Friday, December 30, 2011

Tahun 2012 yang excited!!!

Biasanya pada akhir tahun, semua akhbar akan memilih 10 tajuk hot untuk tahun tersebut. Sememangnya saya nak berbuat demikian untuk syok sendiri, namun disebabkan nak mencari contoh berita-berita panas tahun ini agak memakan masa, maka saya tulis dulu ‘harapan’ saya terhadap tahun yang bakal datang ini. Ingin aku berkongsi dengan kalian apakah berita yang best bakal berlaku pada tahun hadapan. Pada masa itu, kalau anda penyibuk macam saya, maka anda boleh sambil memakan koropok dan sambil menghayati semua perkara yang panas-panas ini.

Kita mulakan dengan hubungan antarabangsa~Tahun depan merupakan satu tahun yang agak istimewa , hal ini demikian kerana tahun depan terdapat banyak pilihan raya (P/R) atau peralihan kuasa pada kebanyakkan negara. Tahun depan negara US bakal berlangsung P/R mereka untuk memilih President baru mereka. Saya masih ingat lagi keadaan pada tahun 2008 ketika Obama diamanahkan oleh rakyat AS sebagai President. Disebabkan pada masa itu kesukaran untuk saya melayari internet dalam Universiti, saya hanya mampu mengetahui keputusan P/R tersebut lewat beberapa jam setelah keputusan rasmi diumumkan. Perasaan memuja saya terhadap AS bertambah setelah saya membaca ucapan kemenangan dan ucapan kekalahan daripada kedua-dua orang calon. Ucapan Obama yang membakar semangat dan ucapan Mc Cain yang masih bersopan walaupun tewas memberi impak yang besar kepada saya bahawa betapa majunya tamadun politik di AS. Impian Martin Luther King tercapai pada hari tersebut sejak orang berkulit hitam dijual ke AS sebagai hamba, sejak orang berkulit hitam terpaksa bagi tempat duduk kepada orang berkulit putih dalam bas, sejak beliau ditembak mati kerana ingin memperjuang hak yang adil kepada orang berkulit hitam di AS. ‘Kejayaan’ Obama sebagai President selama 4 tahun ini, hanya mendapat satu Anugerah Nobel ‘Keamanan’. Slogan beliau yang ‘Change’ sampai sekarang pun tak membawa ada apa-apa perubahan yang drastik kepada AS. Dasar luar Obama kelihatan lesu apabila beliau masih gagal memberi kata putus yang nyata bilakah tentera AS akan berundur dari medan perang yang berlaku dalam Iraq dan Afghanistan. Dasar beliau dalam negeri terutamanya polisi perubatan juga mengalami kegagalan yang besar kerana kurang mendapat sokongan daripada kedua-dua parti. Selain itu, pergerakkan ‘Occupy Wall Street ’yang berlaku dalam tahun ini, merumitkan lagi keadaan. Pemiskin yang mencangkupi 99% rakyat AS, Parti Tea, ‘penjajah Wall Street’, adalah mereka semua ini mampu member kesan yang besar terhadap P/R AS pada tahun depan? Mampukan Obama mempertahankan kedudukannya sebagai President? Adakah Parti Republik mampu kembali berkuasa di White House? Ataupun Parti Tea yang penyokongnya akar umbi AS mampu membuat kejutan? Kesemua faktor ketidak-pastian ini membuat keadaan politik AS pada tahun depan sungguh mendebarkan!

Seterusnya kita ke topik yang dimana kami orang Cina agak minat, iaitu kisah politik pada negara- negara orang Cina iaitu Taiwan, Hong Kong dan juga ‘tanah air’ China. Ketiga-tiga tempat di atas akan bertukar pemimpin pada tahun depan. Antara 3 tempat ini, rakyat akan berasa agak tidak berdaya dan boring sebab ‘Chief Executive’ yang dipilih sebagai pengarah untuk mentadbir Hong Kong bukan dipilih terus oleh semua orang Hong Kong, tetapi hanya permainan ‘pemilihan’ dalam beberapa ribu orang wakil ‘golongan elit sahaja.’ Apa yang lebih mendukacitakan lagi, iaitu kedua-dua calon tersebut merupakan ‘buku bertemu dengan ruasnya’, sama-sama teruk. :(

Taiwan pula menyaksikan President sekarang yang dari Parti GuoMinDang menerima saingan hebat daripada Parti MinJindDang. Parti MinJindDang selama ini memang dah popular dikenali sebagai sebuah parti yang alif dalam P/R tetapi lemah dalam mentadbir negara. Kalau langkah yang drastic tidak diambil oleh President Ma Ying-jeou sekarang, maka tidak hairan si Ma akan menerima nasib yang sama dengan Obama di AS, di mana masing-masing ditewaskan oleh seorang perempuan.( Tsai Ing-wen dan Palin). Jiran di selah Taiwan iaitu China tahun depan pun bertukar pucuk pimpinan, adakah pemimpin baru China akan menunjukkan dasar luar yang lebih agressif? Terutamanya dalam isu kepulauan dalam Laut China Selatan? Macam mana pula dengan keadaan North Korea setelah Kim Jong-il meninggal dunia, adakah Kim Jong-un mampu mengawal keadaan N.Korea seperti ayahandanya? Ataupun N. Korea juga akan mencontohi China dalam bertukar model ekonomi negara mereka daripada Komunisme kepada Kapitalisme seperti apa yang China buat dulu?
Di Eropah sana pula, antara negara yang penting yang akan berlangsung P/R ialah negara Perancis. Perancis dan Jerman merupakan dua negara utama dalam usaha menangani krisis mata wang Euro kali ini, jadi keputusan di Perancis sebanyak sedikit boleh memberi maklumat kepada Perdana Menteri Jerman, Angela Merkel bahawa apakah perasaan rakyat jelata terhadap usaha Perancis dan Jerman dalam menyelamatkan negara-negara Eropah lain yang ditimpa masalah kewangan. Di samping itu, negara PIGS yang ditimpa masalah ekonomi, adakah rakyat yang telah biasa menikmati kehidupan yang senang dari negara PIGS ini sanggup mengikat perut demi menghadapi krisis ini? Kalau tidak, adakah negara PIGS akan mengundurkan diri daripada zon mata wang Euro? Kalau macam tu, lagi besar lah krisis ekonomi sedunia pada tahun hadapan. Manakala pergerakkan ‘Occupy Wall Street’ di AS sana, adakah perjuangan pergerakkan ini mampu berevolusi kepada suatu reformasi politik atau ekonomi yang lebih bermakna? Dan sekaligus mengubah struktur ekonomi dan politik sedunia? Saya sangat menanti-nantikan ketibaan hari tersebut!

