Dalam perhimpunan agung UMNO yang baru habis berlangsung minggu lalu, antara ahli politik yang paling mencuri tumpuan rakyat ialah Dato Shahrizat yang ‘terjebak’ dalam skandal kerbau…kisah ini berakhir dengan Dato Shahrizat berjaya menampilkan skill perbahasan dan teknik mengalih perhatian daripada isu sebenar beliau yang menakjubkan. Skandal ini bukan sahaja berjaya dielak olehnya dengan cantik, malah beliau berjaya menyatukan semua anggota wanita UMNO dengan menbakar semangat kakak dan adik UMNO bagi bertempur dengan PR dalam PRU-13 yang akan datang. Selepas AGM UMNO ini habis, ramai orang (terutamanya para ahli pembakang) mengkritik posisi Dato Shahrizat yang masih dalam wanita UMNO , mereka menggesa Dato Shahrizat agar meletakkan jawatan sebagai menteri ataupun ketua wanita UMNO sebagai respond terhadap skandal yang melandanya…
Ini lah sikap yang membuat saya tidak syok terhadap para pembakang PR ini. Saya mendapati satiap kali PR ini berjaya mendedahkan apa-apa sahaja skandal yang melibatkan BN, mereka lebih cenderung menggunakan isu/skandal ini untuk menyerang kewibawaan BN demi memaksimumkan kepentingan politik sendiri. Jika diperhatikan dengan baik, kelakuan PR dalam mendedahkan skandal BN akan mengikuti skip yang berikut:
1. PR mula-mula akan mendedahkan satu skandal besar, maka kes tersebut akan mendapat liputan besar daripada pihak media, dan rakyat akan berasa terkejut dan marah terhadap isu tersebut.
2. Lepas itu, PR akan memberitahu rakyat bahawa dalam skandal itu, ada ahli politik BN yang terlibat…
3. Lepas itu, PR akan membuat protes dengan mengangkat banner, membuat press conference, dan mendesak penjelasan daripada ahli politik yang berkaitan. Last sekali akan menggesa ahli politik tersebut agar ‘meletak jawatannya sebagai YB/Menteri sebagai tanggungjawab terhadap skandal ini’
4. Dan kisah seterusnya, mesti ahli politik yang dituduh ini akan menafikan segala tuduhan tersebut sekuat-kuatnya, dan biasanya mereka akan memberi amaran yang mereka akan menyaman kepada sesiapa yang sengaja merosakkan nama suci mereka.
5. Pada masa ini, para pembakang akan berasa gembira jikalau pihak yang dituduh membabitkan diri dalam skandal itu menafikan isu tersebut dengan sekeras-kerasya. Para pembakang rasa gembira kerana mereka boleh memperalatkan sifat tertuduh yang membuat nafian ini dalam menaikkan perasaan marah para rakyat dan sekaligus menjatuhkan imej musuh politik mereka.
Akhir sekali, apa yang berlaku? TAK ADA APA-APA YANG BERLAKU SETERUSNYA! Mereka hanya akan menjadi aktif sekiranya terdapat skandal yang seterusnya…
Tidakkah anda berasa fenomena ini sangat bermasalah? Contohnya kes abang kerbau kali ini, PR hanya menitikberatkan serangan mereka ke atas point ‘Dato Shahrizat perlu letak jawatan’. Ini menunjukkan kepada 2 masalah :
Pertama, adakah semua masalah dalam skandal ini selesai sekiranya Dato Shahrizat meletak jawatan?
Kedua ialah, dalam skandal kerbau ini, adakah masalah yang paling besar dan perlu diambil tumpuan ialah adakah Dato Shahrizat perlu kekal sebagai menteri, tetapi bukan tindakan ‘black box’ di sebalik isu ini?
Sebab boleh berlakunya skandal kali ini ialah ketidakadil dan tidak transparent prosess kerajaan dalam memilih kontrakror, dan juga piawai kerajaan memberi mandat kepada sesuatu syarikat juga tidak jelas. Namun , pihak pembakang tidak member tumpuan dalam masalah sistem yang ada dalam negara kita, tetapi hanya sibuk membuat ‘show’ yang mendesak agar menteri meletakkan jawatan. Saya berkata kelakuan para pembakang yang mendesak menteri meletakkan jawatan sebagai suatu ‘show’, adalah kerana mereka jelas sangat dengan ‘budaya’ Malaysia yang tidak ada menteri yang perlu letaj jawatan ketika menghadapi apa-apa skandal. Maka PR yang dah mengerti ‘budaya’ ini, masih sibuk dengan ‘desakkan’ mereka bagi meningkatkan populariti dalam kalangan rakyat. Hal ini demikian sungguh tidak baik kepada pembangunan yang berterusan terhadap negara kita.
