Friday, May 4, 2012

Psikologi disebalik keganasan Polis dalam Bersih 3.0

Pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu, keganasan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas rakyat dan para media telah menimbulkan banyak kemarahan daripada rakyat Malaysia. Setiap pihak masing-masing menunding jari ke atas polis atas keganasan yang dilakukan. Namun, saya lebih berminat terhadap psikoligi pihak polis kita daripada hanya memarahi pasukan polis.


Saya berasa begitu hairan sekali, apakah sebab yang membuatkan mata-mata kita melakukan keganasan kepada rakyat kita yang sememangnya berhimpun secara aman dan damai? Tambahan lagi mereka langsung tidak bersenjata atau membawa apa-apa barangan yang berbahaya.




Mungkin anda akan beritahu saya , bahawa polis yang mengganas itu bertindak mengikut arahan. Ya, saya tahu masing-masing menjalankan tugas mengikut arahan, tapi apa yang saya mahu pertikaikan ialah biarpun polis kita mendapat arahan untuk ‘memberkas rakyat yang berhimpun’, mereka masih boleh memilih sama ada memberkas dengan cara yang tegas tetapi tidak ganas, atau memberkas dengan cara yang ganas dan kejam. Kami hanya rakyat biasa, kami bukannya penjahat yang berbahaya, apasal guna cara yang begitu keras sekali ketika memberkas para rakyat? Jangan bagi tahu saya hujah seperti “polis itu ‘anjing’ kerajaan” . Kita sama-sama mengetahui bahawa setiap insan dalam dunia ini mempunyai hati yang baik, dan setiap orang tidak akan mengamuk kalau tanpa sebab . Namun , para rakyat dalam Bersih 3.0 tidak pernah bermusuh dangan PDRM kita, jadi mengapa PDRM kita sanggup melakukan kekejaman yang begitu keras ke atas rakyat kita?


Apakah yang dimainkan dalam isi hati pihak polis ketika mereka memukul para rakyat kita yang berada di jalan raya? Bukankah dalam rakyat yang berdemo ini, terdapat orang tua dan budak-budak? Bukankah polis sedia maklum bahawa kalau melepaskan gas pemedih mata ke kolompok rakyat yang banyak lagi berhimpit, apatah lagi dalam jalan kecil yang dipenuhi oleh banyak orang, kemungkinan besar akan menimbulkan kepanikan dalam rakyat ? Dan keadaan yang panik ini jika berlaku dalam kawasan sesak dan banyak orang ,kemungkinan besar akan mengundang tragik di mana kes pijak-memijak orang akan berlaku. Dan mengapa pihak polis kita masih sanggup melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat yang tidak berbahaya ini? Apakah sebab yang membuat pihak polis kita begitu ‘benci ’ kepada para rakyat yang menyokong Bersih dan kempen anti kilang Lynas? Apakah kita dalam mata pihak berkuasa ketika mereka sedang memukul kita? Adakah terdapat sesiapa atau apa-apa sebab lain yang membuat pihak polis berasa benci kepada golongan rakyat yang sokong Bersih? Adakah polis ‘dicuaikan’ oleh pihak-pihak tertentu dengan kenyataan bahawa orang ramai yang menyokong Bersih ini merupakan ‘pengganas’ yang cuba merampas kuasa kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya? Maka dengan hati yang ingin melindungi negara, PDRM terpaksa berkeras dan berkejam terhadap kita?

