Disebabkan mempunyai satu pekerjaan yang menyusahkan, saya sentiasa berpeluang untuk menjejak kaki ke seluruh kawasan di Kota Kinabalu. Dalam banyak kawasan di KK, pemandangan yang saya paling suka ialah laut. Saya selalu satu orang berdiri di tepi laut bagi menghayati keindahan laut di Sabah ini. Saya tidak tahu bagaimana nak mengambarkan kecantikkan laut di sini, pokoknya ia amat cantik, indah dan damai, Sabah merupakan suatu negeri yang sungguh menakjubkan. Tiba-tiba saya rasa ingin menangis, kerana mengenang tanah air yang cantik lagi indah ini tidak dijaga dengan baik , malah diekspoiltasikan oleh para politikus yang puk**yam dan menjadikannya antara negeri yang termiskin di Malaysia. (Walaubagaimanapun, ketika PM kita yang tercinta melawat Sabah pada bulan yang lalu, beliau ada mengumumkan bahawa negeri di bawah bayu ini bukan negeri yang termiskin di Malaysia, kenyataan beliau membuat orang-orang di Sabah termasuk saya begitu bangga sekali…)
Sejak dari dulu lagi , saya dah berasa kecil hati dengan polisi kerajaan persekutuan yang tidak mengiktiraf kedudukan negeri Sabah dan Sarawak (S & S) sebagai salah satu negeri daripada keseluruhan 13 negeri di Malaysia.
Kerajaan persekutuan hanya menganggap Malaysia mempunyai 11+2 buah negeri, di mana S&S dianggap sebagai ‘pelengkap’ kepada Malaysia. (13 tidak sama dengan 11+2). Sejak dari dulu lagi, saya berpendapat bahawa penduduk di Malaysia (semenanjung dan S&S) adalah memahami antara satu sama lain, biarpun kita dipisahkan oleh satu Laut China Selatan. Tapi khayalan saya ini berkecai apabila menyaksikan sebuah rancangan Talk Show di TV. Tema Talk Show tersebut ialah berbincang pasal intergrasi dan persefahaman antara penduduk S/M dan S&S. (Latar belakang terhasilnya tema untuk Talk Show ini adalah kerana sebuah jabatan lebih kurang seperti Jabatan Pelancongan, telah mengadakan suatu program memperkenalkan Malaysia kepada dunia di luar negara. Namum demikian, jabatan tersebut ‘terlupa’ masukkan negeri S&S ke dalam menu mereka, dan hanya mampu memperkenalkan 11 buah negeri di S/M kepada pelancong- pelancong luar negara)
Dalam rancangan Talk Show yang saya sebutkan tadi, ia mempunyai satu seksyen di mana krew rancangan tersebut akan mengutip pendapat daripada penduduk awam di tepi jalan. Apa yang betul-betul mengejutkan saya ialah di mana lebih daripada separuh orang awam (remaja dan belia)yang ditemu ramah itu , sama-sama mengatakan bahawa mereka ‘tidak tahu bahawa adanya negeri S&S’. Apabila saya dengar jawapan mereka,
hati saya terfikir: ‘wtf, bukankah bilangan negeri di Malaysia ada diajar ketika di sekolah rendah lagi? Biarpun mereka ini tidak membaca buku, mereka juga akan ternampak peta Malaysia yang muncul di TV kan? Macam mana boleh terjadi tidak tahu pasal negeri S&S’? Akan tetapi, saya tetap bersyukur terhadap Malaysia kerana masih terdapat separuh lagi penonton yang ‘pernah dengar’ pasal Sabah dan Sarawak. Tapi hati yang berkecai sekali lagi apabila mendengar jawapan mereka yang separuh bergurau, separuh tidak tahu yang mengatakan ‘orang di sana macam tinggal di atas pokok’…
Teori ‘orang Sabah tinggal di atas pokok’ ini saya pernah dengar dari mulut guru saya yang balik belajar dari S/M, namun saya masih kurang yakin dengan kenyataan guru saya bahawa yang orang S/M berasa kami tinggal di atas pokok. Akan tetapi ,akhirnya saya terpaksa menerima hakikat ini ketika saya masuk ke Universiti. Kawan U saya yang berasal dari S/M ‘memuji’ negeri Sabah dengan mengatakan
‘tidak sangka negeri Sabah begitu ‘maju’, sebelum ini saya ingat kamu orang tinggal di atas pokok’.
