Friday, February 17, 2012

Tidak wujud keadilan dalam percaturan politik antara dua kuasa?

Hari ini saya nak tulis satu post yang pro BN atas tanda terima kasih kepada jib gor yang bagi saya baucher 1Malaysia membeli buku.

Blogger Arab Saudi saudara Hamza Kashgari kerana mengeluarkan ‘kenyataan yang menghina nabi ’ dalam tweeternya, maka dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan Saudi Arabia. Walaupun saudara Hamza telah menurunkan kenyataannya di Tweeter dan cuba meminta pemaafan daripada kerajaan Saudi, namun rayuan beliau ditolak keras oleh kerajan negara tersebut. Maka Hamza ini terpaksa memilih jalan terakhir iaitu melarikan diri daripada kerajaan Saudi dan cuba meminta perlindungan di negara New Zealand. Biasanya cerita sebegini yang penduduk dari dunia ke-3 cuba melarikan diri daripada kerajaan mereka dan berlindung di negara-negara Barat, sentiasa berlaku dalam setiap tahun dan tidak ada apa-apa yang istimewa.

Namun , kerana cerita ini melibatkan Malaysia yang memang dikategorikan sebagai negara kuat dalam mengeksport jenaka antabangsa, cerita yang mula-mulanya boring ini tiba-tiba menjadi best. Kisah seterusnya saya malas nak tulis, kepada sesiapa yang berminat sila tekan link ini untuk membaca berita selanjutnya. Selain itu, pejuang hak asasi Malaysia dan para peguam Malaysia yang mengkritik kerajaan Malaysia tidak mematuhi undang-undang dan mencabuli hak asasi Manusia. Saya pun malas tulis, kalau mahu tahu lebih sila tekan link ini untuk membaca berita selanjutnya.


Kalau kalian nak tahu pendirian saya dalam kes ini, saya akan berkata pendirian saya sama dengan para pejuang hak asasi dan peguam-peguam yang disebutkan di atas. Saya memegang pendirian bahawa hak manusia merupakan hak yang paling tinggi daripada kedaulatan sesebuah negara, apatah lagi agama yang memang saya tak suka. Tapi saya baca komen di dalam internet, ada pihak yang menjadikan isu ini sebagai alat untuk menyerang kerajaan BN, saya rasa…rasa… ini dah terlalu meringkaskan isu ini …memang lah saya tidak setuju dengan tindakan kerajaan BN, malah saya berharap bahawa kerajaan BN akan melakukan perkara seperti di bawah:


Mula-mula, kerajaan BN memberi perlindungan kepada blogger tersebut atas nama hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.Lepas itu kerajaan menahan segala tekanan daripada dunia Arab, kerajaan Saudi dan juga bantahan penduduk Melayu tempatan, demi hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. BN tetap melindungi blogger tersebut. Malah PM kita Najib akan mengetuai kabinet Malaysia dan mengeluarkan kenyataan kepada dunia bahawa ‘Malaysia akan melindungi blogger ini at any cost atas nama hak asasi manusia dan kebebasan bersuara!’. Setelah kenyataan ini dikeluarkan, setiausaha agung PBB akan mengucapkan taniah kepada Malaysia atas usaha kerajaan BN yang menjadikan Malaysia sebagai antara model demokrasi negara di benua Asia. Selepas itu, President US akan mengeluarkan kenyataan di White House pada hari kemudian itu ‘Jib gor,you are the man, cool like a boss!’. Aircraft Carrier US yang berada dalam Lautan Asia Pasifik akan melancarkan tembakkan kosong ke atas udara sebanyak 11 das (nombor kesukaan PM kita) sebagai tanda hormat. Kerajaan Biritish yang tidak ingin ketinggalan dalam isu ini , juga kerja kuat dalam menghasilkan siri dokumentari untuk PM kita melalui BBC (secara percuma)dengan nama dokumentari ‘Jib gor,The Asian Guardian Angel’………………………………………
…………………………………………………………………………
Adakah anda berasa yang ini akan berlaku? Kalau tidak, kenapa masih menyalahkan tindakan kerajaan Malaysia dalam isu ini? Walaupun saya tidak setuju dengan tindakan BN dalam isu ini, tetapi saya cuba analysis ‘kerasionalan’ kerajaan melakukan sedemikian.
1. Hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Saudi tidak payah terjejas kerana seorang blogger
2. Tindakan kerajaan Malaysia yang mengaku kepada tuntutan Saudi tidak sepatutnya dilihat sebagai tindakan yang kehilangan kedaulatan negara. Hal ini demikian kerana percaturan politik antarabangsa adalah sangat kompleks dan rumit, sedangkan negara besar seperti China dan US perlu berhati-hati mengatur tindakan dalam diplomasi apatah lagi kita sebagai negara yang kecil?
3. Kalau kerajaan BN melepaskan seorang yang ‘menghina nabi’, kalau kes ini diketahui oleh PR lebih-lebih lagi PAS, sudah tentu mereka akan ambil kesempatan ini untuk menyerang BN. Macam mana BN nak menghadapi para pengundi Melayu nanti apabila mereka melepaskan seorang yang dituduh sebagai ‘pesalah yang menghina nabi’?
4. UMNO sentiasa mengisytiharkan mereka ini pejuang untuk agama, dan Malaysia juga sentiasa ingin menjadi pemimpin di negara Islam, isu kali ini merupakan satu peluang yang baik.
5. Kalau Kerajaan BN melepaskan blogger itu ke New Zealand, kemungkinan besar hubungan Malaysia dengan Saudi malah negara-negara Islam sedunia akan terjejas. Penduduk Melayu setempat tidak semestinya akan berbincang ‘hak asasi’ atau ‘undang-undang antarabangsa’ dengan seorang ‘penjenayah’ yang dilabelkan oleh negara Saudi sebagai ‘pesalah yang menghina nabi’.


