada melakukan kerja mencari dan menyerang pihak yang berkelakuan liar pada hari tersebut.
Secara jujur, saya mengatakan bahawa preatasi kedua-dua orang pedebat pada hari itu agak mengecewakan. Masing-masing pun gagal menjawab soalan yang dikemukan oleh pihak lawan. Kita boleh membuat konklusi bahawa LGE dan CSL gagal mempamerkan aksi perdebatan yang bertaraf dunia kalau kita membandingkan mereka dengan perbahasan politik yang berlaku di Taiwan ataupun Amerika Syarikat. Namun kita juga boleh membuat konklusi bahawa kedua-dua pihak gagal menunjukkan perdebatan yang bertaraf antarabangsa kerana negara kita kurang terdedah kepada budaya perbahasan politik, dan ini sepatutnya menjadi alasan kuat kita untuk mempergiatkan lagi promosi perbahasan politik tempatan.
Bukankah UMNO sering mengatakan bahawa perdebatan politik tidak mampu untuk menyelesaikan masalah negara? Kenyataan seperti ini mungkin mendapat naungan daripada sesetengah pengundi. Akan tetapi, jika kita selalu menganjurkan perbahasan politik seumpama ini, atau menganjurkan debat politk yang berlainan bahasa agar para rakyat dari pelbagai kaum dapat menonton kebaikkan yang mampu diberikan melalui ‘perdebatan politik yang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah negara’ ini. Apabila rakyat sedar agar kebaikkan yang dapat dihasilkan dalam perbahasan politik, mereka akan menyeru pihak kerajaan agar menjalankan pertikaman lidah bersama lawan politik mereka. Keadaan ini mampu memberi tekanan yang besar kepada kerajaan kalau jumlah rakyat yang meminta kerajaan berdebat adalah banyak, sehingga membuat budaya perdebatan politik menjadi suatu budaya di Malaysia. Siapa yang mampu meramal bahawa perbahasan antara LGE dan CSL pada kali ini mampu menjadi ‘black swan’ pertama yang membawa kepada perbahasan antara PM kita Najib dengan Dato’ seri Anwar melalui siaran langsung TV pada esok hari?
VERY angry & puzzled : the debate between the 2 king Chinese was in Chinese mandarin BUT BUT BUT there was NOT a single Chinese word/character (or i din see it?) on stage background !!??
ReplyDelete@#$%^&* ...imagine NOW the non-Chinese pendatangs :
" hahahaha... babi lawan babi , bagus3 ...good3 ....babi J001 bagus, hahahaha hehehe hohohohoh ... !"
LGE is the ONLY non-bumi CM but but but the @#$%^&*mca/gerakan want to KILL him !? why why why!?
IF & only IF the bn win PP in GE13 will they let the babi mca/gerakan be a CM !!??
HEY, stupid mca/gerakan , IF u dun want to support LGE , it's ok, BUT dun sabotage lah ...@#$%^&* !
I'm non-DAP member but a 100% Malaysian !