Last sekali, kita pulang ke Malaysia. Persoalan yang timbul di Malaysia ialah , adakah tahun depan akan menjalani PRU ke 13? Adakah Anwar akan masuk ke penjara? Siapa penganti Anwar dalam PR? Adakah ‘The Third Force’ seperti Tengku Razaleigh mampu menjadi ‘The King Maker’ dalam politik Malaysia? Keputusan dan proses PRU-13 sungguh mendebarkan, lagi-lagi keputusan PRU-13 kemungkinan terpengaruh kepada beberapa keputusan P/R yang saya sebut di atas. Selain itu, negara-negara dunia ketiga yang sama taraf dengan Malaysia, seperti Libya dan Mesir . Setelah beberapa revolusi sedunia yang berlaku pada tahun ini, banyak ditaktor negara tersebut telah digulingkan. Persoalannya mampukah rakyat di negara tersebut membina sebuah negara yang betul-betul menyayangi rakyatnya? Ataupun disebabkan taraf kesedaran sivik rakyat yang rendah pada negara-negara ini, tetap akan melahirkan ditaktor yang baru walaupun ditaktor yang lama telah ditewaskan. Dalam kumpulan pengganas pula, al-Qaeda mengalami kerugian besar pada tahun ini kerana Osama Laden telah dibunuh oleh tentera AS. Persoalannya al-Qaeda yang telah bertukar pemimpin, adakah akan berubah dari segi strategi dan pemikiran dalam melancarkan apa-apa operasi pengganasan? Faktor ini menjadi tahun 2012 lagi mendebarkan.

Selain kisah politik yang boring, kita beralih ke bidang sukan. Macam mana dengan Sukan Olympik London pada tahun depan? Disebabkan Sukan Olympik Beijing 2008 telah berlangsung dengan begitu jayanya, maka saya rak rasa England akan mengeluarkan wang yang banyak pada temasya kali ini semata-mata nak bersaing ‘kecanggihan’ seperti apa yang dibuat oleh China pada 4 tahun yang lalu. Tambahan lagi krisis ekonomi sedunia, badget untuk England dah berkurang lagi, salah-salah Ratu England terpaksa turun padang membuat persembahan dalam termasya tersebut kerana ingin jimatkan badget. Piala Euro 2012 juga berlangsung pada tahun depan, adakah Spanyol mampu mempertahankan kejuaraan mereka pada 4 tahun yang lalu? Sejauh manakah England mampu berjalan pada persaingan tersebut? Dalam EPL pula, adakah MC akan berjaya meraih kejuaraan? Adakah MU mampu memecut dari belakang? Ataupun Tottenham mampu membuat kejutan? Macam pula dengan Arsenal? Adakah mereka mampu kembali ke tempat ke-4 sekurang-kurangnya? Adakah Wenger akan membeli pemain yang baru? Ataupun beliau sendiri akan meninggalkan Stadium Emirates? Wajah disebalik topeng akan didedahkan juga pada tahun depan dalam manga. Di Samping itu juga akan menyaksikan kemunculan anak kapal yang kesepuluh dalam geng Luffy.


Dan akhir sekali ialah teori hari khiamat 2012. Kawan saya pernah tanya saya adakah ramalan ini betul? (macam mana saya tahu? = =) Namun saya tetap memujuknya dengan mengatakan “jangan bimbang bah~ itu cerita Orang Maya memang tak boleh diharap, kalau mereka betul-betul hebat meramal, takkan mereka sendiri akan pupus daripada tamadun dunia?”. Setelah kawan saya mendengar penjelasan saya, dia macam agak yakin bahawa tahun 2012 tak ada apa-apa yang akan berlaku. Saya berasa bahawa Tamadun Manusia memang akan musnah, tapi bukan dengan cara macam filem 2012, tetapi dengan cara peperangan , kelaparan, masalah iklim dan sebagainya. Maka, saya ingin menyeru semua pemimpin sedunia agar betul-betul membuat usaha yang drastik dalam menyelesaikan masalah iklim di dunia, saya tidak mahu mati sebelum habis membaca cerita (dan juga sebelum terhilang ke-daraan saya :p).

Maka, boleh kita membuat rumusan bahawa tahun 2012 merupakan satu tahun yang best, marilah kita sama-sama menantikan kedatangannya!




No comments :

Post a Comment