Saya agak tersinggung ketika ‘dipuji’ oleh kawan-kawan saya sebagai seorang ‘aktivis masyarakat’, atsa kerana sikap saya suka mengambil tahu pasal isu-isu semasa dalaman negara. What the fuck!? Secara jujur saya berkata, apakah definisi sebenar bagi ‘aktivis masyarakat’ saya pun tidak tahu, apatah lagi menjadi sebahagian daripadanya. Saya hanya seorang rakyat Malaysia yang biasa, tetapi saya berasa marah atas pelbagai dasar kerajaan yang tidak adil, rasuah dan salah guna kuasa, polisi yang berlawan dengan hak asasi manusia. Maka saya akan sentiasa mengambil tahu isu-isu dalaman negara melalui akhbar atau media eletronik yang lain, ataupun melahirkan perasaan tidak puas hati saya terhadap dasar kerajaan di dalam internet.Selain itu, kalau kebetulan terdapat himpunan awam di mana saya bersependapat dengan tuntutan himpunan awam tersebut, maka saya akan melibatkan diri dalam himpunan tersebut agar suara saya dapat menarik perhatian daripada pihak berkuasa.
Mengambil berat terhadap berita-berita semasa negara, peka terhadap pelbagai isu dalaman negeri, melibatkan diri dalam himpunan aman yang di mana tuntutnya selaras dengan kepercayaan kita, hanya merupakan suatu kelakuan yang biasa oleh seorang warganegara biasa. Sedangkan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia telah termaktub hak asasi kita sebagai rakyat Malaysia dalam menerima informasi, hak dan kebebasan kita dalam mengkritik dasar kerajaan, hak asasi kita dalam menyertai pelbagai himpunan awam , maka kalau saya menggunakan semua hak asasi saya ialah sesuatu yang biasa, dan adalah tidak sesuai melabelkan saya sebagai seorang yang berani ataupun ‘aktivis masyarakat’. Saya hanya melaksanakan hak saya sebagai seorang warganegara sahaja. Contohnya dalam jalan raya, kalau seorang pak cik tua telah terjatuh, saya rasa memang kewajipan setiap orang untuk menolong pak cik tersebut. Tiada orang akan mengatakan bahawa insan yang menolong pak cik itu sebagai seorang yang “pejuang hak asasi manusia”, “golongan moralan”, atau “aktivis perjuangan hak warga emas”.
Mungkin ada yang mengatakan ,“kalau awak tidak puas dengan dasar kerajaan sekarang, boleh meluahkan ketidakpuasan hati awak melalui undian dalam pilihan raya yang akan datang, kenapa sudah payah pergi berdemonstrasi?” Tapi kalau bagaimana kalau sistem pilihan raya kita tidak adil? Ataupun kalau kerajaan buat sesuatu yang menentang kepentingan rakyat, akan tetapi pada ketika itu masa pilihanraya belum tiba lagi, adakah ini bermaksud kita semua ini terpaksa berdiam sahaja sehingga pilihan raya datang? Ataupun macam mana kalau keputusan piliharan raya akan ‘diragut’? Contohnya kerajaan yang dipilih sah oleh rakyat melalui proses demokrasi , akan jatuh melalui ahli dewan rakyat/negeri melompat parti (seperti apa yang berlaku di negeri Perak sebelum ini), adakah anda masih perlu menunggu pilihan raya yang akan datang lagi dan “meluahkan ketidakpuasan hati awak melalui undian”?
Tiada orang suka bangun pagi pada hari weekend yang selesa, dan lepas itu bergesa-gesa lagi menuju ke destinasi yang ditetapkan. Tambahan lagi, para rakyat yang menyertai himpunan seperti ini bukan sahaja tidak mendapat apa-apa manfaat, malah perlu menahan banyak tekanan dan kekerasan yang diberikan oleh pihak berkuasa. Dalam himpunan Bersih 2.0 yang berlaku pada 9 July yang lalu, kita suka menyelar para peserta pada himpunan tersebut sebagai ‘hero’ dan ‘parajurit’. Namun saya tidak berasa mereka ini sebagai hero ataupun pejuang. Saya rasa mereka ini hanya rakyat Malaysia yang biasa, dan melakukan sesuatu yang mereka rasa patut dilakukan.
Saya pernah menonton sebuah filem yang digubah daripada kisah sebenar, 《Freedon Writer》. Cerita ini mengisahkan kisah-kisah antara seorang cikgu dengan murid-muridnya. Dalam filem tersebut, terdapat satu adegan yang menceritakan setelah murid-murid kelas itu habis membaca sebuah novel yang berpengaruh besar dalam abad ke 20, 《The Diary of a Young Girl》,mereka berasa sangat terharu. Akhirnya mereka mengutip derma daripada masyarakat tempatan dan berjaya mengundang Puan Miep Gies yang melawan perintah Rejim Nazis dan menyorok Anne yang berketurunan Yahudi di rumahnya pada era Perang Dunia ke-2 ke Amerika. Ketika murid dalam filem itu cuba mengelar Puan Miep Gies sebagai “Hero” atas kelakuannya yang berani, segera Puan Miep Gies menolak kenyataan tersebut dan berkata, “Saya hanya melakukan sesuatu yang saya rasa saya patut buat, kerana itu merupakan sesuatu perkara yang betul”.
Sama lah dengan mereka yang berani tampil diri ke Bersih, Kempen anti Lynas dan Melindungi Jalan Sultan, mereka tampil bukan kerana berbekal dengan kuasa luar biasa seperti yang ada pada Superhero dalam movie, tetapi satu kepercayaan yang berasa mereka sedang buat sesuatu yang mereka rasa patut buat, kerana itu merupakan sesuatu perkara yang betul. Orang awam yang menyertai perhimpunan ini, mereka ada pelajar, ada suri rumah tangga, ada pejaja, ada lelaki, ada perempuan, ada orang yang daripada pelbagai pekerjaan, ada orang yang daripada seluruh lapisan masyarakat, tetapi TIADA SUPERHERO. Setelah perhimpunan itu bersurai, mereka akan kembali ke kehidupan masing-masing, kembali ke tempat kerja masing-masing, lepas itu akan menjadi seorang pejalan di jalan raya yang langsung tidak menarik perhatian awak.
Ada orang mengatakan bahawa masyarakat yang perlukan Superhero merupakan suatu masyarakat yang sangat teruk. Hal ini demikian dalam setiap filem superhero, masyarakat yang mempunyai suatu Superhero sering merupakan satu masyarakat yang banyak bencana. Cuba bayangkan, kalau dalam satu hari, masyarakat kita akan memuji seorang insan yang menolong pak cik tua yang terjatuh sebagai “Hero”, alangkah tragis masyarakat tersebut. Keadaan yang sama juga boleh diaplikasikan, ketika masyarakat kami memuja rakyat biasa yang melaksanakan kewajipan asas sendiri sebagai warganegara yang prihatin sebagai ‘Hero’, alangkah tragis juga masyarakat kita ini. Saya tidak mahu menjadi Superhero dan tidak berharap negara saya akan muncul Superhero, kerana setiap Superhero akan ditemani oleh suatu atau lebih Super-jahat yang sentiasa menjahanamkan rakyatnya. Kami hanya warganegara yang prihatin terhadap negara ini, dan tampil melahirkan perasaan dan pendapat kami terhadap negara ini. Kami bukan Superhero, tetapi kami hanya orang awam yang langsung tidak menarik perhatian.
No comments :
Post a Comment