Cuba renungkan…kalau sebelum PRU-13 berlangsung , Dato Shahrizat tiba-tiba meletak jawatan , maka perasaan benci kepada BN yang dipermainkan oleh PR atas skandal Dato Shahrizat akan hilang. Selain itu, disebabkan PR telah menyamakan tafar skandal kerbau ini sama dengan Dato Shahrizat perlu letak jawatan, maka kalau beliau betul-betul letak jawatan, maka skandal ini akan close file. Semua masalah disebalik skandal ini seperti persoalan tidak transparent prosess kerajaan dalam memilih kontrakror, dan juga kriteria kerajaan memberi projek kepada sesuatu syarikat masih tidak terjawab. Maka, kalau masalah yang bersifat sistem ini tidak terjawab, skandal yang sama masih akan berulang untuk tahun yang akan datang…paling-paling watak utamanya akan bertukar dariapda abang kerbau kepada akak kambing. Sememangnya pada masa itu para ahli pembakang sekali lagi akan mendesak ahli politik lain yang terlibat dalam skandal ‘letak jawatan’…Tetapi akhirnya, rakyat Malaysia yang menaggung semua kerugian itu…
bagus apa PR suruh kak jat letak jawatan hukuman sbb menyeleweng tnggungjawab dia sbg menteri..
ReplyDeletesbb buat apa lantik orang yang x berguna jadi ketua..lagipun "ketidakadil dan tidak transparent prosess kerajaan dalam memilih kontrakror, dan juga piawai kerajaan memberi mandat kepada sesuatu syarikat juga tidak jelas" adalah salah mandat dr kerajaan malaysia yakni bn ke untuk kak jat..salah kah PR dalam hal ni?
bgs dia letak jawatan dan pergi jaga lembu2 tu sendiri dr terus duk menafikan fidlot tu x ada kena mengena dgn dia....
dia n kroni2 lembu dia harus bertanggungjawab terhadap kerugian projek lembu2 tu..jangan buat senyap..bukan duit dia..duit kita rakyat malaysia..
p/s: saya pun nak jadi pengembala lembu kalau sebulan gaji rm100 000..
Tindakan minimun yang patut dilakukan oleh Dato Shahrizat ialah meletakkan jawatan, itu yang paling basic
ReplyDeletetapi PR sebagai pihak yang mengawasi tindak laku kerajaan ,sepatutnya tidak patut menumpukan tenaga mereka dalam isu ini kepada mendesak Dato Shahrizat untuk letak jawatan (walaupun beliau memang perlu melakukan sedemikian)
mereka seharusnya mendesak kerajaan menbetulkan semua piawai dan kriteria dalam pemberian tender, kalau masalah dalam sistem ini (ketidakadil dan tidak transparent prosess kerajaan dalam memilih kontrakror ....) tidak diselesaikan, maka lain hari kes yang sama masih akan berulang. Jadi apa maknanya menggesa Dato Shahrizat letak jawatan sedangkan asas kepada masalah ini (masalah sistem dalam kerajaan ) masih tidak selesai?
Sebab kalau pembakang mendesak kerajaan membuat siasatan dalam sistem pemberian tender (contohnya siapa yang luluskan tender ini? mengapa akan diluluskan walaupun penerima projek ini kurang pengalaman? apa kelebihan yang ada pada suami Dato Shahrizat yang tiada pada pesaing lain sehingga membuatnya terpilih? apa penalti kerajaan kepada penerima projek yang gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan? dan banyak lagi...) kalau ini semua disiasat satu persatu, nesacaya banyak lagi 'orang besar' akan muncul ...dan juga mungkin lebih banyak lagi masalah, pembaziran, rasuah telah berlaku di sebalik kes ini. Dengan cara ini, makin banyak wang rakyat dapat diselamatkan...
kalau masalah dalam sistem kerajaan memberi tender dapat diselesaikan , maka pada lain hari kes pecah amanah akan hilang atau berkurangan dengan banyak. Menyelesaikan masalah dari akar umbinya lebih baik daripada PR yang hanya menggesa orang yang terbabit letak jawatan. Sebab walaupun orang yang bersalah dah letak jawatan, masalah dalam sistem masih wujud, orang yang lain masih berpeluang melenyapkan wang rakyat melalui sistem yang bermasalah ini