Ketika itu, saya mengalami kejutan hati yang sangat besar , sama dengan perasaan saya ketika pertama kali tengok gambar bogel perempuan. Persoalan yang timbul di dalam hati saya ialah, ‘Betapa besarnya jurang yang wujud di antara penduduk dari S/M dan S&S?!!!’
Ok, mari kita bincang pasal politik pula. Teori saya yang berasa marah dengan kerajaan persekutuan kerana menganggap S&S sabagai 11+2 negeri di Malaysia berubah apabila membaca artikel yang ditulis oleh Raja Petra ini: Dear voters of Sabah and Sarawak. Sila click untuk membaca artikel yang bagus ini. Menurut Raja Petra, S&S bukan ‘menyertai’ Malaya lalu membentuk Malaysia hari ini. Tetapi Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya, 4 buah kuasa yang lain bergabung dan membentuk satu negara, iaitu Malaysia. Oleh kerana pemimpin S&S pada masa itu, berasa bimbang bahawa kepentingan rakyat Sabah akan diambil alih oleh negeri-negeri di semenanjung di mana ekonomi dan kesedaran politik mereka adalah lebih tinggi, maka wujudlah perjanjian seperti Perkara 20 yang menjaga kepentingan negeri Sabah. Namun selepas itu, berlakunya banyak perkara seperti perebutan kuasa setempat, kejadian ‘air-crush’ yang aneh, UMNO yang terlalu berkuasa, perpecahan bumiputera tempatan, kemasukkan PTI yang sangat banyak , telah mengubah iklim politik di negeri ini. Negeri Sabah yang dari dulu memang sama taraf dengan S/M, akhirnya hilang kuasa dan menjadi pengikut sahaja kepada kerajaan persekutuan. Statisitk menunjukkan bilangan pedatang dari negeri asing yang menjadi warganegara tempatan telah melebihi bilangan penduduk tempatan, jika kalian orang Sabah atau pernah datang ke Sabah, bila anda berada di dalam jalan raya atau mana-mana tempat awam, sudah semestinya anda faham maksud saya. Dulu ketika PM kita yang tersayang menjejak kaki ke negeri bumi Kenyalang, beliau pernah memuji keadaan negeri Sarawak yang di mana pelbagai kaum dapat hidup aman dan damai, merupakan contoh terbaik kepada konsep 1 Malaysia yang beliau cadangkan. Ketika saya membaca berita tersebut, hati saya terguris dan berkifir “wtf, kalau Sarawak boleh menjadi contoh kepada 1M, Sabah yang sini mesti boleh jadi contoh terbaik 1 World. = =”
Berbincang terhadap setiap perkara tidak adil yang berlaku di negeri ini, Pakatan Rakyat hanya akan membagi tahu awak, “jom ubah, lepas itu kehidupan anda akan jadi baik ”. Menurut ‘kitab suci’ PR iaitu <Buku Jingga> , mereka berjanji akan kembalikan royalty petroleum 20%(dan mineral hydrocarbon yang berkaitan) kepada penduduk setempat, mewujudkan suatu suruhanjaya khas diraja bagi menyiasat masalah PTI di Sabah (boss, ini PTI berjuta-juta, saya rasa lebih baik PR menyiasat sahaja siapa yang sah, lagi cepat siap kerja), menjadikan S&S sebagai rakan yang sama kuasa di Malaysia dan akan membangunkan infrakstruktur setempat agar setaraf dengan keadaan di S/M , kalaulah mereka diberi amanah sebagai pentadbir negara. Well~, walau bagaimanapun, saya masih tertarik dengan hujah yang dikemukakan oleh Raja Petra. Raja Petra berpendapat kalau pemikiran penduduk S&S masih berasa S&S merupakan pelengkap kepada negara Malaysia, maka tidak kisah yang berkuasa BN atau PR atau lain-lain, nasib orang kedua-dua negeri ini masih di tangan orang lain. Maka, beliau mencadangkan bahawa kedua-dua negeri ini membentuk suatu perikatan seperti North Borneo Alliance. (saya cadangakn nama North Borneo Treaty Organization
, maka boleh jadi NATO dalam short form. ^ ^)Di mana perikatan ini bersifat neutral dan tidak memihak kepada BN atau PR. Namun, perikatan ini mampu menjadi ‘King Maker’ di arena politik Malaysia. Hanya dengan cara ini, nasib penduduk S&S boleh berubah dan dalam tangan sendiri.