Selain itu, saya pernah terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang peserta Bersih 3.0 dalam FB, yang berkisah tentang perbincangan peserta tersebut dengan seorang pihak polis yang bertugas. Polis tersebut berasa hairan terhadap para rakyat yang begitu bersungguh-sungguh ‘menjatuhkan kerajaan yang sah dengan cara berdemokrasi’. Peserta Bersih itu cuba menjelaskan kepada encik polis tersebut bahawa tujuan Bersih diadakan bukan untuk “menggulingkan kerajaan”, tetapi hanya meminta suatu sistem pilihan raya yang lebih adil dan saksama. Tapi encik polis ini masih kelihatan keliru dengan penjelasan para penulis artikel ini, dan tetap berasa bahawa kalau kerajaan baru yang dibentuk oleh PR berjaya mengambil pucuk pimpinan negara, maka semua pihak polis akan ditamatkan perkhidmatan mereka, dan pihak polis yang baru akan direkrutkan semula.


Sekali lagi saya berfikir apakah terdapat pihak tertentu yang ‘memberitahu’ pihak polis bahawa kalau PR mengambil pucuk pimpinan kerajaan Malaysia, maka semua polis akan diperhentikan perkhidmatan mereka atau dikenakan hukuman? Maka dengan perasaan takut kehilangan kerja atau dikenakan tindakan, barulah pilak polis begitu ‘bersungguh-sungguh’ membelasah para perhimpun pada 28 April yang lalu? Hal ini juga membuat saya teringat kepada sejarah pertubuhan Independent Commission Against Corruption (Hong Kong). ICAC yang mula-mula ditubuhkan dahulu, mengambil langkah yang drastik dalam usaha membanteras gejala rasuah dalam Hong Kong pada masa itu. Tindakan ICAC yang keras mendapat tentangan yang keras daripada pihak polis HK masa itu. Akhirnya, ketegangan itu menjadi rusuhan pada 28 Octokber 1977, di mana banyak polis menyerang dan mencederakan agen-agen ICAC. Akhirnya, governor HK pada masa itu, Crawford Murray MacLehose, Baron MacLehose of Beoch mengambil langkah untuk ‘memaafkan’ polis. Beliau mengumumkan suatu dasar di mana “selain daripada pihak yang sedang dibicara, pihak yang sedang berada di luar negara tapi dimahukan oleh pihak ICAC, pihak lain yang melakukan kegiatan rasuah sebelum tarikh 1 Januari 1977, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak ICAC”. Pengumuman ini berjaya melegakan ketegangan yang wujud di antara pihak polis HK dan ICAC HK, dan keadaan yang lega ini membolehkan pihak agensi anti rasuah HK dapat meneruskan usaha mereka dalam membanteras kegiatan rasuah, sekaligus menjadikan HK antara kawasan yang terbersih dan tercekap di seluruh dunia.


Oleh itu, kembali kepada negara kita. Adakah kita patut melakukan sesuatu, agar objektif setiap pegerakkan rakyat tidak dibiaskan oleh pihak-pihak tertentu? Jika terdapat kemungkinan bahawa PDRM akan bersalah anggap kami yang menyokong Bersih ini merupakan golongan yang ‘cuba menggulingkan pentadbiran kerajaan Malaysia’, adakah pertubuhan Bersih atau anti kilang Lynas atau mana-mana NGO yang lain perlu mengadakan suatu dialog atau forum bersama pihak polis atau pihak berkuasa yang lain, sama-sama menjelaskan objektif pertubuhan masing-masing, dan cuba mengurangkan salah faham antara polis dengan rakyat sebanyak yang boleh? Selain itu , kes rasuah yang berlaku kepada polis bukan sesuatu kes yang ringkas. Selain masalah moral dan tindakan yang tidak tegas , masalah rasuah yang kerap berlaku ini juga melibatkan kadar gaji yang rendah, ekonomi Malaysia tidak boleh bertransformasi, kos hidup yang semakin meningkat dan sebagainya. Kalau PR yang berkemungkinan mengambil pucuk pimpinan pentadbiran negara, gagal mengeluarkan suatu dasar anti-rasuah yang lebih fleksible, maka pada lain hari segala pembaharuan yang cuba dijalankan oleh pihak PR atau NGO, akan menghadapi tentangan yang semakin hebat daripada jentera negara.





No comments :

Post a Comment