Bagi mereka yang kuat menyerang BN dengan isu ini atas alasan ‘hak asasi manusia’ dan ‘protokol undang-undang’, saya ingin melahirkan pendapat saya yang berasa ‘percaturan politik antara dua kuasa tidak semestinya wujud keadilan’ , apatah lagi kuasa kecil seperti negara kita? Banyak factor yang perlu diambil kira oleh kerajaan BN seperti kerumitan percaturan diplomatik antarabangsa, hubungan antara dua buah negara, ideologi penduduk Melayu setempat sehingga pertimbangan dari segi undian, semua perlu ambil kira dan tidak dapat diringkaskan dengan hanya semata-mata mengeluarkan hujah ‘hak asasi manusia’ dan ‘protokol undang-undang’ sahaja.

Maka saya rasa tindakan kerajaan kali ini tidak membawa apa-apa kerugian kepada Malaysia. Kita tak rugi apa-apa. Apa yang kita rugi? Imej negara? Come on, kita tak pernah ada imej pun. Tambahan lagi, buat apa kita perlukan imej negara? Memajukan industri pelancongan? Jangan gila lah, pelancong mat saleh datang ke Malaysia hanya semata-mata nak tengok orang utan tetapi bukan nak lihat macam mana Malaysia ‘menghormati hak asasi manusia’. Mungkin kerajaan kita yang menembak para rakyat dengan pancuran air lebih mampu menarik perhatian mereka.
Macam mana dengan teori kalau hak asasi Malaysia jatuh, maka pelabur asing juga kurang melabur di negara kita? Hahaha….ini tidak akan berlaku, sebaliknya kalau nak menarik perlaburan para pelabur asing, maka kerajaan perlu lagi lebih menekan hak asasi manusia dalam negara. Kenapa? Hal ini demikian negara yang mempunyai hak asasi manusia yang tinggi akan mempunyai cirri-ciri seperti di bawah:
(a) Ada dasar gaji terendah untuk para buruh dan pekerja
(b) Ada dasar keselamatan tempat kerja yang sangat ketat
(c) Ada undang-undang yang mewajibkan para kilang mesti mempunyai sistem pengurusan kumbahan dan sisa toksik yang lengkap

Negara-negara seperti ini tidak diminat oleh pelabur asing kerana kos yang tinggi. Sebaliknya negara yang tidak menitikberatkan hak asasi seperti China yang menekan gaji pekerja mereka sehingga sangat rendah menjadi pilihan utama pelabur asing (seperti kilang i-phone di sana), selain itu negara yang tiada dasar yang ketat dalam mengawal kilang-kilang daripada mengeluarkan sisa toksik juga menjadi pilihan banyak kilang kimia (seperti Lynas yang bakal datang). Maka, atas nama menarik pelabur asing, kita mesti menekan perkembangan hak asasi manusia, itulah yang buat saya rasa tindakan kerajaan dalam isu kali ini memang tepat sekali!