Walaupun cadangan Raja Petra kelihatan bernas dan menarik, tapi kalau mengenali keadaan politik di Sabah, cadangan ini langsung tidak dapat dilaksanakan. PR di sini lebih teruk daripada BN, saya rela mengundi BN daripada PR Sabah. Jadi , kalian dapat bayanglah betapa teruknya PR di Sabah. Pada Pilihan Raya Umum yang lalu, BN mendapat sokongan padu daripada pengundi Sabah, banyak analisis mengatakan hal ini demikian kerana ‘penduduk pedalaman Sabah kurang mendapat info semasa (kan sebab tinggal di atas pokok, maka tak dapat online bah~)’, maka mereka semua banyak menyokong BN. Teori ini memang ada kebenarannya, tetapi saya rasa sebab paling utama yang PR tewas teruk di Sabah ialah sikap bodoh parti pembangkang di Sabah. Mereka ini selalu lawan antara sama lain, bila ada PRU, sering berlaku perang 7-8 penjuru, macam mana nak tewaskan BN dalam PRU? Tambahan lagi, semua pemimpin PR ini jarang muncul pada biasa hari, tetapi hanya akan muncul bila ada pilihan raya umum atau kecil. Pada masa itu, baru rakyat Sabah nampak mereka tampil keluar dan menjadi jaguh anak Sabah dalam mempertahankan hak kami bla…(dan sehingga sekarang, saya pun tidak pasti sama ada PR di Sabah telah settle dengan perbincangan pembahagian kerusi untuk bertanding, agar dapat secara one on one lawan BN pada PRU yang akan datang)
Faktor lain yang membuat saya berasa pessimistik terhadap cadangan ‘NATO’ ini ialah perpecahan kuasa politik dalam kaum yang terbanyak di Sabah, Orang Kadazan. Disebabkan kuasa politik dan agama, Orang Kadazan di Sabah telah berpecah belah, nasib mereka tidak lagi di tangan mereka sendiri. Dari ‘kemalangan kapal terbang’ yang berlaku kepada Tun Fuad, sampai ‘hero Orang Kadazan’ Joseph Pairin Kitingan yang masuk balik ke dalam BN, dan juga adik beliau Jeffrey Kitinga yang gagal memain peranan besar dalam PKR, saya tidak rasa kuasa Orang Kadazan mampu mengubah keadaan mereka di Sabah. Orang Cina Sabah yang pernah menjadi kaum kedua besar di Sabah, seperti biasa, masih berlawan sesama sendiri. Dan mereka juga telah berpecah kepada beberapa parti yang saya pun tak tahu semua nama parti mereka. SAPP yang pernah melahirkan seorang Ketua Menteri Sabah, kini dah keluar dari BN dan ingin bertanding dengan kuasa sendiri. Namun betapa banyak pengaruh yang masih dimiliki oleh bekas KM ini, menjadi suatu persoalan yang besar. Mereka sekarang hanya mampu mengubah filem ‘Ip-Man’ di youtube dan memainkan isu setempat Sabah demi publisiti sendiri. Politikus Sabah mahupun dari parti pemerintah ataupun parti pembakang, selalu berlawan sesama sendiri demi kepentingan yang sedikit sahaja berbanding kepentingan anak-anak Sabah, jangan lah berharap mereka akan bersatu demi cadangan NATO. Secara konklusinya, Sabah tiada pemimpin politik yang kuat seperti Tun Dr M ataupun Lee Kuan Yew dalam memperjuangkan kepentingan orang Sabah.
Dengan keadaan semangat Orang Kadazan yang dulu terkenal dengan semangat pejuang yang tinggi sekarang dah jadi malap, dengan keadaan Orang Cina Sabah masih gembira dengan berlawan sendiri, dengan keadaan yang awak tidak dapat bezakan PTI dan Penduduk setempat, tidak cakap lagi Taib Mahmud yang berkuasa penuh dalam Sarawak, cadangan ‘NATO’ ini, saya berasa tidak mungkin dapat dilaksanakan. Anjing Borneo (bentuk peta Sabah yang kelihatan sebagai anjing), hanya mampu terus memandang laut, dan mengeluarkan tangisan yang sedih…
Pasal kisah ‘kemalangan air crash’, sila baca artikel ini : “Truth Is The Remedy To All”. Fuad Stephens and his Cabinet Members "POLITICALLY ASSASSINATED" ?
No comments :
Post a Comment