Hujah pembantah BN yang terakhir, bukankah kita ‘membunuh seorang secara tidak langsung?’ Bukankah tindakan kita kali ini akan membuat negara US marah? Jangan bimbang wahai saudara-saudari sekalian. Pertama yang menjatuhkan hukuman mati itu ialah negara Saudi bukan kita. Kedua, memandangkan hujah blogger ini mampu mengundang hukuman mati kepadanya, malah setiap tahun di negara tersebut tidak tahu lagi betapa banyak kes yang sama telah berlaku selama ini. Akan tetapi, US tidak pernah pun berasa marah terhadap Saudi malah Saudi merupakan sekutu US yang paling kuat selepas negara Israel di kawasan Timur Tengah. Maka, tindakan kerajaan Malaysia yang bagi muka kepada Saudi, juga bagi muka kepada si hitam Obama. Maka kalian semua tak payah rasa bimbang bahawa mood US akan tersinggung dalam perkara ini.

Sekali lagi kerajaan Najib harus dibagi pujian dalam menangani kes ini, mereka kelihatan semakin lama semakin mahir, yakin dan professional dalam mentadbir negara. PR bakal menghadapi suatu lawan yang betul-betul hebat dalam pilihan raya yang akan datang ini, ini tidak termasuk lagi isteri kesayangan beliau yang sentiasa mampu membantu. PR, kali ini saya rasa korang akan dibelasah teruk dalam PRU yang akan datang,hahahaha…..


2 comments :

  1. Post kali ini nampaknya amat berlainan daripada post-post sebelum ini. Nampaknya agak menyebelahi pihak barisan.

    Walaupun saya menentang keras tindakan ini kerana ia mencabuli hak asasi seorang individu tetapi saya langsung tidak terkejut dengan tindakan yang telah di ambil oleh kerajaan dalam isu ini, amat mudah untuk membaca tindakan yang bakal diambil oleh mereka.

    Secara dasarnya kerajaan kita tidak sepatutnya campur tangan dalam apa jua hal politik/ isu-isu yang berlaku di negara berdaulat yang lain. Tetapi mahu tidak mahu dasar ini sering kali di pandang sebelah mata oleh pihak pihak yang berkepentingan. Mencampuri hal Negara lain sudah menjadi hobi Negara ini sejak dulu lagi. Dengan ber alasankan, *bersuara lantang* dan *memperjuangkan hak Negara tertindas* Negara kita sememangnya hero dan selalu menjadi antara yang pertama untuk mencampuri hal *rumah tangga* negara lain. Namun apa yang boleh kita lakukan? Ini sajalah yang mampu bagi sebuah Negara dunia ketiga untuk mencari publisiti murahan dengan mencampuri hubungan luar Negara lain. Kegiatan mereka ini tidak ketara namun boleh dirasai dan mampu dilihat sekiranya kita mengikuti perkembangan hubungan luar Negara kita dengan Negara lain.

    Bagi isu ini, saya dengan berat hati mengatakan penghantaran balik warga Saudi itu merupakan sebuah tindakan yang terbaik boleh dilakukan oleh kerajaan. Sekurang kurangnya kerajaan hanya boleh di kritik sebagai sebuah Negara yang tidak menghormati hak asasi manusia dan hal ini akan cepat dilupakan. Bahkan sebelum ini pun Malaysia pernah disenarai dalam ranking human trafficking yang agak tinggi juga, jadi isu malu kerana menidak kan hak seseorang individu itu bukanlah menjadi hal utama dalam isu ini. Bahkan sebagai balasan atas *keprihatinan* Malaysia ke atas hal ini, mereka dapat menjaga hubungan baik antara Saudi dan Malaysia. Pakatan alternative di dalam Negara juga tidak mampu berkata banyak kerana mereka tidak mahu di cop sebagai penghianat agama dan sebagainya.

    Apa pun tahniah kepada kepimpinan tertinggi kerana bijak dan dapat membuktikan bahawa mereka mampu berfikir sebelum membuat keputusan! Tak kisah lah nasib warga Saudi itu selepas ini, ia bukan tanggungjawab kerajaan Malaysia lagi, sedangkan nasib warganegara Malaysia sendiri pun banyak yang tidak pernah dipedulikan oleh kerajaan kita inikan pula ingin mempedulikan nasib warganegara Saudi itu.

    ReplyDelete
  2. Si gemuk:

    komen yang lebih kepada show off tahap penguasaan BM yang mampu dapat A1 dalam SPM daripada respond kepada post saya ini....= =

    ReplyDelete